GOPENG: Perak memperkenalkan lebih banyak produk pelancongan bagi menarik ramai pelancong domestik dan antarabangsa dalam usaha merancakkan ekonomi apabila mengunjungi negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata antara lokasi pelancongan yang terbaharu ialah Cengkerik Eco Park di sini yang menyediakan pelbagai aktiviti menarik.
"Pelbagai aktiviti yang ditawarkan oleh pengusaha iaitu kayak, aktiviti kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan bumi (ATV), 'petting zoo' dan juga aktiviti untuk kanak-kanak seperti 'Digital Library'," katanya pada sidang media selepas merasmikan Festival Kucing Jalanan di Taman Herba Gopeng di sini pada Ahad.
Beliau berkata Cengkerik Eco Park yang terletak di dalam Taman Herba merupakan ikon yang menjadi tambah nilai bagi aktiviti pelancongan yang terdapat di Gopeng khususnya dalam Geopark Lembah Kinta.
Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan sektor pelancongan di Perak susulan kes varian Omicron COVID-19 di negara ini, Nolee Ashilin berkata pihaknya mengambil pendekatan dalam segala aspek bagi memastikan keselamatan orang ramai.
"Satu kursus pemantapan dan pematuhan prosedur operasi standard juga dianjurkan dalam kalangan pengusaha pelancongan jadi diharapkan ia dapat diteruskan bagi mengelakkan penularan virus berbahaya ini," katanya.
Terdahulu, Nolee Ashilin berkata Festival Kucing Jalanan yang dianjurkan Meow Foodtruck merupakan inisiatif yang wajar diteruskan bagi membela nasib kucing jalanan seterusnya mensejahterakan ekosistem setempat.
"Pada hari ini saya dapat melihat pelbagai aktiviti yang telah dianjurkan seperti pertandingan kucing kurang upaya, kucing berhias, kucing unik dan kucing makan paling laju walaupun kucing jalanan tetapi ia sangat menarik jika kita menguruskan kucing jalanan ini dengan baik.
"Justeru, saya memberi sokongan penuh kepada pihak Meow Foodtruck untuk terus menjalankan program-program yang berkaitan dalam memberi kesedaran kepada orang awam untuk menyantuni kucing-kucing jalanan," katanya.
Beliau berkata dalam keadaan pandemik COVID-19 serta bencana banjir, para penyelamat kucing jalanan diharapkan dapat memaksimumkan usaha dan memperluaskan hubungan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan supaya dapat membantu dan membela nasib kucing jalanan dalam skala yang lebih besar di negeri ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 26 2021

Nolee Ashilin (kanan) menyampaikan anugerah kepada peserta Mohammad Shahrizzal Mohammad Tajuddin, 34, bersama kucingnya yang menjadi Johan Kategori Kucing Kurang Upaya pada majlis Perasmian Festival Kucing Jalanan. -Bernama
Penubuhan majlis media pastikan industri kekal mampan
Selepas 50 tahun, penubuhan Majlis Media Malaysia (MMM) akhirnya diluluskan di Dewan Rakyat pada Rabu untuk mengawal selia dan melindungi kepentingan pengamal media.
Akta PSB: "Kalau mereka anjur perhimpunan, saya akan turun lawan mereka" – Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan keputusan yang dibuat kerajaan bagi menggubal akta pembaharuan semula bandar (PSB) yang akan dibentangkan di Parlimen kelak.
Kes IPIC: AG perlu kemukakan pertuduhan baharu terhadap Najib – NGO
Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) pada Khamis mendesak Peguam Negara (AG) Datuk Mohd Dusuki Mokhtar untuk menyatakan jangka masa pertuduhan baharu terhadap Datuk Seri Najib Tunk Razak berhubung dana RM6.6 bilion berkaitan International Petroleum Investment Company (IPIC).
Kumpulan itu berkata, jika pendakwaan tidak mengemukakan pertuduhan terbaharu selepas tempoh tertentu, pihak pembelaan Najib boleh memohon pelepasan dengan pembebasan (DAA).
Kumpulan itu berkata, jika pendakwaan tidak mengemukakan pertuduhan terbaharu selepas tempoh tertentu, pihak pembelaan Najib boleh memohon pelepasan dengan pembebasan (DAA).
Pesawah terima RM15 juta untuk persediaan Ramadan dan Aidilfitri
Perdana Menteri mengumumkan pesawah di seluruh negara akan menerima bantuan persediaan awal menjelang Ramadan dan Aidilfitri sebanyak RM15 juta.
RM5.367 bilion untuk tingkatkan hasil padi
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM5.376 bilion untuk meningkatkan produktiviti hasil padi negara termasuk membangunkan infrastruktur bagi menyokong program penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun di kawasan Muda.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 27 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

MMM bolehkan media di negara ini jalankan tugas lebih berkesan - Fahmi
Konsep kawal selia kendiri dalam RUU itu menjadi satu indikator bahawa industri media di negara ini adalah sihat.

Utusan Sarawak tamat era cetakan selepas hampir 80 tahun, beralih ke platform digital
Akhbar Utusan Sarawak dan Mingguan Sarawak akan menghentikan penerbitan edisi cetak mulai esok selepas penerbitannya bermula pada tahun 1949.

Chow Kon Yeow kekal terajui Majlis Pimpinan PH Pulau Pinang
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, dilantik semula sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang bagi tempoh 2024-2026.

Cengkerik Eco Park antara produk pelancongan baharu di Perak
Perak memperkenalkan lebih banyak produk pelancongan bagi menarik ramai pelancong domestik dan antarabangsa dalam usaha merancakkan ekonomi apabila mengunjungi negeri ini.