Cawangan parti politik boleh ditubuhkan di Universiti Awam (UA) apabila Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dipinda kelak, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.
Maszlee berkata pindaan itu juga selari dengan cadangan penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun.
"Dengan perubahan AUKU yang akan dilakukan, akan ada Kelab Mahasiswa Barisan Nasional (BN) di UA, akan ada Kelab Pakatan Harapan (PH), Kelab Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan kelab-kelab lain yang ingin ditubuhkan sebagaimana di negara maju.
"Ini selaras dengan penurunan umur mengundi yang akan kita cadangkan nanti. Jika diturunkan umur mengundi kepada 18 tahun, maka pelajar akan bebas berpolitik, boleh mencalonkan diri mereka, boleh mengundi tanpa sebarang sekatan," katanya ketika menggulung usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 untuk kementeriannya pada persidangan Dewan Rakyat, pada Selasa.
Beliau menjawab celahan Noor Amin Ahmad (PH-Kangar) yang ingin tahu sama ada kementerian bersetuju untuk mewujudkan cawangan parti politik di UA.
Bagaimanapun Maszlee berkata penubuhan cawangan parti politik itu hanya terpakai di UA yang tertakluk kepada AUKU.
"Ada dua universiti yang tidak tertakluk kepada AUKU iaitu UiTM (Universiti Teknologi Mara) dan UIA (Universiti Islam Antarabangsa)," katanya.
Menjawab celahan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) yang bangkit mempersoalkan penubuhan parti politik dan pilihan raya kampus yang menurutnya bukan perkara baharu, Maszlee berkata pilihan raya kampus sebelum ini dikawal pihak tertentu menyebabkan pelajar tidak bebas berpolitik.
"Yang berlaku pilihan raya kampus sebelum ini dikawal oleh bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di bawah kuasa BN dan pelajar dan pensyarah yang tidak sehaluan dengan BN dikenakan sekatan yang pelbagai, YB Syed Saddiq (Yang Berhormat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman) juga sebelum ini pernah dihalang masuk ke universiti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 30 2018
Maszlee berkata penubuhan cawangan parti politik itu hanya terpakai di UA yang tertakluk kepada AUKU. - Gambar fail
Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.
Rayuan kerajaan berhubung pelarasan pencen ATM diputuskan pada 6 Mei
6 Mei ditetap sebagai tarikh keputusan berhubung rayuan mengenai keputusan yang memihak kepada pelarasan pencen pesara ATM yang bersara sebelum 1 Jan 2013.
Trump hentikan bantuan kepada Afrika Selatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Ahad berkata bahawa beliau akan menghentikan bantuan kepada Afrika Selatan.
Lee Joo Sil, bintang veteran Squid Game meninggal dunia
Seorang bintang veteran Korea Selatan, Lee Joo Sil, meninggal dunia pada usia 81 tahun.
Hamas puji penubuhan kumpulan The Hague, anggap langkah penting akhiri penjajahan Israel
Kumpulan penentang Palestin, Hamas pada Ahad menyifatkan penubuhan sebuah pakatan melibatkan beberapa negara bagi menyelaraskan tindakan perundangan, diplomatik dan ekonomi terhadap pencabulan undang-
Anggota APMM disiasat dan direhatkan
Jelasnya, selepas beliau mengadakan pertemuan bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mereka bersetuju agar anggota yang sedang disiasat akan direhatkan.
Siasatan menjurus kepada kes lebih serius
Kementerian Dalam Negeri tidak menolak kemungkinan siasatan insiden tembakan membabitkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dengan warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, dekat Banting, Selangor pada 24 Januari lalu melibatkan siasatan penyeludupan dadah dan senjata.
Caruman KWSP pekerja asing akan ditetapkan dua peratus - PM
Kerajaan akan menetapkan kadar caruman KWSP sebanyak dua peratus kepada pekerja asing berbanding 12 peratus yang dicadangkan sebelum ini.
Dua lelaki didakwa bunuh warga emas dan anak angkat di Alor Setar
Dua lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh seorang warga emas dan anak angkatnya dalam kejadian kebakaran di Alor Setar yang dipercayai bermotifkan dendam.
Penganggur dipercayai bunuh Ibu kandung direman tujuh hari
Seorang lelaki yang dipercayai membunuh ibu kandungnya dalam kejadian di Pangsapuri Seri Orkid, Butterworth pada Jumaat lalu direman selama tujuh hari.
AUKU tetap akan dimansuh seperti janji manifesto - Maszlee
Maszlee berkata langkah ke arah memansuhkan AUKU sedang diambil dan akan dilaksanakan secara berperingkat, termasuklah membatalkan Seksyen 15 AUKU terlebih dahulu.
Kabinet setuju pinda AUKU - Maszlee Malik
Ia selaras dengan manifesto kerajaan Pakatan Harapan (PH) sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-14 baru-baru ini.
Cawangan parti politik boleh ditubuh di UA selepas AUKU dipinda
Maszlee berkata pindaan itu juga selari dengan cadangan penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun.
PH perlu segera mansuh AUKU 1971 - Wakil pelajar
Pakatan Harapan (PH) diminta segera memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.
AUKU wajar dimansuhkan, tingkat autonomi universiti - Mahasiswa UM
Aktivis mahasiswa, demokrat Universiti Malaysia berpendapat Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 sewajarnya dimansuhkan kerana ia berkait rapat soal urus tadbir universiti.
Mahasiswa boleh berpolitik, namun jangan sampai dipergunakan - Idris
Penuntut institusi pengajian tinggi boleh berpolitik, namun perlu mematuhi ruang lingkup ditetapkan dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti 2012, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.