KUALA LUMPUR: Masalah capaian Internet lemah yang seringkali dialami pelanggan Unifi berkemungkinan besar tiada kaitan dengan kualiti rangkaian Wi-Fi yang disediakan, sebaliknya disebabkan oleh set-up perkhidmatan itu di rumah, kata Ketua Pengalaman Pelanggan Telekom Malaysia (TM) Lolita Mohamed Suffian.
Beliau berkata set-up itu sama ada berhubung kait dengan lokasi alatan jalur lebar di rumah atau terdapat zon mati (deadzones) Wi-Fi kerana susun atur rumah atau bilangan dan jenis peranti yang disambungkan ke Wi-Fi.
Katanya dengan bilangan pengguna Unifi meningkat sebanyak 22 peratus kepada 2.85 juta orang setakat Jun lepas sejak pandemik COVID-19 melanda, TM memahami keperluan masyarakat menggunakan Internet bagi melaksanakan kelas dalam talian dan bekerja dari rumah.
Malah menurut beliau, trend penggunaan Internet untuk penstriman video dan pelayaran web juga meningkat kerana memerlukan liputan Wi-Fi yang stabil dan konsisten.
"Oleh itu, untuk meningkatkan lagi pengalaman Wi-Fi di rumah, beberapa langkah perlu diambil oleh pelanggan termasuk memindahkan penghala ke bahagian rumah yang kebanyakan masa diluangkan. Contohnya jika anda sering berada di ruang tamu, letakkan penghala di sana.
"Selain itu, pastikan penghala tidak berada dalam ruangan tertutup atau berhampiran dengan permukaan reflektif atau logam untuk mengoptimumkan sambungan Wi-Fi anda," katanya pada program bual bicara 'Internet dan Anda': Bagaimana Untuk Mendapatkan Sambungan Wi-Fi Terbaik Di Rumah, terbitan Bernama TV pada Rabu.
Lolita juga menyarankan pelanggan supaya mengelak daripada meletakkan penghala berhampiran peranti yang menghasilkan gangguan elektromagnetik seperti telefon tanpa wayar, 'baby monitor' dan ketuhar gelombang mikro atau menindih peralatan jalur lebar kerana ini mungkin boleh menyebabkan penghala menjadi terlalu panas dan kurang efisien.
"Pelanggan juga boleh melabur dalam mesh kerana kebanyakan rumah di Malaysia adalah dua tingkat. Tambahkan mesh untuk meluaskan liputan Wi-Fi anda," katanya.
Bagi mengoptimumkan pengalaman Wi-Fi, Lolita berkata Unifi kini ada menawarkan pelbagai jenis alat tambah mesh berdasarkan keperluan gaya hidup pelanggan, daripada serendah RM15 sebulan berdasarkan jumlah peranti yang digunakan dan saiz rumah.
Selain itu, semua pelanggan baharu Unifi berkapasiti 100Mbps dan ke atas akan menerima penghala Wi-Fi 6 untuk memastikan mereka mempunyai isyarat Wi-Fi terbaik di rumah.
"Untuk pelanggan sedia ada yang menghadapi prestasi Internet yang lemah, penggantian kepada penghala Wi-Fi 6 akan dibuat. Secara proaktif, kami juga sedang menukar peralatan pelanggan sedia ada yang mungkin menghadapi masalah Internet secara berkala disebabkan penghala semasa mereka yang lama.
"Unifi Elite: pakar Wi-Fi kami on-demand juga boleh datang ke rumah untuk menyemak dan menasihati cara-cara mengoptimum dan meningkatkan lagi pengalaman Wi-Fi anda di rumah," katanya dan menambah maklumat terkini mengenai tawaran Unifi termasuk alat tambah mesh serta tip untuk meningkatkan liputan Wi-Fi boleh didapati menerusi laman web unifi.com.my, aplikasi myunifi dan TMpoint.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 03 2022

Trend penggunaan Internet untuk penstriman video dan pelayaran web juga meningkat kerana memerlukan liputan Wi-Fi yang stabil dan konsisten.

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

TM tamatkan sepenuhnya Streamyx, Unifi Lite pada 28 Februari
Telekom Malaysia tidak lagi akan menawarkan perkhidmatan berasaskan rangkaian tembaga menjelang 28 Februari 2025 kelak.

Tiga lelaki ditahan curi kabel di Gerik
Polis menahan tiga lelaki warga tempatan kerana disyaki mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) bernilai RM3,000 di Jalan Kuala Rui, Gerik, di sini hari ini.

Penamatan SSA DNB-TM: Akses 5G pengguna tidak terjejas - Gobind
Beliau berkata perjanjian akses 5G antara DNB dan TM yang dimeterai pada 30 Okt 2022 adalah masih terpakai.

TM sokong keputusan rangkaian 5G kedua, komited terhadap pertumbuhan digital
TM percaya langkah itu akan memacu transformasi digital Malaysia, kesalinghubungan, inovasi dan pertumbuhan ekonomi yang merentasi sektor.

Gangguan IT global: Operasi perniagaan, perkhidmatan TM tidak terjejas
TM berkata pihaknya telah mengesan isu itu secara proaktif dan menguruskannya dengan lancar.

Proses peralihan DWN 5G di Malaysia berjalan lancar - Gobind
Gobind berkata keutamaan sekarang adalah supaya proses itu dapat berlaku biarpun tiada sebarang keputusan muktamad dicapai setakat ini.

Curi kabel TM: Lari dari polis, lelaki cedera, rakan larikan diri
Suspek yang ditahan merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 58 tahun.

SST 8 peratus hanya untuk beberapa perkhidmatan Unifi - TM
Kadar SST bagi kandungan Unifi TV yang menjadi pelengkap atau tambahan kepada perkhidmatan telekomunikasi kekal pada enam peratus.

Kecurian cip elektronik TM, lapor segera jika lihat aktiviti meragukan
Polis memohon bantuan orang awam untuk segera membuat laporan jika melihat aktiviti meragukan di peti kabinet milik Telekom Malaysia (TM) di sekitar daerah Lipis, dekat sini.

Empat anggota polis ditahan subahat curi kabel
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kesemua anggota polis yang bertugas di unit kereta peronda (MPV) itu ditahan pada 19 September lalu.