Cadangan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) supaya negeri yang mempunyai lebihan air berkongsi dengan negeri yang menghadapi kekurangan sumber itu mungkin boleh dimulakan dengan Kerajaan Persekutuan melaksanakan Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak (SPRWTS) untuk Pulau Pinang dan Perak.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk Jaseni Maidinsa berkata perbadananan itu menyokong penuh rancangan berkenaan kerana ia bukan satu pendekatan baharu.
"Memandangkan skim penyaluran air berskala besar seperti Johor-Melaka dan Pahang-Selangor sudahpun beroperasi, kami mengalu-alukan usaha KASA untuk mempercepatkan SPRWTS," kata beliau dalam satu kenyataan semalam.
Pada 9 Julai, Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata dalam satu sidang akhbar bahawa Kerajaan Persekutuan sedang dalam perbincangan dengan negeri-negeri dalam usaha menyelesaikan isu bekalan air.
Menurut Tuan Ibrahim antara negeri yang mempunyai lebihan bekalan air ialah Terengganu, Pahang, Perak dan Kedah sementara Melaka merupakan antara negeri yang sering menghadapi masalah air.
BACA: Penjualan air terawat ke Pulau Pinang masih belum diputuskan - Exco Perak
Sementara itu, Jaseni berkata Pulau Pinang menanti keputusan Kerajaan Persekutuan melaksanakan SPRWTS sejak 2011.
Beliau berkata SPRWTS adalah satu penyelesaian bekalan air mentah yang penting buat masa hadapan Pulau Pinang kerana ia bakal menjamin bekalan air untuk Pulau Pinang dan utara Perak sehingga 2050.
"Satu kajian mengunjurkan Sungai Muda mungkin mampu membekalkan air ke Pulau Pinang, merupakan sumber tunggal air mentah sehingga 2025. Pada masa itu, Pulau Pinang mungkin menghadapi risiko besar berhadapan krisis bekalan air, melainkan ia mendapat sumber air mentah utama kedua.
"Apa yang kami minta supaya KASA mengetuai dan menyegerakan inisiatif SPRWTS sebagai satu penyelesaian bekalan air mentah untuk manfaat Perak dan Pulau Pinang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 15 2020

SPRWTS dilihat sebagai penyelesaian bekalan air mentah yang penting buat masa hadapan Pulau Pinang kerana ia bakal menjamin bekalan air untuk Pulau Pinang dan utara Perak sehingga 2050. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Bekalan air dari LRA Bukit Temoh kembali pulih - LAP
Bagaimanapun, kerja tambakan tanah dan pemasangan paip baharu di kawasan kejadian tanah runtuh di Taman Bunga Raya, Tapah masih diteruskan.

Pembukaan banyak pusat data boleh jejas sumber air negara
Meskipun Malaysia mengalu-alukan pelaburan itu, pakar bimbang tidak ada cukup langkah untuk melindungi air bagi kegunaan awam dan persekitaran.

Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.

Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.

Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.

Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.

Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.

Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.

Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.

Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.