IPOH:Seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah anak syarikat milik Kerajaan Negeri Perak yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki mengemukakan dokumen palsu dibebaskan dengan jaminan.
Pengarah SPRM Perak Datuk Mohd Fauzi Mohamad berkata lelaki berusia 45 tahun itu dibebaskan semalam selepas ditahan reman selama dua hari sejak Sabtu lepas.
"Kami sedang menyiapkan siasatan untuk dihantar kepada Bahagian Pendakwaan SPRM untuk keputusan dan tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Jumaat lepas, lelaki itu ditahan di pejabat SPRM Perak pada 3.45 petang kerana dipercayai mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk kelulusan.
Dokumen itu merupakan Surat Tawaran Pelantikan Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bertaraf jawatan tetap dan menerima gaji RM20,000 sebulan walhal Minit Mesyuarat Jawatankuasa Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Bil.14/2017 bertarikh 8 Dis 2017 memutuskan lantikan jawatan tersebut adalah secara kontrak.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 30 2020

Jumaat lepas, lelaki itu ditahan di pejabat SPRM Perak kerana dipercayai mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu kepada SUK Perak untuk kelulusan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

KWSP perjelas pendapatan pelaburan dan agihan dividen 2023
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menegaskan bahawa angka bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2023 adalah tepat dan mematuhi sepenuhnya piawaian pelaporan kewangan yang ketat.
Kerajaan Pulau Pinang zahir ucapan takziah buat keluarga ADUN Ayer Kuning
Kerajaan Pulau Pinang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga ADUN Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia ketika menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru di Stadium Bandaraya, George Town pada Sabtu.
ADUN Ayer Kuning meninggal dunia serangan jantung - Polis
Polis Pulau Pinang mengesahkan punca kematian ADUN Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia semasa menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru di Stadium Bandaraya, George Town pada Sabtu disebabkan serangan jantung.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 22 Februari 2025.

'Babah sangat menjaga kesihatan dan selalu berjoging' - Anak Ishsam
Menurut Muhammad Iszul Imadi, Allahyarham bapanya tidak menunjukkan apa-apa perubahan dan petanda luar biasa.

Ahmad Zahid, Fahmi ucap takziah kepada keluarga Ishsam Shahruddin
Ahmad Zahid menzahirkan ucapan takziah serta mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.

Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.

22 termasuk CEO GISB mengaku tidak bersalah jadi ahli kumpulan jenayah terancang
Seramai 22 individu dikaitkan dengan GISB termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya Nasiruddin Mohd Ali mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.

Op Ragada: Bekas Datuk Bandar disyaki lulus projek, 3 yang lain terima imbuhan
Bekas Datuk Bandar yang ditahan dalam Op Ragada bersama dua wanita dan seorang lelaki pada Rabu dan semalam disyaki antara individu yang bertanggungjawab meluluskan projek.

Pengubahan wang haram: Bekas CEO syarikat penyiaran pula ditahan
Kes pengubahan wang haram membabitkan seorang CEO syarikat penyiaran di Sarawak memasuki episod baharu apabila bekas CEO syarikat berkenaan turut ditahan.

CEO Jeju Air dilarang keluar dari Korea Selatan
Polis di wilayah Jeolla Selatan mengesahkan larangan berkenaan terhadap dua individu termasuk CEO berkenaan.

MEF lantik Sheikh Farouk sebagai CEO berkuat kuasa 1 Januari 2025
Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) melantik Sheikh Farouk Sheik Mohamed sebagai ketua eksekutifnya berkuat kuasa 1 Jan 2025.

Dipecat sebagai CEO TMC Life Sciences, Wan Nadiah tuntut penyelesaian adil
Beliau mengesahkan tidak pernah dituduh melakukan sebarang jenayah, pecah amanah jenayah, salah urus kewangan atau isu berkaitan integriti.

Ketua Pegawai Operasi Dialog Mustaffa Kamal dinaikkan pangkat kepada CEO
Dialog turut mengumumkan Pengarah Urusan bagi Minyak dan Gas Huluan, Keith Collins, menyandang tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Operasi.

CEO MDEC tamat perkhidmatan 31 Ogos
Mahadhir Aziz akan menamatkan perkhidmatan beliau pada 31 Ogos 2024 selepas tiga tahun menerajui MDEC.

Seleweng dana: SPRM tahan CEO syarikat bergelar Profesor
SPRM menahan reman individu bergelar Profesor yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat perkhidmatan pendidikan tinggi kerana dipercayai menyeleweng kira-kira RM270,000 dana syarikat