Setiap cadangan serta pandangan yang dikemukakan setiap rakyat sentiasa dipertimbangkan serta diterjemahkan pihak kerajaan dalam penyediaan Bajet negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penyediaan bajet tidak terhad kepada cadangan pegawai-pegawai kerajaan sahaja malah setiap rakyat turut berpeluang bersama-sama membangunkan negara.
Cadangan, pandangan dan kritikan membina daripada segenap lapisan masyarakat – tidak kira sama ada badan-badan bukan kerajaan, usahawan-usahawan, korporat, golongan belia dan profesional, penduduk-penduduk luar bandar dan ramai lagi diterima, kata beliau dalam catatan terbaharunya dalam Twitter dan blognya NajibRazak.com di sini hari ini.
"Inisiatif itu telah diteruskan pada setiap tahun sejak 2012," katanya lagi.
Pada Bajet 2015 menurutnya, beberapa cadangan daripada Lim Boon Chon yang mencadangkan pengurangan cukai pendapatan individu, Abdul Rahman Kamis mencadangkan pemberian diskaun 20 peratus kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah dipertimbangkan dan diumumkan dalam bajet berkenaan.
Najib berkata amalan itu akan diteruskan, dan satu laman khas disediakan supaya semua rakyat berpeluang memberikan cadangan dan membantu membentuk Bajet 2016 di https://najibrazak.com/bajet2016.
"Kemukakanlah sebanyak cadangan yang mungkin dalam laman mikro Bajet 2016 agar kita dapat bersama-sama membentuk masa depan negara," katanya.
Beliau berkata dalam Bajet 2016 penghuraian lanjut mengenai hasil tambahan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan bagaimana ia dibelanjakan turut akan dilaksanakan.
Bajet 2016 yang merupakan bajet pertama di bawah Rancangan Malaysia ke-11 dibentangkan pada bulan hadapan.
Bernama
Thu Sep 10 2015

NAJIB: Kemukakanlah sebanyak cadangan yang mungkin dalam laman mikro Bajet 2016 agar kita dapat bersama-sama membentuk masa depan negara.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Perhimpunan Agung PBB lulus belanjawan bagi 2024
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meluluskan bajet tetap tahunan kira-kira AS$3.59 bilion.

Peruntukan RM56.4 juta untuk imam, bilal, siak, guru takmir, guru KAFA Selangor
Peruntukan yang diterima oleh Selangor adalah sebahagian daripada RM968.77 juta kepada Jakim oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Pandelela tagih layanan seimbang penerjun elit-muda
Penerjun muda tidak diberi kelebihan yang sama seperti atlet elit disebabkan bajet ke atas mereka sangat terhad.

#SuaraMalaysia: 57 peratus mahu kerajaan tumpu bantuan sara hidup dalam Bajet 2023
Manakala 21 peratus responden mahu menyatakan subsidi diberi perhatian dalam Belanjawan 2023.

Peruntukan RM500,000 kurangkan masalah banjir 4 kampung
Peruntukan RM500,000 yang diluluskan kerajaan pusat akan mengurangkan masalah banjir di empat buah kampung dalam DUN Duyong.

KKR tak cukup bajet untuk perhebat kerja-kerja pre-emtif - Menteri Kerja Raya
Data dan maklumat sudah ada, tapi kewangan terhad membataskan kerja-kerja kepada usaha reaktif - sudah terjadi baru dibaiki.

Perak bentang Belanjawan 2023, peruntuk RM1.19 bilion
Belanjawan Perak 2023 yang bertemakan 'Perak Makmur, Rakyat Sejahtera' memperuntukkan RM1.19 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan pembangunan pada tahun depan.

Kerajaan teliti langkah terbaik kurangkan bajet defisit - Timbalan Menteri Kewangan
Datuk Seri Ahmad Maslan berkata bajet defisit dijangka pada kadar 5.8 peratus bagi 2022 dan unjuran bagi 2023 akan diumum kelak.

Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar
Ringgit 'berehat' seketika daripada pergerakan rancak semalam dan dibuka hampir tidak berubah pagi ini berbanding dolar AS.

ATM perlu bajet lebih tinggi, tingkat keupayaan pertahanan negara - Panglima TLDM
Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berharap kerajaan baharu dapat mempertimbangkan untuk menyelaraskan bajet Angkatan Tentera Malaysia (ATM).