KUALA LUMPUR: Cadangan untuk menyelaraskan kadar bilik hotel dalam mata wang dolar Amerika Syarikat (USD) akan dapat mengurangkan persaingan harga antara hotel bajet dan hotel bertaraf empat atau lima bintang.
Presiden Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA) Dr Sri Ganesh Michiel berkata cadangan itu juga secara tidak langsung akan meningkatkan reputasi industri perhotelan negara di mata dunia dan pelancong asing.
"Kita sebagai pengusaha hotel bajet bersetuju dengan saranan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) kerana ia akan secara automatik mengurangkan 'perang harga' antara hotel bajet, hotel empat dan lima bintang.
"Sekarang ini kami kena bersaing dengan hotel-hotel tersebut sebab harga lebih kurang sama. Kami tidak boleh menaikkan harga kerana jika dinaikkan, pelancong akan lebih memilih untuk menginap di hotel bajet," katanya kepada Bernama.
Ganesh mengulas kenyataan Setiausaha Agung MAH Datuk Megat Shahrul Azman Abas mengenai hasrat persatuan itu untuk menyelaraskan kadar bilik dalam mata wang USD seperti negara serantau lain yang dilaporkan media, Isnin lepas.
Untuk merealisasikan perkara itu, Ganesh menyarankan agar kerajaan melaksanakan pendekatan sistem dua harga penginapan hotel untuk membezakan kadar bayaran antara warganegara dan pelancong asing.
Menurut beliau mekanisme tersebut jika dilaksanakan akan dapat membantu sektor perhotelan negara kekal berdaya saing dengan negara serantau selain membantu menjana pendapatan industri perhotelan.
"Kerajaan harus mengambil inisiatif dalam menyelesaikan ancaman dalam industri perhotelan seperti menggubal suatu akta bagi mengawal selia agensi pelancongan dalam talian (OTA) dan menguatkuasakan Garis Panduan Penginapan Jangka Masa Pendek (STRA) dalam memastikan kelangsungan industri perhotelan," katanya.
Menjelas lanjut, beliau berkata antara yang perlu dilakukan kerajaan ialah mewujudkan mekanisme ataupun suatu sistem seperti portal pelancongan dalam talian khas untuk rakyat Malaysia bagi urusan seperti tempahan hotel pada kadar khas.
"Bila ada portal sendiri yang dikawal selia oleh kerajaan dan undang-undang, kita boleh dapat statistik yang lebih tepat berbanding bergantung pada portal luar negara ketika ini," katanya menambah mekanisme tersebut telah diguna pakai di luar negara seperti China.
"Di China ada Ctrip hanya boleh digunakan oleh rakyat (pelancong domestik), orang luar tak boleh guna. Untuk pelancong asing, mereka kena guna Trip.com. Harga di antara dua portal ini jauh berbeza," katanya.
Sementara itu Pengarah Eksekutif Persatuan Pemilik Hotel Malaysia (MAHO) Shaharuddin M. Saaid berkata cadangan itu akan dapat meningkatkan martabat dan kepercayaan pelancong asing terhadap industri perhotelan di Malaysia selain menambah pendapatan operator hotel.
"Harga bilik di Malaysia untuk hotel taraf empat atau lima bintang dalam mata wang Ringgit Malaysia (RM) terlalu rendah jika ditukarkan ke USD. Hotel bertaraf sama di New York atau Singapura, harga bilik sekurangnya-kurangnya USD400. Tapi di Malaysia, tak sampai USD100 jika ditukarkan nilainya dari RM. Ia tidak melambangkan status hotel bertaraf lima bintang.
"Jadi kita kena selaraskan harga supaya ia mencerminkan bahawa hotel itu bertaraf lima bintang, setaraf dengan hotel-hotel lima bintang di luar negara," katanya.
Shaharuddin berkata melalui pendapatan yang meningkat, ia akan memanfaatkan para pekerja perhotelan sekali gus meningkatkan mutu perkhidmatan yang diberikan.
"Jika kita boleh dapat pendapatan yang lebih tinggi, kita berupaya untuk menawarkan gaji yang lebih baik kepada pekerja-pekerja selain memberikan latihan yang diperlukan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan," katanya.
Bagi pengusaha inap desa, Mastura Malak, 32, beliau mengakui bahawa mengenakan caj bilik dalam USD akan menarik lebih ramai pelancong, namun beliau berharap operator perhotelan tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga sewenang-wenangnya termasuk kepada pelancong domestik.
"Sekarang ekonomi tidak menentu, jadi lebih elok sekiranya dikekalkan harga yang ada. Tidak perlu naikkan harga dengan mendadak," katanya yang mengusahakan homestay di Temerloh dan Desaru.
Media semalam melaporkan Megat Shahrul Azman berkata sekiranya kerajaan dapat menyokong hasrat MAH untuk menyelaraskan kadar bilik dalam mata wang USD, ia akan dapat menarik kedatangan lebih ramai pelancong ke negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 13 2022
Persatuan Hotel Malaysia berhasrat menyelaraskan kadar bilik dalam mata wang USD seperti negara serantau lain. - Gambar hiasan
P2 Biotech sokong seruan TPM revolusi teknologi industri getah
Seruan ini selaras dengan visi P2 Biotech untuk memodenkan sektor getah, memperkasakan pekebun kecil, serta menarik minat generasi muda.
Google ambil alih pasukan kejuruteraan HTC Vive
Android XR akan digunakan set kepala Samsung Project Moohan dan juga cermin mata pintar Samsung yang masih di peringkat awal pembangunan.
Ipoh antara lapan bandar terbaik di Asia perlu dikunjungi
Menurut Rumaizi, Ipoh berada di kedudukan kelima daripada senarai destinasi pelancongan terbaik di benua Asia.
Tumbuk kakitangan Puspakom, pemilik lori didenda RM1,600
Koh Soon Hua, 60, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah.
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
Radio Sinar kembali ke slogan asal ‘Muzik Retro Terbaik’
Stesen radio Sinar di bawah Astro Radio Sdn Bhd kini memperkenalkan kembali slogan ‘Muzik Retro Terbaik’. Sinar yang telah 20 tahun bersiaran sebelum ini menggunakan slogan ‘Sinar Menyinari Hidupmu’, yang cukup sinonim dengan pendengar setianya.
Wanita Indonesia ditemui mati dalam bilik hotel
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, penemuan mayat wanita terbabit dimaklumkan oleh pihak hotel berkenaan.
Tak pernah beli rumah, Will.i.am hanya tidur di hotel
Tidak mempunyai rumah, kata Will.i.am lagi, adalah pilihan yang dibuat kerana berasa dirinya belum belum benar-benar sukses atau berjaya.
Kos meningkat, penggiat industri hotel mahu kerajaan tangani kadar caj rendah
Shaharuddin berkata ini juga berikutan kadar caj bilik hotel di Malaysia juga jauh lebih rendah berbanding negara jiran.
Polis Thailand temukan sianida dalam teko teh di bilik hotel enam individu maut
Bukti forensik mendapati cawan yang diletakkan di bilik terlibat mengandungi sianida.
Lelaki mengaku bunuh isteri direman tujuh hari
Perintah reman terhadap suspek berusia 37 tahun itu dikeluarkan Majistret Azlin Zeti Zainal Abidin hari ini.
Majoriti hotel di Port Dickson belum buat sambungan ke sistem pembetungan awam
Pemeriksaan mendapati hanya 11 hotel membuat sambungan kepada sistem pembetungan awam berkenaan.
Wanita mengaku salah menyundal
Seorang wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan aktiviti persundalan pada minggu lalu.
Suami isteri bekal senjata api kepada lelaki Israel diberkas
Suspek warga tempatan berusia 42 dan 40 tahun itu ditahan di sebuah bazar Ramadan di Kuala Selangor pada Jumaat.
TMM2024: Tempahan hotel MITC meningkat kepada 70 peratus sejak Januari
Ia bukti pemulihan sektor ekonomi perhotelan berjalan dengan lebih cepat berbanding 40-50 peratus tempahan pada hari biasa tahun lepas.
Kes ESSCOM: Mangsa daftar masuk hotel di Tawau pada hari sama dia dibunuh
Pengurus hotel mengesahkan bahawa Nurman mendaftar masuk ke premis itu berdasarkan salinan cetak borang pendaftaran pas dan invois.