MELAKA: Seorang pembantu makmal sains Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Udang di sini dikejarkan ke sebuah klinik selepas cecair dipercayai jenis asid nitrik terpercik mengenai kakinya dalam kejadian pagi ini.
Pegawai Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Zulkhairani Ramli berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.33 pagi, sebelum tiga jentera bomba dengan 17 anggota termasuk Pasukan Khas Bahan Kimia (Hazmat) diarahkan ke lokasi kejadian.
"Wanita berusia 37 tahun itu ketika kejadian sedang dalam proses memindahkan bahan kimia tersebut ke dalam bekas yang lain sebelum botol berisi cecair kimia dianggarkan 2.5 liter itu jatuh lalu terpercik ke kakinya.
"Mangsa dinyahcemar oleh pasukan Hazmat sebelum dikejarkan ke Klinik Kesihatan Sungai Undang walaupun tidak mengalami kecederaan bagi pemeriksaan lanjut dengan menggunakan kenderaan EMRS Balai Bomba dan Penyelamat Tangga Batu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Jelasnya tiada pelajar ketika insiden berlaku dan kemalangan terjadi disebabkan bekas bahan kimia tersebut reput lalu pecah ketika proses pencairan dilakukan, menyebabkan cecair tersebut tumpah.
"Kerja-kerja pembersihan tamat sekitar 2.11 petang tadi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 21 2022

Kemalangan terjadi disebabkan bekas bahan kimia tersebut reput lalu pecah ketika proses pencairan dilakukan, menyebabkan cecair tersebut tumpah. - Gambar/ JBPM

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Tangkap itik dalam kolam hidupkan tradisi sukan rakyat di PAT 2025
Rosmariani berkata pertandingan yang memasuki tahun ketiga itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Terap tulisan Jawi dalam seni batik pelihara, martabatkan warisan budaya
Hasil karya tersebut berpotensi menembusi pasaran global serta membantu menyokong artisan batik dan penulis khat tempatan.

Dakwaan RUU PSB hapus Melayu, golongan M40, B40 tidak benar - KP PLANMalaysia
Alias berkata kerajaan memegang teguh 10 prinsip bagi memastikan ketelusan pentadbiran dan menjamin hak pemilik hartanah berdaftar.
"Keadaan enam tebusan Israel yang dibebaskan sangat buruk " - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mendakwa keadaan enam tebusan Israel yang dibebaskan Hamas pada sabtu berada pada tahap yang buruk.
Kenyataan beliau itu bagaimanapun dilihat bertentangan dengan analisis dan kenyataan pakar kesihatan Israel sendiri.
Kenyataan beliau itu bagaimanapun dilihat bertentangan dengan analisis dan kenyataan pakar kesihatan Israel sendiri.
Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
Dua rakyat Israel yang baru dibebaskan, Avera Mengistu dan Hisham Al-Sayed, tiba dalam keadaan fizikal yang secara keseluruhannya baik.
Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
Tahap kesihatan pemimpin gereja katolik dan Kota Vatican, Pope Francis dilaporkan semakin merosot dalam tempoh 24 jam terakhir.

Kucing punca tumpahan cecair kimia
Kucing itu menjatuhkan 10 botol mengandungi cecair kimia jenis sodium dehidrogen sebelum disedari pembantu makmal.

Simbah asid terhadap lelaki warga Pakistan, wanita warga emas dipenjara 12 bulan
Saira mengaku bersalah mencederakan Inam Ullah dengan menggunakan cecair kimia di dalam lif Blok B Pangsapuri Laksamana Jaya, Kampung Laksamana, Batu Caves.

Orang awam diarah jauhi lokasi penemuan 33 tong cecair kimia di Gopeng - Polis
Polis mengingatkan orang awam supaya tidak mendekati kawasan lapang berhampiran Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng yang menjadi lokasi pembuangan haram 33 tong bahan kimia.

Cecair kimia tumpah, pembantu makmal sekolah dikejarkan ke klinik
Seorang pembantu makmal sains Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Udang di sini dikejarkan ke sebuah klinik selepas cecair dipercayai jenis asid nitrik terpercik mengenai kakinya.