Centre of Technical Excellence Sarawak (CENTEXS) memperkenalkan sebuah terowong sanitasi cegah virus atau Covid Buster yang pertama di Sarawak.
Alat yang dikenali sebagai C-Mosh Sanitizer tersebut akan diedarkan oleh CENTEXS sebagai usaha untuk mencegah penularan virus COVID-19 di negeri itu.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CENTEXS, Tuan Haji Sayeed Mohd Hussein Wan Abdul Rahman, projek terowong sanitasi ini telah bermula sejak dua minggu lalu dengan penglibatan beberapa syarikat antarabangsa sebagai pembekal dan dibangunkan di CENTEXS, Kuching.
“Kami ingin pastikan semua orang yang datang ke tempat awam bebas dari sebarang virus dan bakteria yang akan di bawa masuk ke kompleks membeli belah, ini sebenarnya tujuan utama terowong sanitasi ini,” katanya.
Tambah Sayeed Mohd Hussein, bahan-bahan cecair perubatan yang digunakan juga mendapat pengiktirafan daripada beberapa persatuan kesihatan antarabangsa.
“Cecair nyah kuman yang kami gunakan ialah Chlorine Dioxide dan ia telah diluluskan oleh Hazard Analysis Critical Control Point (HCCP), Food and Drug Administration (FDA),” tambahnya selepas sidang media pusat beli belah Plaza Merdeka di Kuching pada Isnin.
Menurutnya lagi, CENTEXS akan berusaha untuk menghasilkan lebih banyak terowong sanitasi ini supaya ia dapat digunakan di seluruh negeri.
“Sekarang ini kita memiliki 25 unit C-Mosh Sanitizer ini, dan rekaan itu memang daripada kita (CENTEXS), namun beberapa teknologi perubatan yang digunakan datang dari negara luar seperti Ireland dan Taiwan," ujarnya.
Apabila kesemua komponen dan teknologi perubatan yang diperlukan berjaya diperolehi, maka pihak CENTEXS akan membina terowong tersebut di Kuching dengan kepakaran dan kemudahan yang sedia ada di pusat berkenaan.
Teknologi terowong ini juga dibangunkan bagi tujuan pengkomersilan yang mampu memberi manfaat kepada pengoperasian pusat membeli belah, pasar tani dan juga pejabat-pejabat kerajaan yang masih beroperasi semasa tempoh Perintahan Kawalan Pergerakkan (PKP).
Setiap unit terowong sanitasi untuk pakej syarikat dijual pada harga RM10,000 dan RM5,400 untuk pakej kediaman atau rumah.
Untuk tujuan sewaan, kadar sewa berjumlah RM200 sehari dikenakan ke atas pakej berkenaan dan RM6,000 untuk langganan dalam tempoh sebulan.
Rudi Affendi Khalik
Mon Apr 13 2020

CENTEXS akan berusaha untuk menghasilkan lebih banyak terowong sanitasi ini supaya ia dapat digunakan di seluruh negeri. - Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Bertahun lama menanti, mesin ATM akhirnya sampai di Gedong
Isu ketiadaan mesin ATM di kawasan itu hangat diperkatakan apabila penduduk terpaksa menempuh perjalanan jauh demi khidmat perbankan ini.

RM18 bilion diperuntuk bagi projek bekalan air seluruh Sarawak
Peruntukkan ini dilaksana di bawah Rancangan Malaysia ke-12 sebagai langkah proaktif Sarawak dalam menyelesaikan masalah bekalan air.

Menawan! Tikar kelasah komuniti Bidayuh terima Anugerah Kraf Cemerlang
Bertemakan Glow Tree of Life, tikar ini dihasilkan oleh Abot Gudang dengan kerjasama komuniti Bidayuh di Serikin, Sarawak.

"Saya cari tin untuk sara hidup, ada yang kasihan, mereka akan bantu..."
Penyakit dihidapi membuatkan Aunty Ngu tidak kuat mencari rezeki sehingga memaksanya untuk bergantung harap dengan ihsan orang ramai.

Sarawak Memilih: Tindakan keluar parti tamparan buat PSB
Tindakan keluar parti 200 ahli PSB Ngemah, Sibu dilihat sebagai tamparan hebat buat PSB meneliti semula kepimpinan di akar umbi.

Menara Panggau Dayak selia adat budaya masyarakat Dayak
Dua menara akan dibina untuk memacu pertumbuhan ekonomi masyarakat Dayak di Sarawak

Stesen Hidrogen Bersepadu, PETROS bakal direalisasikan
Stesen Hidrogen Bersepadu, PETROS dilengkapi pam minyak, tempat pengisian gas hidrogen serta kemudahan mengecas kenderaan hybrid, seiring usaha ke arah teknologi hijau.

COVID-19: Sarawak giat laksana saringan dalam kalangan PATI
Tindakan ini susulan daripada kes positif COVID-19 melibatkan dua warga Indonesia seperti yang dilaporkan oleh JPBN pada Khamis.

JPBN Sarawak dalam usaha tingkatkan kapasiti ujian saringan COVID-19
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak kini dalam usaha meningkatkan kapasiti ujian saringan COVID-19 dan pasukan pengesanan kontak rapat.

COVID-19: Satu kes import di Sarawak, dua kluster kekal aktif
Satu kes yang dilaporkan pada hari ini dicatatkan di Kota Samarahan. Kes tiba dari Kota Kinabalu, Sabah.