BUCHAREST: Presiden Romania Klaus Iohannis pada Isnin melantik penyandang Menteri Kehakiman Catalin Predoiu sebagai perdana menteri sementara berikutan peletakan jawatan Perdana Menteri Nicolae Ciuca sebagai sebahagian daripada perjanjian gabungan parti pemerintah untuk menggilirkan jawatan perdana menteri, lapor Xinhua.
Menurut Pentadbiran Presiden, Iohannis mengambil maklum mengenai peletakan jawatan Ciuca dan menjemput parti gabungan kerajaan ke Istana Presiden Cotroceni pada Selasa untuk berunding mengenai pengganti Ciuca.
"Hari ini saya menamatkan tugas saya sebagai perdana menteri Romania. Dengan cara ini... pada peringkat gabungan parti kerajaan, prosedur untuk melaksanakan penggiliran bermula," katanya dalam kenyataan media.
"Kami mencadangkan agar kerajaan dibentuk selewat-lewatnya pada Khamis dan dengan cara ini, kami boleh terus menangani isu-isu yang menjadi keutamaan -- melalui program kerajaan dan untuk setiap perkara yang sepatutnya dibuat kerajaan sesebuah negara," katanya di Istana Victoria.
Penggiliran itu sepatutnya dibuat pada 25 Mei tetapi mogok guru melengahkan proses berkenaan. Ciuca telah berjanji untuk menyelesaikan konflik buruh sebelum meletak jawatan.
Kesatuan guru Romania pada Isnin memutuskan untuk menangguhkan mogok umum mereka selepas tawaran terbaru kerajaan untuk menaikkan gaji guru.
Mengikut perjanjian yang dicapai antara ahli gabungan parti pemerintah yang mengangkat sumpah pada November 2021, negara itu akan menggilirkan perdana menterinya setiap 18 bulan sebelum pilihan raya parlimen akan datang yang dijangka pada Disember 2024.Ciuca dari Parti Liberal Nasional akan menyerahkan jawatan itu kepada presiden Parti Sosial Demokrat, Marcel Ciolacu sebagaimana dipersetujui.
Di bawah Perlembagaan Romania, ketua negara melantik calon untuk jawatan perdana menteri selepas berunding dengan parti atau gabungan parti politik yang mempunyai majoriti mutlak di Parlimen.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 13 2023

Iohannis mengambil maklum mengenai peletakan jawatan Ciuca dan menjemput parti gabungan kerajaan ke Istana Presiden Cotroceni pada Selasa untuk berunding mengenai pengganti Ciuca. - Gambar FB Catalin Predoiu

Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht (100 baht = RM13.08).

Hannah yakin kepimpinan Ahmad Shapawi untuk teraju YAKEB
Katanya, pengalaman luas Ahmad Shapawi dapat membantu membela kebajikan bekas atlet negara dan memastikan mereka dapat sokongan sewajarnya.

Program berteraskan teknologi bakal perkasa sektor pertanian di Bentong
Pihaknya telah kenal pasti produk yang kini di peringkat PoC bagi membantu pemain industri menggunakan teknologi dalam sektor pertanian.

21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Pembangunan tapak perpaduan akan dilaksanakan melalui Projek Pembangunan Ruang Sosial dan Ruang Fizikal di KRT Perumahan Strata Kos Rendah.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
Lebih 10,000 meriahkan majlis berbuka puasa bersama PM
Lebih 10,000 hadirin termasuk golongan agamawan dan asnaf berkesempatan berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, pada Isnin.
Inisiatif SMJ: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.
Sultan Nazrin rasmi Masjid Tuminah Hamidi
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan merasmikan Masjid Tuminah Hamidi dan majlis berbuka puasa sempena bulan Ramadan di Bagan Datuk.
26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
Kumpulan kedua 26 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar dijangka dihantar pulang esok, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Thailand.

Catalin Predoiu dinamakan PM sementara Romania
Presiden Romania Klaus Iohannis pada Isnin melantik penyandang Menteri Kehakiman Catalin Predoiu sebagai perdana menteri sementara negara itu.