SHAH ALAM: Pelaksanaan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi atlet di bawah Program Podium sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) dalam menjaga kebajikan atlet.
Pengerusi Yakeb Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed berkata caruman KWSP merupakan simpanan masa depan atlet untuk persaraan kelak, manakala caruman Perkeso bagi menjaga kebajikan golongan itu jika ditimpa kemalangan, kecederaan atau lain-lain penyakit.
"Ia (caruman KWSP dan Perkeso) juga sebenarnya secara tidak langsung akan mengurangkan beban Yakeb," katanya kepada pemberita pada Kejohanan Bola Sepak KTM Komuter 2023 di sini hari ini.
Pada 21 Nov lepas, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh mengumumkan caruman KWSP dan Perkeso yang akan dilaksanakan bermula Januari tahun depan, telah diputuskan oleh Lembaga Pengurusan Majlis Sukan Negara (MSN) selepas kajian semula skim elaun latihan atlet kebangsaan dengan penekanan kepada kesejahteraan atlet diluluskan.
Ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Belia dan Sukan di Dewan Rakyat, Hannah juga berkata caruman itu merupakan pengubah keadaan yang dilaksanakan kerajaan kerana sebelum ini tiada sebarang program membolehkan atlet negara mencarum dengan KWSP dan Perkeso.
Noorul Ariffin berkata meskipun para atlet akan mencarum kelak, Yakeb tetap akan menyalurkan bantuan kepada atlet berkenaan untuk memastikan kebajikan mereka sentiasa terjamin.
Sementara itu, mengenai Kejohanan Bola Sepak KTM Komuter 2023 yang dianjurkan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) itu, Noorul Ariffin berkata ia merupakan inisiatif terbaik untuk membawa bekas atlet berinteraksi dengan masyarakat.
Menurutnya sebelum ini terdapat juga kejohanan bagi sukan badminton dan bola jaring dianjurkan bagi mendekatkan lagenda sukan tanah air itu kepada masyarakat.
"Harapan kami di Yakeb supaya badan korporat dan agensi kerajaan membantu bekas atlet ini kembali bersama komuniti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 30 2023
![Caruman KWSP, Perkeso untuk atlet kurangkan beban Yakeb - Noorul Ariffin Caruman KWSP, Perkeso untuk atlet kurangkan beban Yakeb - Noorul Ariffin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703941878_NoorulAriffinAbdul.jpg)
Noorul Ariffin berkata, caruman KWSP dan Perkeso sebenarnya secara tidak langsung akan mengurangkan beban Yakeb. - Bernama
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
8 individu sebar kandungan jelik, palsu diambil keterangan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan lapan individu disyaki memuat naik kandungan bersifat palsu dan jelik terhadap institusi diraja khususnya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
![Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645583501_TBSINNER.jpg)
Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping
Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner, menerima hukuman penggantungan serta-merta selama tiga bulan daripada menyertai kejohanan tenis.
Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak berkali-kali
Disebabkan pertengkaran akibat kelewatan pembayaran gaji, seorang penyelia kedai runcit ditetak berkali-kali menggunakan pisau pemotong daging oleh pekerjanya di hadapan deretan kedai di Seksyen 7, Shah Alam pada Jumaat.
Dua beradik berusia 10, 15 tahun hilang dari rumah
Dua beradik berusia 10 dan 15 tahun hilang selepas keluar dari sebuah pangsapuri dekat Taman Harmoni, Seri Kembangan, Selangor sejak Khamis lalu.
![Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738745035_TBAnwarIbrahim.jpg)
Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar
Pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencatatkan 5.1 peratus pada 2024 membuktikan keberkesanan dasar Ekonomi MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Caruman KWSP pekerja asing akan ditetapkan dua peratus - PM Caruman KWSP pekerja asing akan ditetapkan dua peratus - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738567075_AnwarIbrahim.jpg)
Caruman KWSP pekerja asing akan ditetapkan dua peratus - PM
Kerajaan akan menetapkan kadar caruman KWSP sebanyak dua peratus kepada pekerja asing berbanding 12 peratus yang dicadangkan sebelum ini.
![Bekerja atau tidak, carum PERKESO untuk perlindungan diri dan keluarga Bekerja atau tidak, carum PERKESO untuk perlindungan diri dan keluarga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736760553_TBNANCY.jpg)
Bekerja atau tidak, carum PERKESO untuk perlindungan diri dan keluarga
Sekiranya pencarum meninggal dunia, sekurang-kurangnya waris mendapat mendapat faedah dari segi kewangan yang dapat mengurangkan beban.
![Perkeso kuat kuasa had siling gaji baharu untuk caruman berkuat kuasa hari ini Perkeso kuat kuasa had siling gaji baharu untuk caruman berkuat kuasa hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723512762_Perkeso.jpg)
Perkeso kuat kuasa had siling gaji baharu untuk caruman berkuat kuasa hari ini
Perkeso akan menguatkuasakan had siling gaji baharu bagi maksud caruman daripada RM5,000 kepada RM6,000 sebulan, mulai hari ini.
![Akaun 3 KWSP: Tahap celik kewangan pencarum perlu dipertingkat Akaun 3 KWSP: Tahap celik kewangan pencarum perlu dipertingkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61657600761_kaunterKhidmatPela.jpg)
Akaun 3 KWSP: Tahap celik kewangan pencarum perlu dipertingkat
Pencarum KWSP perlu mempunyai tahap disiplin yang tinggi agar tidak sewenang-wenangnya membuat pengeluaran caruman Akaun 3.
![Caruman KWSP, Perkeso untuk atlet kurangkan beban Yakeb - Noorul Ariffin Caruman KWSP, Perkeso untuk atlet kurangkan beban Yakeb - Noorul Ariffin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703941878_NoorulAriffinAbdul.jpg)
Caruman KWSP, Perkeso untuk atlet kurangkan beban Yakeb - Noorul Ariffin
Meskipun para atlet akan mencarum kelak, Yakeb tetap akan menyalurkan bantuan kepada atlet.
![188,102 suri rumah mencarum SKSSR Perkeso - Mustapha 188,102 suri rumah mencarum SKSSR Perkeso - Mustapha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696322740_WanAzizah.jpg)
188,102 suri rumah mencarum SKSSR Perkeso - Mustapha
Sebanyak 188,102 suri rumah mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) setakat 24 Sept lepas.
![Inisiatif KWSP berjaya tarik lebih ramai pencarum daripada pekerja tidak formal Inisiatif KWSP berjaya tarik lebih ramai pencarum daripada pekerja tidak formal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51656150438_ehailing.jpg)
Inisiatif KWSP berjaya tarik lebih ramai pencarum daripada pekerja tidak formal
Reformasi terhadap sistem perlu dilaksanakan secara menyeluruh bagi mendapatkan liputan yang lebih meluas terhadap usaha positif itu.
![Pemandu, penunggang p-hailing akan diwajibkan mencarum di bawah Perkeso Pemandu, penunggang p-hailing akan diwajibkan mencarum di bawah Perkeso](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71664596634_TBWEEKASIONG.jpg)
Pemandu, penunggang p-hailing akan diwajibkan mencarum di bawah Perkeso
Semua pemandu dan penunggang p-hailing selepas ini akan diwajibkan mencarum dengan program Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
![Kerajaan setuju beri 'ganjaran' sempena Hari Pekerja 2022 Kerajaan setuju beri 'ganjaran' sempena Hari Pekerja 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81650032793_PerhimpunanAgungUM.jpg)
Kerajaan setuju beri 'ganjaran' sempena Hari Pekerja 2022
Hadiah itu termasuk kerajaan akan menanggung 80 peratus jumlah caruman individu bekerja sendiri di Perkeso.
![KWSP, GoGet perkenal program simpanan persaraan bersepadu untuk pekerja gig KWSP, GoGet perkenal program simpanan persaraan bersepadu untuk pekerja gig](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41645601826_Mashup.jpg)
KWSP, GoGet perkenal program simpanan persaraan bersepadu untuk pekerja gig
Pekerja gig yang mempunyai akaun KWSP sedia ada hanya perlu memberi kebenaran untuk menyertai program ini dan menetapkan kadar caruman mereka.