Cemburu dengan hubungan antara isteri dan majikan dipercayai antara motif pembunuhan seorang ahli perniagaan di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Batu Kawa-Matang di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Pauzi Bujang berkata, siasatan awal mendapati motif kejadian dipercayai berpunca daripada sikap cemburu suspek yang menyangkakan isterinya mempunyai hubungan sulit dengan mangsa.
Bagaimanapun, katanya, siasatan masih dilakukan bagi mengenal pasti pembabitan suspek dalam kes ini dan kronologi kejadian.
"Kami masih menyiasat, bagaimana isteri suspek yang dikenalpasti sebagai Lina Chai, 39, boleh berada di lokasi kejadian dan parah di kepala dalam kejadian itu. Polis juga masih mencari senjata tumpul yang digunakan suspek ketika menyerang mangsa.
"Keterangan wanita itu belum diambil sepenuhnya kerana keadaan kesihatannya tidak mengizinkan. Selain itu, keterangan beberapa saksi yang berada di lokasi kejadian turut diambil bagi membantu siasatan," katanya.
Pauzi berkata, suspek berusia lingkungan 40-an ditahan di Hospital Umum Sarawak (HUS) petang kelmarin, selepas dia menghantar isterinya untuk mendapatkan rawatan di hospital.
Katanya, suspek direman selama tujuh hari sehingga 15 Jun ini.
Dalam kejadian petang kelmarin, mayat seorang lelaki dikenali sebagai Lee Mui Chai, 57 ditemui dalam keadaan tertangkup di ruang tamu sebuah rumah di Jalan Batu Kawa- Matang di sini, jam 2.30 petang.
Seorang wanita berusia 39 tahun dalam keadaan berlumuran darah ditemui berhampiran lokasi kejadian yang kemudiannya dihantar ke hospital oleh suaminya yang tinggal kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.
Terdahulu, polis menerima laporan mengenai berlakunya kemalangan di lokasi kejadian dan sebaik tiba mendapati tiada kemalangan tetapi menemui tompokan darah yang membawa kepada penemuan mayat mangsa
Sejurus kejadian, seorang lelaki, suami kepada wanita berkenaan ditahan bagi membantu siasatan.
Astro Awani
Sun Jun 08 2014

Polis masih menyiasat bagaimana isteri suspek boleh berada di lokasi kejadian.

Polis terima 894 laporan terhadap Zamri Vinoth - KPN
Polis menerima 894 laporan berhubung kenyataan kontroversi pendakwah bebas Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu yang didakwa menghina agama Hindu.

Rossa buka warung, jual juadah berbuka puasa serendah 54 sen
Rossa membuka warung di kampung halamannya di Sumedang, menjual juadah berbuka puasa dengan harga murah, serendah 54 sen.
ASEAN 2025 | 12 Mac
ASEAN 2025 harini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
1. Tarif AS: Thailand dapat manfaat daripada perang perdagangan
2. Singapore Airlines larang guna, cas 'power bank' mulai 1 April
3. Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor
1. Tarif AS: Thailand dapat manfaat daripada perang perdagangan
2. Singapore Airlines larang guna, cas 'power bank' mulai 1 April
3. Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Duterte mungkin hadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup - Malacanang
Sabitan boleh dirayu, dan mahkamah juga boleh mengarahkan pampasan untuk mangsa.
Indonesia benar pegawai sandang jawatan agensi negeri
15 agensi negeri di Indonesia dikenal pasti untuk anggota tentera menyandang peranan kepimpinan.

GT Jepun akhirnya kembali ke bumi Malaysia selepas 12 tahun
Selepas 12 tahun, Siri perlumbaan Super GT akhirnya akan bakal kembali menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang, Jun ini.
Indonesia gesa bonus pemandu e-hailing dan kurier
Kerajaan Indonesia menggesa syarikat pengangkutan dan perkhidmatan penghantaran memberikan bonus Aidilfitri.
Malaysia perkukuh rantaian bekalan dengan negara ASEAN
Malaysia berusaha mengukuhkan rantaian bekalan sektor semikonduktor dengan negara anggota ASEAN.
Pantau Agenda Reformasi: TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri
Bersama Prof Madya Dr Nor Lisa Sulaiman, Ketua Pusat Advance Centre for Technical and Vocational Education (ACTiVE), Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia membincangkan tentang TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri.

PRN Sarawak: Pertembungan abad ini, Dr Sim, Chieng Jen hampir jadi realiti
Apakah benar Chieng Jen akan berhijrah ke Batu Kawa untuk berdepan seteru tradisi di kubu kuat SUPP?

Kuching, Lundu, Samarahan dilanda banjir kilat
Antara lokasi yang terjejas teruk adalah di kawasan Matang dan Batu Kawa.

Lewat bayar upah, pengasuh dera bayi 14 bulan hingga sawan dan kritikal
Gara-gara lewat dibayar upah, seorang pengasuh tergamak mendera seorang bayi berusia 14 bulan hingga tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan di Hospital Umum Sarawak (HUS) pada 25 Oktober lalu.

Lelaki miliki syabu ditahan di Batu Kawa
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua, itulah yang berlaku kepada seorang lelaki Cina apabila berjaya diberkas kerana memiliki dadah berjumlah RM6000.

Lima warga asing ditahan miliki syabu bernilai RM1.4 juta
Anggota Batalion 11 Pasukan Gerakan Am Batu Kawa menahan lima lelaki warga Indonesia bersama lima bungkusan mengandungi serbuk kristal.

Cemburu dipercayai antara motif pembunuhan ahli perniagaan
Siasatan awal mendapati motif kejadian dipercayai berpunca daripada sikap cemburu suspek yang menyangkakan isterinya mempunyai hubungan sulit dengan mangsa.