Bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin kesal dengan sikap sesetengah pihak yang meragui kemampuan orang Melayu berniaga.
Raja Nong Chik menyatakan kekesalannya terhadap pendedahan yang dibuat anggota PKR yang digantung keahlian, Badrul Hisham Shahrin atau CheguBard yang mempersoalkan cek bernilai lebih RM12 juta yang diterima atas namanya dan isteri.
Katanya, cek yang dimaksudkan oleh CheguBard itu merupakan aset miliknya yang sah, hasil perniagaan dan pelaburannya selama ini.
“Itu saya punya aset sendirilah. Sebelum saya menteri, saya dah ada dah aset tersebut. Itu persendirian. Saya dah berniaga lebih 30 tahun. Dalam perniagaan dan pelaburan saya, semua saya isytihar semasa jadi menteri.
“Semua ada rekod. Bukan duit haram,” katanya kepada Astro AWANI.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu juga dipetik sebagai berkata beliau merupakan peniaga tulen yang sejak 30 tahun lalu memperjuangkan legasi Melayu dalam arena perniagaan.
Katanya, rekod perniagaannya dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan boleh diperiksa jika ada mana-mana pihak yang sangsi tentang sumber kewangan itu.
“Tak mungkin tiada orang Melayu yang berjaya dalam perniagaan, apatah lagi saya sudah berniaga lebih 30 tahun, yang sebelum itu dimulakan bapa saya.
“Bapa saya pun ada aset sampai beratus juta. Kalau itu pun orang Melayu tak boleh buat, siapa lagi Melayu yang nak berniaga ini? Orang Melayu tak boleh berniaga ke?” soal beliau.
Menjelaskan gambar cek yang dimuat naik di blog CheguBard itu, Nong Chik berkata ia deraf bank yang dipindahkan dari satu bank ke bank lain bagi memastikan dividen bulanan tidak terlepas.
“Bank deraf itu dikeluarkan dari Maybank. Ada pelaburan yang saya tukar dari CIMB kepada Amanah Saham yang disyaratkan menggunakan bank deraf, supaya tidak terlepas satu bulan dividen," katanya.
Raja Nong Chik juga dipetik sebagai berkata bersedia untuk bertemu CheguBard agar persoalan yang diutarakan menerusi blognya terjawab.
“Saya bersedia berjumpa dengannya supaya ditarik balik kenyataan itu. Kalau tidak, mungkin saya kena ambil tindakan undang-undang kerana ia menjejaskan reputasi saya.
“Tiada apa yang saya mahu sorokkan,” katanya.
Selain itu, beliau juga mendesak CheguBard agar membuat permohonan maaf atas tindakan beliau yang membuat tuduhan tanpa memeriksa kebenaran terlebih dahulu.
"Saya sudah bercakap dengan peguam saya, dan kita menunggu sama ada CheguBard akan membuat permohonan maaf atau tidak sebelum tindakan lanjut diambil.
"Kalau dia minta maaf, tidak perlu saya buat tindakan lanjut," jelas beliau.
Menerusi blognya, CheguBard mempersoalkan kemampuan seorang bekas menteri mampu memiliki aset bernilai jutaan ringgit.
“Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) teruslah tutup mata, rakyat bodoh bawah ini kamu hambat dengan cukai pelbagai tetapi yang di atas itu berapa ya cukai yang dibayarnya?
“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) teruslah membuta, lebih baik tangkap kes sarjan ambil rasuah RM50 banyak-banyak untuk turunkan indeks rasuah negara.
“Senang kerja dari tangkap jerung siasat bagai nak gila akhirnya buang kes pula,” katanya menerusi blognya chegubard.blogspot.com.
Astro Awani
Tue Feb 03 2015
!['Cek RM12 juta bukan duit haram' - Raja Nong Chik 'Cek RM12 juta bukan duit haram' - Raja Nong Chik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/71359278553_295x200.jpg)
Cek RM12 juta itu aset saya yang sah - Raja Nong Chik
Agenda AWANI Asia: Trend Baharu & Inisiatif Mudah Berbelanja
Diskusi mengenai trend baharu dan inisiatif mudah berbelanja dengan selamat, bijak dan berjimat baik di negara sendiri, mahupun di negara asing dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
![KUSKOP lancar Dasar Francais Negara 2030, perkukuh ekosistem, akses pasaran KUSKOP lancar Dasar Francais Negara 2030, perkukuh ekosistem, akses pasaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739010101_KementerianPembangu.jpg)
KUSKOP lancar Dasar Francais Negara 2030, perkukuh ekosistem, akses pasaran
KUSKOP melancarkan Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) semalam, bertujuan memperkukuh ekosistem francais di Malaysia dan memperluas akses pasaran di dalam dan luar negara.
Persiapan pentas akhir Gegar Vaganza
Pentas akhir Gegar Vaganza kini tinggal sehari sahaja dan persiapan rapi sedang giat dijalankan.
![PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735575444_NikRosAzhanNikAb.jpg)
PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menggagalkan cubaan menyeludup 80 pokok bonzai kayu hitam di Jalan Kasban, hadapan Pos Pok Teh Kana, Rantau Panjang, menerusi Op Taring Wawasan pada Khamis.
Kementerian ekonomi perlu masa, data perlu tepat
Kerajaan tidak mahu terburu-buru dalam memuktamadkan tangga pendapatan bagi klasifikasi T15.
Statistik pembuangan sisa Malaysia
Sumber: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Majlis Keselamatan Negara (MKN) & SWM Environment.
[TERKINI] Sultan Selangor tidak setuju wujud garis panduan
Sultan Selangor pendirian tegas tidak bersetuju cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam khususnya di Selangor.
Jangan hina rezeki tong sampah
Bapa yang juga OKU kepada tiga anak, sanggup dipandang hina mencari sisa di tong sampah demi kelangsungan hidup sekeluarga.
Pengguna lebuh raya sambut baik larangan kenderaan berat waktu puncak
Pengguna jalan raya termasuk pemandu lori menyambut baik pelaksanaan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluas larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang bermula pada 19 Feb ini.
Penduduk ambil keputusan berpindah, enggan tanggung risiko
Kediaman yang diduduki sejak enam tahun lalu itu juga berada hampir dengan lereng bukit dan sudah menunjukkan tanda rekahan baharu di lantai dan dinding rumah
![Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714293097_chegubard.jpg)
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
![Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-09/51506510065_Chegubard.jpg)
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
![Laporan polis terhadap Chegubard, Salim Iskandar dan Papagomo atas tuduhan palsu - MCMC Laporan polis terhadap Chegubard, Salim Iskandar dan Papagomo atas tuduhan palsu - MCMC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704814387_CheGuBardWanMuh.jpg)
Laporan polis terhadap Chegubard, Salim Iskandar dan Papagomo atas tuduhan palsu - MCMC
MCMC memaklumkan laporan polis itu dibuat berdasarkan kandungan yang dimuat naik oleh ketiga-tiga individu berkenaan di media sosial pada 17 April lepas.
![SKMM rakam percakapan Che'gubard, Salim, Papagomo esok SKMM rakam percakapan Che'gubard, Salim, Papagomo esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713254902_CheGuBardWanMuh.jpg)
SKMM rakam percakapan Che'gubard, Salim, Papagomo esok
SKMM mengesahkan memanggil pempengaruh media sosial Chegubard, Salim Iskandar dan Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papagomo) untuk rakaman percakapan pada Rabu.
![Jom Ziarah Gereja: Hannah Yeoh akan dipanggil polis Jom Ziarah Gereja: Hannah Yeoh akan dipanggil polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61676023562_TBHANNAHYEOH.jpg)
Jom Ziarah Gereja: Hannah Yeoh akan dipanggil polis
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya akan memanggil Hannah dalam masa terdekat.
![Paya Indah Wetlands: SAMM mahu ambil tindakan undang-undang - Chegubard Paya Indah Wetlands: SAMM mahu ambil tindakan undang-undang - Chegubard](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/41470734827_BadrulHishamChegu.jpg)
Paya Indah Wetlands: SAMM mahu ambil tindakan undang-undang - Chegubard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan mengambil tindakan undang-undang selepas siasatan mereka mengenai status Paya Indah Wetlands selesai.
![Merusuh: Chegubard, Adam Adli, Muhammad Safwan, 7 individu didenda RM6,000 Merusuh: Chegubard, Adam Adli, Muhammad Safwan, 7 individu didenda RM6,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/71447400260_Chegubard.jpg)
Merusuh: Chegubard, Adam Adli, Muhammad Safwan, 7 individu didenda RM6,000
Hakim membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah terhadap mereka.
![Azmin nafi dakwaan peruntukan RM9.7 juta baiki pintu gerbang tidak telus Azmin nafi dakwaan peruntukan RM9.7 juta baiki pintu gerbang tidak telus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/61437313655_AzminAli.jpg)
Azmin nafi dakwaan peruntukan RM9.7 juta baiki pintu gerbang tidak telus
Azmin Ali nafi dakwaan peruntukan RM9.7 juta bagi kerja mencantikkan pintu gerbang Kota Darul Ehsan di Lebuh Raya Persekutuan dikeluarkan secara tidak telus.
![Siapa Chegubard cabar Dr. Mahathir debat? Siapa Chegubard cabar Dr. Mahathir debat?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/81434883642_MAHATHIR.jpg)
Siapa Chegubard cabar Dr. Mahathir debat?
Kisah Chegubard yang mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad dan kemudiannya cabaran itu tidak dilayan mencetus reaksi sinis dunia politik.
![Kenapa layanan tidak sama antara saya dan Azmin? - Chegubard Kenapa layanan tidak sama antara saya dan Azmin? - Chegubard](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-10/51414058187_295x200.jpg)
Kenapa layanan tidak sama antara saya dan Azmin? - Chegubard
Chegubard hari ini mempertikai 'keistimewaan' yang diterima Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali di dalam parti itu sendiri.