KUALA LUMPUR: Keluar mengundi beramai-ramai merupakan cara untuk memastikan calon antirasuah boleh menang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu berkata, sekiranya rakyat memilih untuk tidak mengundi, calon yang tidak mempunyai integriti akan lebih berpeluang untuk menang.
Dr Mahathir berkata, beliau sedar bahawa ramai yang sudah bosan dengan politik selepas berlakunya kerajaan yang dipilih dijatuhkan akibat adanya ahli parlimen yang lompat parti.
"Untuk ini kita perlu ada undang-undang anti-lompat. Mereka yang lompat akan hilang keahlian mereka sebagai wakil rakyat.
"Pilihan Raya Kecil (PRK) boleh diadakan. Terpulanglah kepada rakyat sama ada memilihnya atau orang lain. Jika rakyat setuju dengannya, beri kemenangan kepadanya maka jatuhlah kerajaan pilihan rakyat.
"Jika ia dikalahkan, maka kerajaan pilihan rakyat akan kekal," katanya menerusi tulisan terbaru di blognya chedet.cc.
Beliau juga menegaskan kaedah menukar kerajaan dengan lompat parti tidak boleh dilakukan jika kemenangan yang besar diberikan kepada calon antirasuah.
"Sebaliknya jika kemenangan puak antirasuah tipis maka keadaan tidak menentu dan percubaan memasuki pintu belakang akan berulang.
"Sama ada negara kita dapat dipulih semula atau tidak, terpulang kepada rakyat yang sayang kepada negara dan ingin lihat perasuah dan penyangak dikalahkan," katanya lagi.
Dr Mahathir berkata, rakyat perlu sedara bahawa dengan tidak mengundi parti perasuah dan yang terlibat dengan mencuri duit kerajaan, salah guna kuasa akan menang.
Astro Awani
Tue Dec 14 2021

Dr Mahathir berkata, beliau sedar bahawa ramai yang sudah bosan dengan politik selepas berlakunya kerajaan yang dipilih dijatuhkan akibat adanya ahli parlimen yang lompat parti. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Calon antirasuah boleh menang jika rakyat keluar mengundi - Tun Mahathir
Sekiranya rakyat memilih untuk tidak mengundi, calon yang tidak mempunyai integriti akan lebih berpeluang untuk menang.

Ahli panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah tak boleh diarah siasat kes
Ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah Datuk Takiyuddin Hassan berkata demikian bagi mengulas tulisan Tun Dr Mahathir di dalam blognya.

MH370: Ada pihak sedang menyembunyikan sesuatu - Dr Mahathir
Dr Mahathir juga menegaskan MAS dan Malaysia tidak boleh dipersalahkan dalam kes kehilangan pesawat MH370 ini.

Hudud: DAP bersetuju pendapat Dr Mahathir
Lim Guan Eng berkata kenyataan Dr Mahathir bahawa tidak adil jika adanya hukuman berbeza terhadap orang Islam dan bukan Islam adalah tepat.