SEREMBAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menyelamatkan 1,365 nyawa mangsa, daripada 1,487 kes carilamat di laut bagi tempoh awal Januari hingga Oktober lepas.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin berkata, jumlah itu, menunjukkan keseriusan APMM dalam menjalankan operasi dalam menangani pencemaran maritim.
Beliau berkata APMM juga telah melakukan sebanyak 154,463 pemeriksaan, 38,867 penggeledahan dan 1,114 tangkapan sepanjang tahun ini.
"Sebagai agensi tunggal yang mengkoordinasikan operasi carilamat kebangsaan di laut, APMM sentiasa bersiap siaga menggerakkan agensi yang berkaitan, bagi memastikan mangsa dan aset dapat diselamatkan," katanya dalam ucapan yang dibacakan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim, Laksamana Muda Maritim Datuk Rusli Abdullah, dekat sini, pada Sabtu.
Beliau berkata, APMM turut berperanan dalam melindungi alam sekitar bagi memastikan kelestarian alam.
"Alam sekitar khususnya di kawasan maritim seperti terumbu karang, hutan paya bakau dan pesisiran pantai, merupakan aset amat berharga, jadi APMM berusaha keras memastikan kelestarian alam ini," katanya.
Sementara itu, Rusli berkata, APMM amat menghargai jasa dan sumbangan media dalam mempromosikan APMM, sebagai sebuah agensi keselamatan yang bertanggungjawab dalam memelihara keselamatan perairan negara.
"Rakan media telah membantu APMM menyampaikan maklumat dan informasi penting sama ada dalam aspek penguatkuasaan atau carilamat disampaikan kepada rakyat Malaysia, dengan tepat dan kadar segera," katanya.
Bersempena program berkenaan hampir 100 petugas media tempatan dari saluran media elektronik, media cetak dan portal media hadir memeriahkan acara. - BERNAMA
Bernama
Sat Dec 02 2023

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin berkata, jumlah itu, menunjukkan keseriusan APMM dalam menjalankan operasi dalam menangani pencemaran maritim. - Foto Facebook APMM
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews

Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.

Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Kerajaan teruskan projek dua OPV APMM, cari kontraktor baharu - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution Ismail berkata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Awang Alik Jeman dipertanggungjawabkan bagi meneliti perkara berkaitan termasuk pencarian kontraktor baharu.

APMM tahan lima warga Myanmar tangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan
APMM Selangor menahan lima lelaki Myanmar termasuk seorang tekong bot nelayan kerana menangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan di kedudukan 9.2 batu nautika barat daya Pulau Tengah, semalam.

Seorang lagi lelaki warga asing terlibat insiden tembakan di Morib meninggal dunia - Polis
Seorang lagi lelaki warga asing yang terlibat dalam insiden tembakan di perairan Tanjung Rhu, Banting, Selangor pada 24 Jan lepas meninggal dunia.

Insiden tembakan: Siasatan menjurus kepada kes lebih serius - Saifuddin
Menurut Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, siasatan awal menunjukkan keadaan corak atau situasi yang serupa berdasarkan kes-kes penyeludupan sebelum ini.

Insiden tembakan: Anggota Maritim Malaysia terbabit direhatkan - Saifuddin
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, ini berdasarkan siasatan dalaman ke atas anggota yang terlibat.

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur
Ia tanda protes terhadap kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, pada 24 Jan lalu.

Polis Selangor sahkan kes tembakan libatkan APMM, warga asing
Pengadu terima tiga pesakit lelaki disyaki warga asing dalam keadaan sedar dan mengalami kecederaan kesan tembakan di anggota badan.

Kawasan pencarian tiga nelayan dikhuatiri hilang dekat Pulau Payar diperluas
Operasi mencari dan menyelamat tiga mangsa diteruskan pada 7.30 pagi ini.

Dua bot nelayan ditahan langgar syarat lesen, gajikan pekerja asing
APMM Selangor menahan dua bot nelayan tempatan kerana disyaki melanggar syarat sah lesen dengan menggajikan kru warga asing tanpa kebenaran.

Langkawi diintai PATI Myanmar, APMM gerak aset perketat kawalan perairan negara
Maritim Malaysia tingkatkan rondaan di beberapa kawasan yang telah dikenal pasti sebagai lokasi hot spot khususnya di sekitar perairan Langkawi.