Warga pendidik dan pensyarah perlu menyesuaikan cara pengajaran dan pembelajaran mereka mengikut perubahan zaman serta teknologi bagi melahirkan pelajar yang cemerlang.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata pendidik juga perlu lebih fleksibel dan bersedia menghadapi segala perubahan kaedah pengajaran termasuk sentiasa mengikuti perkembangan teknologi.
"Kita tak boleh lagi mengikut cara lama sebab sekarang internet dan teknologi sedang berkembang yang mana kaedah lama mungkin tidak lagi relevan pada masa kini," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Besut di sini hari ini.
Dalam perkembangan lain, Idris berkata pihak kementerian sedang berusaha untuk membangunkan sebuah bangunan politeknik di Kampung Bukit Kluang di sini bagi menempatkan pelajar Politeknik Besut yang sekarang ditempatkan di Politeknik Kota Baharu.
Bernama
Thu May 26 2016

IDRIS: Pendidik juga perlu lebih fleksibel dan bersedia menghadapi segala perubahan kaedah pengajaran termasuk sentiasa mengikuti perkembangan teknologi. - Gambar fail
Agenda AWANI: Usaha damai di selatan Thailand
Bagaimana komitmen Malaysia selaku pengerusi #ASEAN25 untuk mengutamakan usaha mencapai kedamaian di wilayah selatan Thailand? Diskusi 9 malam

Terdapat 14 luka tikaman pada mayat wanita disyaki dibunuh - Polis
Polis menerima laporan lengkap keputusan hasil bedah siasat itu oleh pakar perubatan forensik Hospital Melaka yang dijalankan pada Isnin lepas.

Kadar zakat fitrah di Kelantan ditetapkan RM8 tahun ini
Individu boleh membuat bayaran RM14 atau RM21 berdasarkan keselesaan mengikut harga beras yang dimakan.
Pemukiman Menteri Ekonomi gulung hari pertama
Luqman Hariz membawakan perkembangan semasa mesyuarat pertama pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN dari Desaru, Johor.
UMNO setengah calon miliki ciri 'wali' - Ahmad Zahid
UMNO akan mengetengahkan calon yang memiliki kriteria dan ciri 'WALI' yang boleh menang, diterima dan disenangi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.
ASEAN 25: Pemukiman ADMM tumpu kerjasama pertahanan serantau
Mesyuarat Pemukiman Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) 2025 di Pulau Pinang berlangsung hari ini dengan tumpuan diberikan terhadap kerjasama pertahanan serantau.
Wujud kes hospital swasta caj tinggi pesakit guna GLC - GLC
Kementerian Kewangan mengesahkan, terdapat kes tertentu menunjukkan kos rawatan lebih tinggi dikenakan ke atas pesakit yang menggunakan surat jaminan (GL), berbanding pesakit membayar dahulu dan membuat tuntutan kemudian (pay-and-claim).
Jasad hud Aryan ditemukan tujuh kilometer dari rumah
Mayat terbabit ditemukan selepas 45 jam kanak-kanak terbabit dilaporkan hilang dengan lokasi penemuan kira-kira tujuh kilometer dari rumah keluarga mangsa.
Sanusi mohon maaf kepada Amirudin, saman RM10 juta selesai
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, memohon maaf kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu berhubung kes saman fitnah RM10 juta berkaitan kenyataan mengenai Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG).
Agenda AWANI: Tingkat kerjasama Malaysia-Vietnam
Sejauh mana lawatan kerja rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Vietnam (25-26 Feb) bukan hanya dapat meningkatkan hubungan kerjasama Malaysia-Vietnam, bahkan juga perkukuh kedudukan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025? Diskusi 8.30 malam

Cara pengajaran dan pembelajaran perlu ikut perubahan zaman - Idris Jusoh
Warga pendidik dan pensyarah diminta menyesuaikan cara pengajaran dan pembelajaran mereka mengikut perubahan zaman.