KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak lagi membayar caj servis penumpang (PSC) bagi setiap penumpang kepada Express Rail Link Sdn Bhd (ERL), yang mengendalikan perkhidmatan KLIA Ekspress dan KLIA Transit mulai 2029.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, melalui Perjanjian Konsesi Tambahan yang ditandatangani hari ini, ia membolehkan ERL melaksanakan kadar tambang berdasarkan pertimbangan pasaran.
ERL, bagaimanapun, setakat ini, jelas beliau, tiada perancangan untuk menaikkan kadar tambang semasa, sebaliknya ia akan ditentukan berdasarkan harga yang bersifat dinamik berkuatkuasa serta-merta.
“Perjanjian konsesi pertama itu akan berakhir pada tahun 2029. Jadi apabila kita tandatangani konsesi tambahan ini yang merupakan satu peruntukan di bawah perjanjian asal, maka konsesi ini akan dilanjutkan 30 tahun lagi dari tahun 2029 hingga tahun 2059.
“Harga akan jadi dinamik. Ia terpulang kepada operator untuk lihat bagaimana mereka strukturkan tambang itu terpulang kepada model yang mereka nak guna. Saya difahamkan mereka tiada niat untuk meningkatkan kadar tambang,” katanya pada Selasa.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Konsesi Tambahan Antara Kerajaan Malaysia & ERL, di ibu negara, hari ini.
Hadir sama menyaksikan perjanjian tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif ERL, Noormah Mohd Noor.
Loke menambah, langkah untuk tidak lagi membayar pampasan atau PSC kepada ERL dijangka mengurangkan beban kewangan kerajaan.
Ujar beliau lagi, melalui perjanjian konsesi pertama, ERL boleh membuat semakan semula harga pada setiap lima tahun.
"Jadi apabila kerajaan tidak membenarkan kadar tambang itu meningkat, maka perlu ada pampasan daripada pihak kerajaan kepada pihak operator.
"Ini umpama perjanjian-perjanjian tol, sekiranya kerajaan tak benar kenaikan tol dan dalam kes ini (ERL) kenaikan kadar tambang, maka kerajaan perlu memberikan pampasan.
"Ini merupakan satu beban kewangan yang besar kepada kerajaan. Jadi dalam perjanjian konsesi tambahan ini bermula 2029, peruntukan ini tidak ada lagi," kata Loke.
Dalam masa sama, Loke memaklumkan menerusi Perjanjian Konsesi Tambahan itu juga, kerajaan akan mendapat 30 peratus daripada keuntungan ERL, jika syarikat itu melepasi ambang tertentu.
"Namun begitu kita tahu bahawa pengangkutan awam biasanya sukar mendapat keuntungan. Begitupun dia (ERL) telah beroperasi lebih 20 tahun dan kita berharap dalam satu tempoh yang tidak begitu panjang ini dapat dicapai melalui pihak ERL.
"Kita dah bagi komitmen melalui perjanjian tambahan supaya mereka merancang untuk melabur dalam aset mereka. Pertama, penyelenggaraan tren, infrastruktur, kemudahan stesen dan sebagainya. Sudah tentu kita akan pantau operator dan pastikan perkhidmatan mereka (berkualiti)," ujar beliau.
Sementara itu, Noormah berkata ERL antaranya sedang merancang ke arah penggunaan tenaga solar sebagai sebahagian tenaga boleh diperbaharui, sekali gus mengurangkan beban peningkatan bil elektrik.
"Kita sudah buat pilot projek di mana tiga kawasan termasuk di Stesen Bandar Tasik Selatan dan Salak Tinggi.
"Pemasangan solar seterusnya ialah melibatkan perkhidmatan tren, yang menggunakan tenaga elektrik paling tinggi," katanya.
Pada November 2017, kerajaan ketika itu mengumumkan perjanjian konsesi bagi ERL dilanjutkan selama 30 tahun, iaitu sehingga 2059.
Lanjutan tempoh konsesi berkenaan dibuat selepas kerajaan menolak permintaan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) untuk menaikan tambang ERL sebanyak tiga kali.
Hasimi Muhamad
Tue Jan 23 2024

Anthony Loke (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen pada Majlis Menandatangani Perjanjian Konsesi Tambahan Antara Kerajaan Malaysia & ERL di Kuala Lumpur, pada Selasa.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.

Tiket integrasi jalinan KTMB dan ERL dilancar, mudahkan lagi perjalanan pengguna
Pengguna hanya perlu membeli satu tiket untuk perjalanan terus menggunakan gabungan tren di bawah kendalian ERL dan KTMB untuk ke destinasi masing-masing.

ERL, AREX lancar gabungan perkhidmatan rel lapangan terbang hubungkan Kuala Lumpur dan Incheon
Menerusi kerjasama itu, penumpang boleh membeli tiket tren ERL dan AREX secara bersama di Klook melalui hanya satu transaksi.

ERL, DK SCHWEIZER umum kerjasama sedia kerusi kulit premium untuk VIP KLIA Ekspres
Kerjasama itu merupakan pencapaian penting bagi kedua-dua syarikat dengan memanfaatkan kelebihan masing-masing.

ERL hantar 20 petugas bantu operasi Makkah Metro
Seramai 20 petugas berpengalaman Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dihantar ke Arab Saudi bagi menyokong operasi perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro atau lebih dikenali Makkah Metro.

Konsesi ERL: Kadar tambang ikut pasaran dapat pacu inovasi perkhidmatan
ERL perlu bertindak menyediakan perkhidmatan yang lebih efisien dan sejajar dengan harga tambang yang ditetapkan.

Caj servis penumpang kepada ERL tak dibayar mulai 2029, harga tiket ikut pasaran - Anthony Loke
ERL tidak bercadang naikkan kadar tambang semasa menjelang 2029.

ERL tawar tambang istimewa tiket pergi balik pada 31 Ogos
Menurut ERL, untuk mendapatkan tambang istimewa ini, pengguna perlu membeli tiket di kaunter tiket KL Sentral sahaja.

ERL sambung semula perkhidmatan KLIA Ekspres, KLIA Transit 3 Jan tahun depan
Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) akan menyambung semula perkhidmatan Kuala Lumpur International Airport (KLIA) Ekspres dan KLIA Transit dari 3 Jan 2023 untuk menampung peningkatan jumlah penumpang.

ERL tambah kekerapan perkhidmatan KLIA Ekspres, KLIA Transit
ERL yang mengendalikan KLIA Ekspres dan KLIA Transit meningkatkan kekerapan perkhidmatan tren mulai 1 Ogos bagi menampung peningkatan jumlah penumpang.

ERL lancar promosi Jom Cuti-Cuti Malaysia
ERL hari ini melancarkan promosi baharu Jom Cuti-Cuti Malaysia eksklusif untuk rakyat Malaysia dengan kerjasama MOTAC dan Tourism Malaysia.