Pavilion Malaysia pada Ekspo China-ASEAN Ke-16 (CAEXPO) 2019 berjaya mencatatkan nilai jualan sebanyak RM652 juta sepanjang tempoh tiga hari acara itu berlangsung.
Jumlah itu mengatasi rekod jualan tahun lepas iaitu RM640 juta.
Pengarah Pemasaran Eksport & Bahagian Akses Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Khairul Annuar Abdul Halim berkata jumlah itu dijangka akan meningkat pada hari terakhir hari ini.
"Sebanyak tujuh Memorandum Persefahaman (MoU) bernilai RM31.71 juta ditandatangani antara syarikat Malaysia dan pengimport China membabitkan produk durian, penjagaan kesihatan dan bayi.
"Pada tahun ini, makanan dan minuman memberi impak kukuh mengatasi kluster kesihatan dan kesejahteraan sebanyak RM357.77 juta berbanding RM218.91 juta pada 2018," katanya ketika ditemui pemberita di sini.
Mengulas lanjut, Khairul Annuar berkata kluster kesihatan dan kesejahteraan mencatatkan sebanyak RM131.23 juta, gaya hidup RM125.60 juta dan perkhidmatan RM50,000.
CAEXPO 2019 menyaksikan penyertaan sebanyak 167 syarikat melibatkan 151 perusahaan kecil dan sederhana.
MATRADE turut menganjurkan lebih 1000 sesi padanan perniagaan di CAEXPO antara syarikat Malaysia dan rakan dari China.
Pavilion Malaysia turut menerima dua anugerah pengiktirafan daripada penganjur untuk BestTrade and Economy Outcome dan BestTrade Visitor Organizer.
Ekspo itu yang dianjurkan setiap tahun di Nanning sejak 2004 ialah platform untuk menggalakkan kerjasama antara China dan ASEAN dalam bidang perdagangan, pelaburan dan pelancongan.
Bagi Malaysia, jumlah perdagangan dua hala dengan China menunjukkan sedikit penurunan iaitu 4.1 peratus kepada RM43.01 bilion pada separuh pertama 2019 berbanding tempoh sama pada 2018 iaitu RM44.86 billion.
Afiezy Azaman
Tue Sep 24 2019

Khairul Annuar (kiri) berkata jumlah itu dijangka akan meningkat pada hari terakhir hari ini. -Astro AWANI/Afiezy Azaman
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Proton meterai perjanjian baharu dengan smart Automobile di China
Perjanjian tersebut dimeterai tepat 20 bulan selepas kedua-dua pihak menandatangani dokumen serupa tahun lepas.

PM Anwar akan hadir CAEXPO ke-20 di Nanning
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengetuai delegasi untuk menghadiri Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-20 di Nanning, China, pada 17 Sept.

CAEXPO 2019: Malaysia catat nilai jualan RM678 juta
Tujuh Memorandum Persefahaman (MoU) bernilai RM31.71 juta turut ditandatangani antara syarikat Malaysia dan pengimport China

CAEXPO 2019: Nilai jualan produk Malaysia catat rekod RM652 juta
Khairul Annuar Abdul Halim berkata jumlah itu dijangka akan meningkat pada hari terakhir hari ini.

CAEXPO 2019: Produk makanan Malaysia paling digemari pembeli China
Sedap, berkualiti dan harga berpatutan antara reaksi pengguna China terhadap produk Malaysia yang dipamerkan di Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) 2019 di Nanning.

CAEXPO 2019 : PKS nikmati jualan tinggi, kenal pasti potensi rakan niaga China
Syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang menyertai Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) 2019 memperoleh reaksi positif mengenai produk tempatan daripada masyarakat di Nanning, China.

China komited bantu negara ASEAN capai ekonomi mampan
China menyatakan komitmen yang tinggi untuk membantu negara ASEAN mengembangkan lagi ekonomi serantau melalui pasaran besarnya.

Persiapan PKS menjelang CAEXPO 2019 capai 90 peratus - MATRADE
Terdapat lebih 600 PKS dari seluruh negara yang mahu menyertai CAEXPO 2019, namun pihaknya hanya memilih 167 syarikat yang dilihat berpotensi untuk dibawa menyertai program tersebut.

CAEXPO bantu lebih 1,700 PKS tembusi pasaran besar China
Lebih 1,700 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia telah berjaya menembusi pasaran besar China melalui pameran Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) sejak dianjurkan pada 2004.

CAEXPO: Malaysia catat rekod jualan RM639.99 juta
Sektor kesihatan dan kecergasan antara penyumbang terbesar kepada kenaikan kadar jualan sehingga RM372.21 juta berbanding RM119.22 juta tahun sebelumnya.