KUALA LUMPUR: Isu mengenai cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Semakan 1988) (Akta 355) bagi menjatuhkan hukuman lebih berat ke atas kumpulan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) haruslah ditangani secara berhemah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata LGBT adalah bertentangan dengan norma agama Islam dan pendekatan yang hendak diambil juga mestilah dengan cara mendidik untuk membetulkan perkara berkenaan.
"Saya kena tengok apakah ruang sedia ada dari segi peruntukan dan undang-undang, kita mesti menuju ke arah keharmonian, kebaikan dan rasa selesa dalam kehidupan rakyat Malaysia," katanya pada sidang media dalam Majlis Penyampaian Bantuan Ihya' Ramadan dan Watikah Pelantikan Ketua Amil serta Amil Zakat Fitrah Tahun 2021 di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita mengenai laporan media bahawa kumpulan bekas penjawat awam kanan G25 membantah cadangan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary untuk meminda Akta Kesalahan Jenayah Syariah bagi menjatuhkan hukuman lebih berat ke atas golongan tersebut.
Dalam pada itu, ketika diminta memberi pandangan mengenai kes usahawan kosmetik kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau dikenali ramai dengan nama Nur Sajat yang masih menghilangkan diri, beliau mengesyorkan Sajat supaya bertemu pihak berkuasa terutamanya majlis agama serta pejabat agama di Selangor untuk berbincang bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Pada 23 Feb lepas, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap usahawan kosmetik berumur 36 tahun itu selepas dia tidak hadir semasa sebutan semula kesnya yang menghadapi satu pertuduhan menyebabkan agama Islam dipandang hina dengan cara dirinya seorang lelaki berpakaian menyerupai wanita.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 06 2021

Zulkifli berkata LGBT adalah bertentangan dengan norma agama Islam dan pendekatan yang hendak diambil juga mestilah dengan cara mendidik untuk membetulkan perkara berkenaan. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Selangor jamin tiada unsur budaya songsang dalam penganjuran SUKMA 2026
Selangor memberi jaminan tiada sebarang unsur promosi atau normalisasi budaya songsang seperti LGBT sepanjang penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2026.

Hapus LGBT: AS mula pelaksanaan iktiraf hanya dua jantina
Penghapusan itu termasuk memaparkan bendera LGBT serta berkaitan dengan golongan itu.

Program larian disertai pelancong berpakaian tidak sopan bukan anjuran kerajaan Johor
Program larian yang didakwa disertai pelancong asing berpakaian kurang sopan dan mempromosi budaya songsang lesbian, gay, biseksual serta transgender (LGBT) bukan anjuran kerajaan negeri.

Trump sifatkan pembukaan Olimpik Paris sebagai 'memalukan'
Calon presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyifatkan upacara pembukaan Sukan Olimpik Paris minggu lepas sebagai memalukan.

Iraq luluskan RUU anti-LGBTQ
PARLIMEN Iraq pada Sabtu meluluskan rang undang-undang (RUU) yang menjenayahkan hubungan sejenis.

PKR tak pernah jadi ahli Liberal International, tak setuju LGBT, Israel - Anwar
Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak pernah menjadi ahli kepada pertubuhan Liberal International (LI) seperti yang didakwa sesetengah pihak, kata Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pendirian kerajaan jelas, tidak terima LGBT - Mohd Na'im
Kerajaan berpendirian tegas tidak menerima sebarang aktiviti berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) khususnya dalam kalangan masyarakat Islam.

Jakim pandang serius usaha promosi buku dorong anak-anak terpengaruh budaya LGBT
Jakim memandang serius sebarang usaha mempromosi buku yang boleh mendorong anak-anak terpengaruh dengan budaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Kumpulan The 1975 diarah bayar denda RM12.3 juta kepada penganjur
Denda itu dikenakan susulan dakwaan pelanggaran kontrak yang dikaitkan dengan persembahan kontroversi mereka di Malaysia bulan lepas.

LGBT: Kertas siasatan pengikut ajaran 'The Ahmadi' ke Pejabat Peguam Negara
Kertas siasatan terhadap lapan pengikut fahaman The Ahmadi yang melakukan perhimpunan berkaitan hak-hak LGBT di depan Sogo, telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara semalam.