GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengambil langkah segera menangani kenaikan harga sayur -sayuran di negeri itu.
Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, beberapa jenis sayur-sayuran dikesan mengalami kenaikan harga sehingga 200 peratus sejak dua minggu lalu.
Menurut beliau, antara sayuran yang mengalami kenaikan harga termasuk kubis bunga, sawi pendek, brokoli, sawi, kacang buncis, kubis, cili merah dan cili hijau.
“Umpamanya harga sawi pendek yang sebelum ini hanya RM3 sekilogram (kg) mengalami kenaikan sehingga 200 peratus menjadi RM9 sekilogram.
“Begitu juga brokoli yang turut mengalami kenaikan mendadak daripada RM8 satu kg ke RM20 satu kg. Selain
itu harga kobis bunga yang sebelum ini hanya RM7 kg namun kini naik sehingga RM16 satu kg,” kata Mohideen dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.
Tidak ketinggalan, kata beliau, harga sawi naik sebanyak 60 peratus iaitu daripada RM5 satu kg ke RM8 satu kg, kacang buncis daripada RM8 satu kg ke RM15 satu kg, kubis daripada RM4 satu kg ke RM6 satu kg, cili merah daripada RM13 satu kg ke RM19 satu kg dan cili hijau daripada RM10 satu kg ke RM14 satu kg.
Mohideen berkata, CAP turut menerima aduan daripada peruncit yang mendakwa pengedar dan pemborong telah memberi amaran kepada mereka bahawa sayur-sayuran lain mungkin akan turut mengalami kenaikan harga dalam beberapa minggu akan datang.
“CAP menyeru Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP untuk menyiasat kenaikan harga sayur-sayuran di negeri itu memandangkan golongan berpendapatan rendah akan terjejas teruk dengan kenaikan harga barang tersebut.
“Tindakan tegas juga perlu dikenakan terhadap peniaga yang menaikkan harga secara berlebihan serta melanggar Akta Anti-Pencatutan 2010,” ujar beliau lagi.
Astro Awani
Tue Nov 23 2021

Beberapa jenis sayur-sayuran dikesan mengalami kenaikan harga sehingga 200 peratus sejak dua minggu lalu di Pulau Pinang. - Gambar fail BERNAMA
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Tangkap itik dalam kolam hidupkan tradisi sukan rakyat di PAT 2025
Rosmariani berkata pertandingan yang memasuki tahun ketiga itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Terap tulisan Jawi dalam seni batik pelihara, martabatkan warisan budaya
Hasil karya tersebut berpotensi menembusi pasaran global serta membantu menyokong artisan batik dan penulis khat tempatan.

CAP gesa KPDNHEP, FAMA ambil langkah segera atasi kenaikan harga sayur di P. Pinang
Beberapa jenis sayur-sayuran dikesan mengalami kenaikan harga sehingga 200 peratus sejak dua minggu lalu.