TIDAK melatah ketika disoal mengenai jodoh, penyanyi bersuara lantang Ziana Zain sebaliknya mengakui dia kini lebih memikirkan tentang anak-anak dan kerjayanya sebagai penyanyi.
Malah, setelah hampir empat tahun bergelar ibu tunggal, Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain memohon doa agar diberikan yang terbaik.
“Carikanlah jodoh untuk kita, korang (kamu) carikanlah.
“Saya lebih tertumpu kepada kehidupan saya sebagai seorang ibu, penyanyi, kakak dan anak-anak saya. Apa yang terjadi di masa hadapan, kita tak tahu."
Menurut Ziana, dia enggan mengatakan hatinya sudah tertutup untuk mencari teman hidup atau sebaliknya kerana semuanya ketentuan Ilahi.
“Saya tak berani cakap tutup hati ke tak, sebab di masa hadapan kita tak tahu.
“Tapi saya mohon pada Allah agar beri yang terbaik dalam hidup saya.
“Bila minta yang baik, Allah akan bagi dalam bentuk apa… Allahu a'lam. Paling penting sekarang, saya nak menyanyi dan jumpa peminat,” katanya.
BACA: "Tak sangka akan bergabung pada usia 50-an" - Ziana, Anuar cipta sejarah tiket konsert habis terjual sekelip mata
Tambah Ziana, dia juga akui tidak pernah menerima mesej peminat yang menawarkan diri untuk menjadi pasangan hidupnya.
Malah, dia mengambil pendekatan untuk tidak melayan mesej atau komen yang dianggap mengarut.
“Tak ada pun, benda-benda ini saya tak layan. Bila kita layan benda mengarut ini akan jadi berpanjangan jadi benda tak baik.
“Baik-baik saja barulah saya reply,” katanya.
Ziana yang kini berusia 54 tahun itu ditemui ketika sidang media The Anuar Zain & Ziana Zain Live in Kuala Lumpur 2022 di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Buat julung kalinya, gabungan dua adik-beradik itu dalam sebuah konsert yang akan diadakan di Plenary Hall Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 6 Ogos depan.
Sekadar info, Ziana pernah mendirikan rumah tangga bersama Armin Zaharin pada 9 Mei 1998 dan dikurniakan tiga anak lelaki serta seorang perempuan, berumur lingkungan 11 hingga 20 tahun.
Namun ikatan perkahwinan mereka berakhir apabila Ziana dan Armin Zaharin, sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 12 Julai 2018.
*Artikel asal disiarkan di Gempak
Gempak
Tue May 24 2022
Menurut Ziana, dia enggan mengatakan hatinya sudah tertutup untuk mencari teman hidup atau sebaliknya kerana semuanya ketentuan Illahi.- Gempak
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
Hasrat untuk duet bersama Ziana Zain tercapai, Alyph rasa bertuah
Alyph menzahirkan rasa syukur selepas hasratnya untuk berkolaborasi dengan penyanyi legenda Ziana Zain menerusi album The Storm tercapai.
Ziana Zain giat bersenam di gimnasium, persiap diri untuk konsert solo bulan depan
Ziana Zain mahu memastikan beliau mampu memberikan yang terbaik apabila impiannya itu bakal menjadi kenyataan bulan depan.
Peluang beramah mesra dengan Ziana Zain Sabtu ini
Acara Autograph Session akan diadakan pada 21 April 2024 bermula pukul 3 petang di Centre Court, Sungei Wang Plaza.
Tugas baharu Ziana didik masyarakat rancang kewangan, bebas hutang
Ziana anggap peluang yang diperoleh pada usia 55 tahun sebagai satu penghormatan.
Ziana Zain kembali dengan konsert solo selepas 22 tahun
Menurut pelantun lagu Puncak Kasih Kita, dia sangat bersyukur kerana dapat kembali beraksi untuk menghiburkan peminatnya pada tahun hadapan.
'Kalau tak mahu bela bagilah orang lain' - Ziana Zain terkesan berita penderaan kanak-kanak
Menurut Ziana, dia tidak boleh terima perlakuan ibu berkenaan yang dirasakan seperti tidak masuk akal.
Ziana Zain dedah status janda sering jadi umpatan orang
Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana, 55, mendedahkan, sehingga kini dia masih menjadi bahan umpatan orang.
Ziana tidak fikir jodoh baharu
Lantaran sibuk dengan kerjaya seni, Ziana tidak sempat memikirkan soal mencari pasangan hidup.
"Saya dan kawan-kawan ada perancangan nak..." - Anuar Zain kongsi 'plan' Ramadan
Penyanyi Anuar Zain memberitahu dia dan rakan-rakannya sudah mempunyai perancangan untuk menunaikan solat tarawih di masjid berlainan.
"Seminggu tak tidur lena!" - Ziana, Anuar lega konsert sukses
Berlangsung meriah bermula 9 malam, persembahan kedua-dua adik-beradik popular itu mengukir senyum 2,800 penonton yang hadir.