KUALA LUMPUR: Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) tidak menolak kemungkinan bahawa penggunaan tenaga nuklear mungkin diperlukan bagi proses penjanaan tenaga dalam usaha merealisasikan aspirasi karbon sifar bersih menjelang 2050.
Ketua Pengarah Nuklear Malaysia, Rosli Darmawan berkata, meskipun penggunaan tenaga nuklear tidak disebut secara khusus dalam Dasar Teknologi Nuklear Negara (DTNN) 2030, namun pihaknya sentiasa bersedia untuk meneroka penjanaan tenaga menggunakan tenaga nuklear.
"Walaupun dalam Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) tidak disebut perkara itu tetapi sudah ada beberapa kenyataan daripada NRECC (Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim) dan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli sebelum ini yang pernah menyebut ia dalam pertimbangan menjelang tahun 2050.
"Sebab buat masa ini, kita tiada pilihan kerana kalau ingin capai karbon sifar menggunakan teknologi tenaga boleh baharu (RE) sahaja memang tidak akan berjaya kerana ini adalah senario di peringkat global. Malah, banyak pihak sudah akui bahawa mahu atau tidak kita perlu masukkan keperluan tenaga kita menggunakan nuklear," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Nuklear Malaysia bersama Alam Flora Environmental Solutions Sdn Bhd (AFES) di Dewan Tun Dr Ismail, Kompleks Agensi Nuklear Malaysia, Bangi, dekat sini, pada Selasa.
Rosli berkata, kebanyakan industri di luar juga sudah mula mempertimbangkan penggunaan tenaga nuklear secara serius berikutan bahan api fosil dan arang adalah penyumbang terbesar dalam pelepasan karbon pada masa kini.
"Tetapi, sama ada ia akan dilaksanakan atau tidak itu bergantung kepada pertimbangan Kementerian Tenaga (Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam). Kita lihat nanti dasar bagi kementerian ini dalam dua ke tiga tahun akan datang," katanya.
Mengenai memorandum kerjasama yang dimeterai bersama AFES pada Selasa, beliau berkata ia bertujuan bagi memanfaatkan teknologi nuklear dalam menangani pencemaran alam sekitar dan memberi manfaat kepada rakyat dengan mengarusperdanakan penggunaan teknologi nuklear secara aman di Malaysia.
Katanya, skop kerjasama itu merangkumi penyelidikan penyinaran-pirolisis sisa plastik; perkembangan dan pengadaptasian tenologi nuklear dan yang berkaitan serta bersesuaian dengan industri kitar semula plastik; serta pembangunan loji berskala rintis bagi teknologi penyinaran-pirolisis.
"Diharapkan juga bahan bakar bernilai tinggi yang dihasilkan kelak dapat menyumbang kepada salah satu sumber baharu kepada negara dan secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi negara," katanya.
Majlis pemeteraian kerjasama itu telah menyaksikan pertukaran MoU antara Rosli yang mewakili Nuklear Malaysia dengan Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn Bhd merangkap Pengarah AFES, Datuk Mohd Zain Hasan.
Sementara itu, Mohd Zain berkata, kolaborasi itu juga dilihat akan memanfaatkan teknologi nuklear canggih dalam pelaksanaan teknologi penukaran sisa plastik terpakai kepada bahan bakar seperti diesel serta pengitaran semula plastik terpakai secara inovatif. - BERNAMA
Bernama
Tue Jan 16 2024
Rosli berkata, kebanyakan industri di luar juga sudah mula mempertimbangkan penggunaan tenaga nuklear secara serius. - Gambar penerangan.gov.my
Kerajaan peruntuk hampir RM13 bilion untuk STR, SARA
Kerajaan memperuntukkan hampir RM13 bilion bagi inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam usaha membantu rakyat menangani kenaikan kos sara hidup.
KESUMA sedang rangka mekanisme yang mampu lindungi pekerja 24 jam
KESUMA sedang merangka mekanisme yang mampu memberi perlindungan komprehensif untuk tempoh 24 jam bagi melindungi pekerja yang mengalami kemalangan di luar waktu pekerjaan menerusi SKBBK. #AWANInews
SKBBK: KESUMA cakna perubahan landskap peralihan waktu kerja masa kini
Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) merupakan inisiatif ke arah pembaharuan kerana jaringan keselamatan sosial perlu kekal relevan seiring peredaran masa. #AWANInews
Gaza bukan hadiah untuk direbut, MAPIM kecam cadangan Donald Trump
Kenyataan Presiden AS untuk ambil alih Gaza dianggap biadap dan serangan langsung terhadap kedaulatan Palestin.
Rancangan Trump untuk Amerika ambil alih Gaza disifatkan ‘gila’ - Penganalisis
Cara Trump itu adalah melakukan pembersihan etnik tanpa menggunakan senjata dan diiringi buah mulut yang manis.
Trump kembali kenakan 'tekanan maksimum' ke atas Iran
Langkah itu dibuat menjelang pertemuan Trump dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di White House.
Sasaran keseluruhan pingat hala tuju yang baik, dapat rujukan pakar
Sasaran jumlah keseluruhan pingat berbanding warna pingat akan memberikan hala tuju yang lebih jelas kepada kontinjen negara dan kurang memberikan tekanan kepada atlit. #AWANInews
Sasaran pingat Sukan SEA 2025 adalah jumlah keseluruhan, bukan warna
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata penetapan sasaran pingat pada Sukan SEA 2025 adalah kepada jumlah keseluruhan pingat dan bukannya mengikut warna pingat. #AWANInews
Tiada normalisasi dengan Israel jika tiada negara Palestin merdeka - Arab Saudi
Pendirian Arab Saudi sangat teguh dan tidak akan berubah.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun kepada 5,747 orang berbanding 6,160 malam tadi, sementara di Sabah kekal 137 daripada 40 keluarga.
Floodcom: Pusat gerakan banjir terapung pertama Malaysia guna teknologi nuklear
Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) mencipta sejarah dengan membangunkan pusat gerakan bencana banjir terapung pertama di Malaysia yang menggabungkan teknologi nuklear secara aman.
Nuklear Malaysia rancang wujudkan badan sampaikan maklumat terus kepada PM
Ia juga bertindak sebagai 'suara' untuk disampaikan ke peringkat Perdana Menteri supaya teknologi itu tidak ketinggalan dan dipandang serong.
Capai aspirasi sifar karbon menjelang 2050, tenaga nuklear diperlukan - Agensi Nuklear
Nuklear Malaysia tidak menolak kemungkinan bahawa penggunaan tenaga nuklear mungkin diperlukan bagi proses penjanaan tenaga menjelang 2050.
MOSTI peruntuk RM15.73 juta dalam teknologi nuklear, tingkat hasil pertanian
Nuklear Malaysia memperuntukkan RM15.73 juta mulai 2016 hingga tahun ini dalam usaha mempergiatkan penyelidikan dalam bidang pertanian.
Nuklear Malaysia teliti potensi kerjasama PPP bidang pengekstrakan nadir bumi
Ia bagi membangunkan penyelidikan dan kepakaran dalam bidang pengekstrakan nadir bumi.
Abdul Rahim dilantik Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia baharu
Dr Abdul Rahim Harun dilantik sebagai Ketua Pengarah agensi itu berkuat kuasa 11 April lepas menggantikan Dr Siti A'iasah Hashim yang telah bersara.
Nuklear Malaysia terima anugerah pencapaian cemerlang dalam pembiakan mutasi tumbuhan
Agensi itu telah dinamakan sebagai antara penerima Anugerah Pencapaian Cemerlang dalam Pembiakan Mutasi Tumbuhan semasa Persidangan Agung ke-65 IAEA.
Mohd Abd Wahab dilantik Ketua Pengarah Nuklear Malaysia
Mohd Abd Wahab berpengalaman luas dalam bidang keselamatan nuklear dan sinaran serta pengurusan sisa radioaktif.