PUTRAJAYA: Menambah baik peruntukan Seksyen 33C Akta Insolvensi (Akta 360) berkenaan pelepasan automatik daripada kebankrapan selepas tiga tahun, adalah antara cadangan yang dikemukakan Jabatan Insolvensi kepada kerajaan bagi menambah baik undang-undang insolvensi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata cadangan penambahbaikan kepada peruntukan Seksyen 33C Akta 360 itu adalah bagi membantu lebih ramai individu bankrap dapat keluar daripada kebankrapan selepas tempoh tiga tahun.
Wan Junaidi dalam satu kenyataan hari ini berkata Jabatan Insolvensi turut mencadangkan untuk menetapkan had masa pemfailan Borang Bukti Hutang oleh pemiutang bagi mempercepatkan proses pelepasan kebankrapan atau pembatalan perintah kebankrapan.
Beliau berkata turut dicadangkan ialah pemansuhan Mesyuarat Pertama Pemiutang.
"Cadangan untuk mesyuarat pemiutang hanya perlu diadakan berdasarkan keperluan dan permintaan pemiutang bagi mengelakkan kelengahan dan perancangan seterusnya dapat dibuat untuk membantu bankrap keluar daripada kebankrapan," katanya.
Turut dicadangkan adalah penambahan penggunaan baharu berkenaan teknologi komunikasi jarak jauh dalam urusan pentadbiran kebankrapan yang dapat membantu mereka yang bankrap berurusan dengan Jabatan Insolvensi secara dalam talian dan digital serta memudahkan pentadbiran kebankrapan, katanya.
"Fokus utama Jabatan Insolvensi adalah untuk mempercepatkan proses pentadbiran kebankrapan dan membantu bankrap untuk keluar daripada kebankrapan dengan segera," katanya.
Wan Junaidi berkata cadangan berkenaan akan dikaji secara terperinci oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) dan Jabatan Peguam Negara (AGC) serta dibincangkan menerusi beberapa sesi libat urus dengan pihak berkepentingan sebelum dimuktamadkan.
Susulan ambang keberhutangan ditingkatkan kepada RM100,000, Wan Junaidi berkata statistik kes kebankrapan yang didaftarkan menunjukkan pola penurunan iaitu 12,051 kes pada 2019, 8,351 kes pada 2020 dan 6,554 kes pada 2021.
Sebanyak 3,604 kes direkodkan setakat bulan Julai 2022.
"Pola penurunan ini disebabkan beberapa faktor termasuk inisiatif kerajaan melalui pemberian moratorium dan bantuan bersasar bank dengan pihak pemberi pinjaman (pemiutang) dan pihak peminjam boleh berbincang bagi membuat penyusunan semula hutang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 26 2022

Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata cadangan penambahbaikan kepada peruntukan Seksyen 33C Akta 360 itu adalah bagi membantu lebih ramai individu bankrap dapat keluar daripada kebankrapan selepas tempoh tiga tahun. - Gambar fail/BERNAMA

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Cadangan tambah baik Akta 360, percepat proses pentadbiran kebankrapan
Cadangan penambahbaikan kepada peruntukan Seksyen 33C Akta 360 itu adalah bagi membantu lebih ramai individu bankrap dapat keluar daripada kebankrapan selepas tempoh tiga tahun.

Dewan Negara lulus Rang Undang-Undang Insolvensi (Pindaan) 2020
Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Insolvensi (Pindaan) 2020 bagi meminda nilai ambang hutang minimum bagi mengemukakan petisyen kebankrapan.

RUU Insolvensi (Pindaan) 2020 lulus, kemas kini akta selaras keperluan
Akta 360 dipinda berdasarkan keperluan tertentu termasuk mentransformasi kerangka perundangan sedia ada kepada perundangan yang lebih relevan dengan keperluan semasa.

Kerajaan pertimbang tambah baik Akta Kebankrapan 1967 - Azalina
Kajian terhadap akta itu telah dibuat oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) bagi meneliti beberapa perkara yang melibatkan penjamin dan peminjam.