KUALA LUMPUR: Selagi mana parti politik menguasai atau 'mencengkam' sesebuah organisasi media, maka keyakinan khalayak terhadap institusi tersebut akan terjejas.
Pandangan itu disuarakan oleh Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar yang menyifatkan keyakinan adalah segala-galanya buat media.
Menurut beliau, organisasi media itu juga akan dihukum oleh pembaca atau penonton jika mereka tidak lagi mempercayai pemberitaan yang disampaikan.
"Ini bukan era dahulu, zaman telah berubah, dinamisme masyarakat telah berubah dan situasi politik juga telah berubah.
"Jadi, hakikatnya bahawa mana-mana saluran media yang dianggap sebagai tidak diyakini, maka platform itu akan dihukum.
"Kalau dulu kita tidak ada pilihan lain, sekarang ini kita ada sosial media, yang 'realtime' tentunya tidak akan dapat disaingi oleh media tradisional.
"Tetapi pada waktu yang sama platform tradisional ini masih memainkan peranan yang penting sebab pemberitaanya adalah teruji, melalui proses penyuntingan dan bukan laporan 'mee segera' atau pantas yang tidak diteliti," katanya kepada Astro AWANI, di sini pada Rabu.
Beliau mengulas Laporan Berita Digital Institut Reuters 2022 dan University Oxford mengenai tahap kepercayaan terhadap media di negara ini.
Melalui laporan tersebut, Astro AWANI Network Sdn Bhd berjaya mengekalkan reputasi sebagai jenama berita paling dipercayai diikuti The Star, Malaysiakini, Sinar Harian, dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Selain itu, laporan tersebut turut mendedahkan portal berita dalam talian dan media sosial terus menjadi sumber berita utama di negara ini.
Bagaimanapun, media cetak mencatatkan trend penurunan, daripada 45 peratus pada tahun 2017 kepada 17 peratus untuk tahun 2022.
Mengulas lanjut, Johan yang juga bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan dan bekas Pengerusi Media Prima Berhad berkata, kebebasan media di negara ini dianggap berakhir selepas akhbar Utusan Melayu diambil alih oleh UMNO sekitar tahun 1960-an.
Bertitik tolak dari itu, beliau berkata, setiap penerbitan turut dimiliki oleh badan-badan politik.
Bagaimanapun, katanya, ketika ini audiens mempunyai pilihan dalam mendapatkan akses kepada media yang lebih bebas dan terbuka terhadap menyampaikan pemberitaan.
"Saya fikir dalam konteks Astro ia sepenuhnya beroperasi secara komersial dan begitu juga dengan Sinar Harian.
"Sebab itu batas keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap dua platform ini sangat tinggi. Mereka percaya bahawa ini adalah institusi atau badan yang sebenarnya tidak dipengaruhi oleh mana-mana badan politik, begitu juga portal seperti MalaysiaKini dan sebagainya, kepercayaan rakyat itu lebih tinggi," ujarnya lagi.
Dalam masa sama, Johan mengakui, media sosial mempunyai peranan yang tersendiri dan perlu hidup bersama dengan platform tradisional.
Empat formula perlu dimiliki organisasi media
Sementara itu, Perunding Media, Dr G Manimaran berpendapat, organisasi media di negara ini perlu memiliki empat formula iaitu berita yang berwibawa, dipercayai, diyakini, serta boleh memenuhi keperluan rakyat.
Menurut beliau, formula itu amat penting bagi memastikan kelangsungan sesebuah organisasi, tidak kira ia dimiliki oleh badan korporat, persendirian ataupun parti politik.
"Pada hari ini kita kena lihat keseimbangan antara kehendak audiens karena mereka adalah nyawa dan nadi kita.
"Dalam mana-mana pasaran sama ada pasaran makanan dan media sebagai (syarikat) perkhidmatan, mereka juga kena sediakan produk mereka tanpa sebarang campur tangan atau bebas unsur-unsur politik," katanya.
Manimaran menambah, sesebuah organisasi media juga perlu menyeimbangkan antara tujuan beroperasi dengan memenuhi keperluan masyarakat.
"Masyarakat nak berita, macam mana kita beli makanan yang sedap, yang tidak basi dan sebagainya.
"Begitu juga dengan berita yang disediakan itu boleh dipercayai, yakin dan memenuhi kehendak mereka. Kalau tidak, mereka tidak akan buka televisyen, tak beli surat khabar atau (baca) secara dalam talian," ujarnya lagi.
Hasimi Muhamad
Wed Jun 15 2022
!['Cengkaman' politik hakis keyakinan terhadap organisasi media - Johan Jaaffar 'Cengkaman' politik hakis keyakinan terhadap organisasi media - Johan Jaaffar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61655293148_TBJohanJaaffar.jpg)
Johan Jaaffar (kiri) dan G Manimaran sependapat bahawa sesebuah organisasi media itu harus bebas daripada 'cengkaman' parti politik. - Gambar Astro AWANI
Unjuran KDNK 2024: Menilai realiti ekonomi vs jangkaan
Malaysia dijangka mencatat pertumbuhan ekonomi 5.1 peratus pada 2024, jauh lebih tinggi berbanding 3.6 peratus pada tahun sebelumnya. Tetapi sejauh mana angka ini mencerminkan realiti sebenar rakyat? Adakah pemulihan ekonomi ini benar-benar dirasai atau sekadar statistik? Diskusi lanjut bersama Felo Bersekutu Kanan, Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI), Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin.
![Indeks DXY suram, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS Indeks DXY suram, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735562009_ringgitduit.jpg)
Indeks DXY suram, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Pada 8 pagi ini, ringgit mengukuh ke paras 4.4675/4745 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4725 pada akhir urus niaga semalam.
Perhalus kelulusan projek ICT kerajaan melalui pendekatan EA - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua kementerian serta agensi yang terlibat untuk memperhalus kelulusan projek teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kerajaan melalui pendekatan enterprise architecture (EA) secara holistik.
![Ancaman siber: Ungkapan ‘usah cakap dengan orang asing’ tidak lagi relevan? Ancaman siber: Ungkapan ‘usah cakap dengan orang asing’ tidak lagi relevan?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51637831663_kanakporno.jpg)
Ancaman siber: Ungkapan ‘usah cakap dengan orang asing’ tidak lagi relevan?
Kesedaran mengenai keselamatan siber perlu dipupuk sejak di peringkat sekolah rendah dan menengah bagi memastikan generasi muda lebih peka terhadap ancaman dunia digital.
Pemuliharaan Tapir: Pusat pemuliharaan kedua di Negeri Sembilan menjelang 2027
Sebanyak 112 Tapir Malaya terkorban akibat kemalangan jalan raya di jalan persekutuan, jalan negeri dan lebuh raya.
Bot nelayan musnah terbakar dekat pelantar ikan Hutan Melintang
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, sebaik menerima panggilan, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang tiba di lokasi jam 5.49 petang.
Pemandu lori maut dalam kemalangan, diserang sakit jantung
Seorang pemandu lori maut, dipercayai mengalami serangan sakit jantung ketika memandu yang menyebabkan kenderaannya melanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda di persimpangan lampu isyarat di Jalan Tun Zaidi Adruce pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata kemalangan itu berlaku pada pukul 11.36 pagi ketika kenderaan pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun berhenti semasa lampu isyarat merah di persimpangan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata kemalangan itu berlaku pada pukul 11.36 pagi ketika kenderaan pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun berhenti semasa lampu isyarat merah di persimpangan berkenaan.
![Copa del Rey: Barcelona bertembung Atletico, Real Sociedad jadi penghalang Real Madrid Copa del Rey: Barcelona bertembung Atletico, Real Sociedad jadi penghalang Real Madrid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739411363_CopadelRey.jpg)
Copa del Rey: Barcelona bertembung Atletico, Real Sociedad jadi penghalang Real Madrid
Perlawanan separuh akhir itu menyaksikan Barcelona terlebih dahulu melayani kunjungan Atletico di penghujung bulan ini.
Op selamat 23 catat penurunan kes kemalangan, kematian
Kadar kemalangan sepanjang Op Selamat 23 di Selangor sempena Tahun Baharu Cina mencatatkan penurunan 144 kes atau 6.8 peratus berbanding Op Selamat 21.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata sebanyak 1,980 kes kemalangan direkodkan pada Op Selamat 23 di negeri ini berbanding 2,124 kes dalam operasi yang sama tahun lalu.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata sebanyak 1,980 kes kemalangan direkodkan pada Op Selamat 23 di negeri ini berbanding 2,124 kes dalam operasi yang sama tahun lalu.
Trump hubungi dua presiden, tekad tamatkan perang Rusia-Ukraine
Presiden America Syarikat, Donald Trump membincangkan perang di Ukraine dalam panggilan telefon dengan Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskiy.
!['Cengkaman' politik hakis keyakinan terhadap organisasi media - Johan Jaaffar 'Cengkaman' politik hakis keyakinan terhadap organisasi media - Johan Jaaffar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61655293148_TBJohanJaaffar.jpg)
'Cengkaman' politik hakis keyakinan terhadap organisasi media - Johan Jaaffar
Organisasi media itu akan dihukum oleh pembaca atau penonton jika mereka tidak lagi mempercayai pemberitaan yang disampaikan.
![Peranan media tidak perlu berubah, terus sampaikan maklumat benar - Editor Jakarta Post Peranan media tidak perlu berubah, terus sampaikan maklumat benar - Editor Jakarta Post](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51655281859_TBassim.jpg)
Peranan media tidak perlu berubah, terus sampaikan maklumat benar - Editor Jakarta Post
Laporan Reuters Institute dan University of Oxford, membuktikan media yang bersifat bebas masih mendapat kepercayaan dalam kalangan masyarakat.