Peniaga sebuah kedai makan di Permatang Badak Damai di sini, berdepan detik cemas apabila premis perniagaan mereka dirempuh sebuah kereta pacuan empat roda yang terbabas.
Jehkiyah Samahae, 40, berkata kejadian berlaku kira-kira sejam selepas mereka mula berniaga sekitar 12 tengah hari dan semasa itu, sedang bersedia untuk menerima pelanggan yang akan datang makan pada waktu rehat.
"Tiba-tiba kami terdengar bunyi kuat dan nampak kereta sudah masuk ke dalam kedai. Semuanya berlaku begitu pantas. Alhamdulillah semasa itu kedai masih tiada pelanggan kerana ia betul-betul masuk di bahagian depan.
"Saya dan anak juga berada di bahagian tengah dan jika kereta itu masih bergerak di dalam kedai, kemungkinan kami yang akan dilanggar," katanya semasa ditemui pemberita di kedainya di sini, pada Selasa.
Jehkiyah berkata pemeriksaan oleh polis dan bomba kemudiannya menjumpai deskripsi dan ubat sakit jantung di dalam kereta, dan katanya mangsa berkemungkinan meninggal dunia akibat serangan jantung.
Sementara itu, Juni Juzailah Jamhuri, 17, yang merupakan anak kepada Jehkiyah berkata kereta itu hanya berhenti selepas melanggar bahagian tepi sebuah rumah bersebelahan kedai mereka.
Katanya, kejadian kedai dirempuh kenderaan terbabas itu juga sudah dialami beberapa kali sepanjang mereka menjalankan perniagaan menjual masakan panas dan nasi ayam di situ.
"Bunyi kuat daripada kemalangan itu menyebabkan jiran berhampiran keluar untuk memeriksa apa yang berlaku. Ada yang cuba membantu pemandu tersebut namun dia tidak memberi reaksi menyebabkan kami merasa dia telah meninggal dunia," katanya.
Juni Juzailah berkata kereta itu kemudiannya ditarik oleh kereta trak tunda tidak lama selepas polis mengambil jenazah mangsa.
Bagaimanapun, setakat 8.30 malam tadi, identiti mangsa masih belum diperoleh.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 17 2019

Identiti mangsa yang berada di dalam kereta pacuan empat roda itu setakat malam tadi masih belum dikenal pasti. - Gambar hiasan

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Papan tanda McDonald's terbakar
Kejadian itu tular dalam media sosial apabila api marak membakar struktur di papan tanda tersebut.

Banjir: Warga emas berdepan detik cemas bot penyelamat terbalik
Situasi itu adalah yang terburuk sepanjang tempoh 30 tahun dia menetap di Kampung Paya Besar, Hulu Terengganu.

Banjir: Pekerja ladang berdepan detik cemas terperangkap 8 jam
Mangsa ditemukan pada jam 4.40 petang dalam keadaan selamat di kedudukan kira-kira 40 kilometer dari laluan utama.

Cemas ular tedung masuk baju
Anak ular tedung itu dipercayai masuk ke dalam baju ketika kanak-kanak itu berbaring di ruang pantri.

Kemaluan tersekat dalam botol plastik
Seorang lelaki berusia 47 tahun berdepan detik cemas apabila kemaluannya tersekat dalam botol plastik pada Ahad.

Guru wanita trauma, kereta dirempuh treler
Seorang guru wanita berdepan detik mencemaskan apabila kereta jenis Perodua Kancil yang dinaiki dirempuh sebuah treler di Jalan Chung Thien Vun, di sini, pada Jumaat.

Tiga cedera lif rosak di Jinjang
Terdapat tiga lelaki dewasa dan dua kanak-kanak menaiki lif berkenaan dari tingkat lima apabila tiba-tiba ia menggelungsur secara perlahan.

Penerjun Putrajaya Base Jump tersangkut pada tiang lampu bangunan
Mangsa tersangkut tersangkut pada aras 21 bangunan setinggi 40 tingkat dipercayai ditolak angin.

Cemas kedai dirempuh pacuan empat roda
Kejadian berlaku kira-kira sejam selepas mereka mula berniaga sekitar 12 tengah hari dan semasa itu, sedang bersedia untuk menerima pelanggan yang akan datang makan pada waktu rehat.

Mujur tidak gugur jantung!
Video berdurasi 38 saat dimuat naik CGTN itu mencemaskan semua pekerja hingga mereka lari lintang pukang.