KUALA LUMPUR: Kerajaan meneliti cadangan untuk menginstitusikan amalan bagi mendapatkan persetujuan Yang Dipertua Negeri Sabah dan Sarawak berhubung pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi di dua negeri berkenaan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata perkara itu yang merupakan satu daripada tuntutan asas Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sedang dibincangkan dalam platform perundingan Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 (MTPMA63) dan Jawatankuasa Teknikal di bawah MTPMA63.
Beliau berkata Perkara 122AB Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa melantik Pesuruhjaya Kehakiman tertakluk kepada Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara.
"Cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi menginstitusikan amalan berkenaan sedang dalam perbincangan dan penelitian kerajaan. Tuntutan asas MA63 ini akan terus dipantau oleh Jawatankuasa Teknikal di bawah MTPMA63 dan MTPMA63 sehingga mencapai satu penyelesaian yang memuaskan hati semua pihak terlibat," katanya.
Fadillah yang bertanggungjawab bagi hal ehwal Sabah dan Sarawak berkata demikian semasa menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.
Dalam pada itu, Fadilah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata sebanyak 10 perkara atau tuntutan asas MA63 berjaya diselesaikan sepenuhnya, satu diselesaikan sebahagian, manakala tiga telah mempunyai keputusan dasar dan 15 masih dibincangkan.
Beliau berkata antara perkara yang diselesaikan ialah penyerahan semula kuasa pentadbiran terhadap Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan kepada Kerajaan Negeri Sabah, pemberian kuasa mengenai pelesenan dan penangkapan ikan laut dalam kepada kerajaan Sabah dan Sarawak serta pindaan Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri 1995 bagi melantik wakil kerajaan dua negeri berkenaan sebagai anggota tetap LHDN.
Perkara yang masih dibincangkan pula antaranya termasuklah berkaitan royalti minyak dan pembayaran tunai petroleum, hak negeri bagi pelantar benua, pertambahan perjawatan perkhidmatan awam negeri, "Borneonisasi" perkhidmatan awam Persekutuan dan pertambahan bilangan Ahli Dewan Rakyat dari Sabah dan Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 11 2024

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini. - Foto BERNAMA
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

Roz Mawar tarik diri dengar kes saman 1MDB terhadap Irwan Serigar, Arul Kanda
Seorang pesuruhjaya kehakiman hari ini menarik diri daripada mendengar kes saman 1MDB terhadap Irwan Serigar dan Arul Kanda.

Penstriman langsung angkat sumpah jawatan hakim esok
Majlis mengangkat sumpah jawatan dan taat setia Hakim Mahkamah Persekutuan dan Hakim Mahkamah Rayuan itu akan diadakan di dewan persidangan Istana Kehakiman Putrajaya, esok pada pukul 3 petang.

Tempoh percubaan pesuruhjaya kehakiman maksimum dua tahun - Ketua Hakim Negara
Sebelum ini, JC perlu menjalani tempoh percubaan antara tiga dan enam tahun, yang dianggap agak lama.