Sekumpulan anak muda Terengganu di bawah pertubuhan Komuniti Car Food Sale kembali menganjurkan acara jualan makanan sahur 'Car Food Sahur' buat tahun yang keempat di kawasan Pantai Batu Buruk di sini.
Menyajikan pelbagai hidangan makanan tradisi tempatan, wakil penganjur, Aril Arif Abd Razak berkata acara yang berkonsepkan bersahur secara santai dan membuat kebajikan di kawasan pantai peranginan itu kali ini berjaya menarik kira-kira 200 pengunjung setiap malam.
"Kedatangan pengunjung yang ramai juga mungkin kerana kami ini lebih ramai vendor yang berniaga iaitu 25 orang berbanding 18 pada tahun lepas... kami juga mulakan operasi perniagaan lebih awal iaitu lima hari selepas umat Islam berpuasa berbanding tahun lalu, iaitu seminggu selepas puasa.
"Waktu perniagaan juga kami panjangkan selama sejam iaitu beroperasi dari 12 tengah malam hingga 5 pagi supaya lebih ramai pengunjung dapat menikmati pelbagai juadah makanan tempatan untuk bersahur bersama rakan-rakan dan anggota keluarga mereka di sini," katanya ketika ditemui pemberita.
Setiap malam pengunjung yang datang katanya bukan sahaja dapat menikmati makanan dengan cara bersila di atas hamparan tikar, tetapi juga dihiburkan dengan lagu-lagu berunsur ketuhanan yang dipersembahkan oleh kumpulan KT Busker.
"Seperti tahun sebelum ini, tiada sebarang bayaran dikenakan kepada vendor untuk tapak perniagaan, sebahagian keuntungan yang kami dapat daripada hasil jualan pula akan diserahkan kepada badan kebajikan yang kami pilih.
"Malah tahun ini bagi meningkatkan aktiviti kebajikan, pihak kami turut mengadakan kerjasama dengan sukarelawan SPRING dari Masjid Ladang bagi mengadakan majlis buka puasa bersama anak-anak yatim dan mengedar makanan sahur kepada golongan gelandangan di sekitar Kuala Terengganu ini," kata Aril Arif.
Seorang pengunjung, Shazni Zainuddin, 31, berkata kewujudan Car Food Sahur ini memberikan lebih pilihan kepada golongan muda sepertinya untuk menikmati juadah bersahur di samping merapatkan silaturahim bersama rakan-rakan dan ahli keluarga.
"Di bandar raya ini sukar untuk mendapatkan makanan lewat malam kerana banyak kedai yang akan tutup selepas 12 tengah malam, jadi di sini dapatlah saya bersahur dengan menikmati pelbagai juadah kegemaran yang dijual seperti nasi minyak, laksa Terengganu dan kuih-muih tempatan," katanya.
Safuwan Mohd Saidi, 30, pula berkata beliau dan keluarga gemarkan konsep tradisional yang diketengahkan iaitu makan secara bersila di atas hamparan tikar, seperti di rumah tetapi ditemani angin pantai.
"Menikmati hidangan sahur beramai-ramai secara santai ini memang saya nantikan setiap kali bulan Ramadan dan hingga kini saya sudah beberapa kali berkunjung ke sini, bersama rakan-rakan serta keluarga," katanya yang menggemari kuih tradisional Terengganu, nekbat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 03 2018

Orang ramai menunggu giliran untuk mendapatkan makanan dari 25 peniaga yang mengambil bahagian dalam program berkonsepkan 'car food sahur' di Pantai Batu Buruk baru-baru ini. --fotoBERNAMA

Penutupan separa kecemasan, Tuaran dan Kota Kinabalu alami gangguan air Selasa ini
Sebahagian pengguna di Kota Kinabalu dan Tuaran dinasihatkan bersiap sedia menghadapi kemungkinan gangguan bekalan air berikutan penutupan separa kecemasan akan dilakukan Selasa ini (25 Feb).

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Car Food Sahur di Pantai Batu Buruk tarik ramai pengunjung
Aril Arif Abd Razak berkata acara yang berkonsepkan bersahur secara santai dan membuat kebajikan di kawasan pantai peranginan itu kali ini berjaya menarik kira-kira 200 pengunjung setiap malam.