SELAYANG: Dua pengarah syarikat membaiki dan menjual jentera pembinaan dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas pertuduhan melepas dan melupuskan bahan buangan mengandungi bahan berbahaya tanpa lesen ke Sungai Gong, Rawang tiga tahun lalu.
Hakim Osman Affendi Mohd Salleh memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Chai Kin Sang, 65, dan Chai Wern Teik, 34, di akhir kes pendakwaan.
Semasa membaca keputusan penghakimannya, Osman Affendi berkata, mahkamah dapati bahawa tiada keterangan kredibil menunjukkan bahawa kedua-dua tertuduh telah melupuskan atau membuang apa-apa bahan berbahaya ke alur air yang mengalir ke Sungai Gong.
"Mahkamah memutuskan bahawa keterangan menunjukkan bahawa mereka tidak bersalah dalam mengakibatkan pencemaran sungai itu.
"Oleh itu, mahkamah melepaskan dan membebaskan mereka tanpa perlu dipanggil untuk membela diri," katanya.
Dalam prosiding itu, seramai 21 saksi dipanggil oleh pihak pendakwa untuk membuktikan kes berkenaan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Khairunnisak Hassni manakala pembelaan diwakili oleh peguam Datuk Seri Dr Jahaberdeen Mohamed Yunoos.
Pada 3 November 2020 lalu, Kin Sang dan anaknya, Wern Teik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan melakukan khianat di sungai tersebut.
Mengikut pertuduhan pertama, dua beranak itu didakwa menyebabkan bahan buangan yang mengandungi bahan berbahaya daripada FG Auto Parts Sdn Bhd dilupuskan ke dalam alur air yang akan mengalir ke dalam Sungai Gong dengan mengetahui ia akan menyebabkan susut bekalan air bagi minuman manusia.
Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa dengan niat bersama melepaskan bahan buangan mengandungi bahan berbahaya dari bengkel sama ke dalam alur air yang akan mengalir ke sungai sama tanpa lesen.
Kesalahan didakwa dilakukan di premis berkenaan di Lot 16273 Jalan Sungai Bakau-Batu Arang Rawang dekat sini antara 17 dan 19 Oktober 2020.
Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 25(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bagi kesalahan kedua, mereka didakwa mengikut Seksyen 25(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pada tiga tahun lalu, Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang dihenti tugas berikutan insiden pencemaran minyak sehingga menyebabkan 1,292 kawasan di tujuh wilayah sekitar Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.
Pihak polis memaklumkan, terdapat lima kes berkaitan pencemaran air telah disiasat. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon May 22 2023
Kin Sang (tiga, kanan) dan Wern Teik (dua, kanan) dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Selayang hari ini. - Foto Sinar Harian
Netanyahu tiba di White House untuk bertemu Trump
Kunjungan Netanyahu ke White House menjadikan beliau pemimpin asing pertama yang melawat AS dalam penggal kedua pentadbiran Trump.
Hamas sahkan rundingan fasa kedua perjanjian gencatan senjata Gaza bermula
Tumpuan rundingan kali ini adalah kepada perlindungan, bantuan serta usaha membangunkan semula kehidupan rakyat Palestin di Gaza.
Thaipusam: Tambang percuma KTM Komuter cermin nilai inklusif kerajaan MADANI - Exco
Keputusan berkenaan menunjukkan dasar kerajaan MADANI bukan sekadar retorik, tetapi benar-benar menitikberatkan kebajikan rakyat.
NSFC akan lakukan penstrukturan gaji pasukan musim depan
Tunku Syed Razman berkata pihaknya sedang menjalani fasa peralihan bagi membina semula struktur kelab.
Singapura lulus rang undang-undang perkukuh keharmonian kaum
Rang Undang-Undang RH dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan dibacakan bersama RUU Pindaan Perlembagaan Republik Singapura.
Uzbekistan cadang kumpulan pakar bersama tangani Islamofobia melalui dialog
Sarjana Islam Uzbekistan dan Malaysia dicadang anggotai kumpulan dialog bagi sampaikan sifat kemanusiaan dan keamanan Islam kepada masyarakat antarabangsa
Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Malaysia kalah lagi, kali ini kepada Argentina
Malaysia bermula baik membuka tirai dengan gol padang Shamie Irfan Suhaimi pada minit ke-12, bagaimanapun momentum itu gagal diteruskan.
Pilihan raya Delhi: Pemberian percuma jadi taruhan politik
Lebih 13,000 pusat mengundi akan dibuka di seluruh bandar bagi membolehkan pengundi memilih 70 anggota dewan negeri yang baharu.
Presiden Uzbekistan tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Ini adalah lawatan pertama Mirziyoyev ke negara ini sejak dilantik sebagai Presiden pada Disember 2016.
Dua bekas juruterbang Japan Airlines digantung tugas kerana berbohong minum arak
Kedua-dua mereka "memberikan penjelasan palsu kepada syarikat selepas tiba dan cuba menutup kesalahan pengambilan alkohol secara berlebihan."
Hadiah Tahun Baharu Cina, 5 individu bebas kes pencemaran minyak Sungai Gong
Hakim Nor Rajiah Mat Zin memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.
Cemar Sungai Gong: Dua beranak dilepas, dibebaskan
Pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Chai Kin Sang, 65, dan Chai Wern Teik, 34, di akhir kes.
Puluhan kilang di sepanjang Sungai Gong, Sungai Selangor. Apa kesudahannya?
Kejadian pencemaran sungai seolah-olah tiada noktah, ditambah pula situasi hari ini apabila berlaku pembangunan pesat di kawasan hulu sungai.
Pencemaran Sungai Selangor: Dua pengarah syarikat mengaku tidak bersalah
Pertuduhan terhadap kedua-duanya dibuat mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan kerana didakwa melakukan perbuatan khianat sehingga menyebabkan bekalan air terputus.
Pencemaran Sungai Gong: Dua pengarah syarikat didakwa Selasa
Beliau berkata enam pekerja syarikat terdiri daripada dua warga tempatan dan empat warga asing berumur 25 hingga 66 tahun, akan dipanggil sebagai saksi pendakwaan.
Selangor sedia peruntukan RM200 juta atasi pencemaran sungai - MB
Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sebanyak RM200 juta bagi membendung masalah pencemaran air di negeri itu.
Banyak kilang selenggara jentera berat di Sungai Gong tingkatkan risiko pencemaran air
Kilang-kilang di kawasan itu menggunakan operasi yang sama.
Punca sebenar pencemaran belum diketahui - Air Selangor
Semalam, Kementerian Alam Sekitar dan Air mengenal pasti tiga kawasan kilang yang disyaki menjadi punca pencemaran bau di Sungai Gong.
Asyik kena gangguan, mungkin Air Selangor perlu 'berubat'? - Netizen berang masalah air berulang
Pastinya, selagi gangguan bekalan air ini tidak selesai, warganet akan terus bercakap mengenainya kerana "mereka sudah terlalu penat".
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, 3 Oktober 2020.