TASEK GELUGOR: Muhammad Azib Mohamad cemas sebaik mendengar jeritan isterinya sejurus melihat seluruh tubuh kakaknya disambar api selepas tong gas petroleum cecair (LPG) meletup di kediaman mereka di Taman Sena Permai, Pokok Sena, di sini, pagi tadi..
Dalam kejadian sekitar pukul 7.30 pagi itu, kakak Muhammad Azib, Siti Hajar Hanis, 26 melecur hampir 70 peratus di bahagian badan akibat disambar api.
Menceritakan tragedi itu, Muhammad Azib berkata, sewaktu kejadian, dia sedang tidur di tingkat atas rumah sebelum terjaga akibat dihempap runtuhan atap genting.
Ketika berusaha menyelamatkan diri, dia mendengar jeritan isteri di tingkat bawah rumah yang memaklumkan tubuh kakaknya yang sedang terbakar.
“Apabila saya turun, saya dapati isteri sedang membantu kakak menanggalkan pakaian di tubuhnya yang sedang terbakar. Kakak mengalami luka melecur hampir 70 peratus pada bahagian badan.
“Pada waktu itu, kakak masih berada dalam keadaan sedar dan masih boleh berjalan” jelas Muhammad Azib.
Susulan itu, dengan bantuan jiran, kakak Muhammad Azib dihantar ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk menerima rawatan manakala dia dan isterinya hanya mengalami luka-luka kecil akibat dihempap bumbung yang runtuh.
“Sebelum kejadian, kakak hendak menggoreng ikan. Sememangnya menjadi rutin harian kakak bangun dan memasak di waktu pagi sebelum bekerja dari rumah,” katanya lagi.
Muhammad Azib dan isterinya baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada Sabtu lalu di rumah keluarga mertuanya di Raub Pahang.
“Saya baru bawa isteri balik ke sini semalam (Isnin). Pada mulanya saya bercadang untuk singgah di Cameron Highland sebelum balik ke sini, namun membatalkan hasrat tersebut dan terus balik sini semalam.
“Mujur saya terus balik, kalau tidak, tak tahu macam mana keadaan kakak jika berada seorang diri di rumah”, katanya ketika ditemui hari ini.
Malah, menurut Muhammad Azib, kakaknya juga bakal melangsungkan perkahwinan pada Januari depan.
Sementara itu, jiran mangsa, Nurfarina Sukri, 26, mendakwa terdengar letupan yang sangat kuat menyebabkan mereka sekeluarga berlari keluar dari rumah.
“Masa awal terdengar dentuman yang sangat kuat, lepas tu dengar barang-barang jatuh dan kami sekeluarga berlari keluar dari rumah untuk melihat apa yang berlaku.
“Memang tengok keadaan mangsa sangat teruk dengan luka melecur seluruh badan. Bapa saya serta beberapa jiran datang membantu,” ujar Nurfarina.
Dalam kejadian pukul 7.30 pagi itu, seorang wanita melecur hampir keseluruhan badan manakala hampir keseluruhan struktur bangunan rumah teres dua tingkat itu mengalami kerosakan dipercayai akibat letupan gas memasak LPG.
Selain itu, sebuah kereta serta sebuah motosikal yang di parkir di ruang hadapan rumah turut mengalami kerosakan.
Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
Siti Norbaya Abidin
Tue Dec 13 2022
Muhammad Azib Mohamad berkongsi cerita detik-detik isterinya melihat tubuh kakaknya disambar api dalam kejadian tong gas meletup di kediaman mereka di di Taman Sena Permai, Pokok Sena, Tasek Gelugor, pagi tadi. - Gambar Astro AWANI
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Annuar boleh hidup dengan angan-angan - Fahmi
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Fahmi ingatkan rakyat di kawasan berisiko supaya waspada
Rakyat di kawasan berisiko di selatan Semenanjung, Sabah dan Sarawak diingatkan untuk berwaspada dan bersedia bagi menghadapi kemungkinan banjir akibat luruan monsun.
Malaysia terus perkukuh kedudukan sebagai destinasi utama - Fahmi
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi utama pelaburan asing apabila Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) menyatakan komitmen untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia.
Proses ujian Aerotrain masih berjalan - Loke
Proses penyelesaian projek Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) masih di peringkat ujian pelbagai fasa.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Bahan mentah ada sijil halal JAKIM - Syarikat pembekal
Syarikat pembekal sandwich kontroversi, Shake And Bake Cafe Sdn Bhd mendedahkan bahan mentah digunakan dalam pembuatan makanan itu memiliki pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Wanita cedera parah akibat tong gas memasak meletup, meninggal dunia
Mangsa dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada 4.19 petang tadi dan perkara itu disahkanya oleh anak tunggalnya.
Tong gas memasak meletup, wanita melecur pada muka dan badan
Seorang wanita melecur pada bahagian badan dan muka selepas tong gas di rumah sewanya di Flat Taman Sri Bayu, Bayan Lepas, Pulau Pinang meletup.
Tong gas memasak meletup, bakal pengantin cedera melecur ditidurkan
Siti Hajar Hanis terpaksa ditidurkan di Hospital Seberang Jaya berikutan luka melecur di tubuhnya agak kritikal.
Cemas lihat tubuh kakak ipar terbakar
Muhammad Azib Mohamad cerita detik-detik isterinya melihat tubuh kakaknya disambar api.
Tong gas meletup, pekerja kedai makan melecur
Letupan turut mengakibatkan kebakaran kecil di kedai makan tersebut.
Lelaki melecur tong gas meletup
Kebakaran berlaku di rumah dua tingkat dan disyaki berlaku letupan akibat kebocoran tong gas LPG.
Lelaki nyaris maut, tong gas memasak meletup
Letupan menyebabkan bahagian pintu hadapan rumah mangsa pecah dan bertaburan manakala bumbung dan siling di dapur serta ruang tamu mengalami kerosakan.
Ledakan tong gas waktu subuh cederakan warga emas, pintu tertanggal
Seorang warga emas cedera selepas gas memasak di rumahnya mengalami kebocoran sebelum meledak.