KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) termasuk ahli Badan Kehakiman, perlu mengisytiharkan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ketetapan itu diputuskan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR), yang turut memaklumkan perincian kod etika baharu berkenaan, akan dibentangkan semula oleh SPRM dalam mesyuarat akan datang.
"JKKMAR juga memutuskan mekanisme perisytiharan harta Anggota Pentadbiran, Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara oleh SPRM, akan diperkukuhkan bagi memantapkan kredibiliti serta integriti pentadbiran kerajaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata pindaan dan penambahbaikan Kod Etika Bagi Anggota Pentadbiran dan Ahli Parlimen sedia ada, akan dilaksana dan satu kod etika baharu akan turut diperkenalkan untuk Ahli Parlimen dalam Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 (Akta 347), dengan mengambil kira pengekalan prinsip pengasingan kuasa badan eksekutif dan legislatif.
Ismail Sabri berkata pegawai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkhidmat di tempat sama dalam tempoh lama, boleh ditukarkan ke PBT lain bagi mengelak risiko gejala rasuah dan salah guna kuasa, serta kewujudan Little Napoleon di peringkat lapangan.
Perdana Menteri berkata ketetapan itu akan dilaksanakan menerusi pewujudan Jawatankuasa Pertukaran Pegawai PBT di bawah kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan satu garis panduan akan dikeluarkan kepada pihak berkuasa negeri (PBN) bagi membolehkan pelaksanaannya di seluruh negara.
Selain itu, JKKMAR turut bersetuju melaksanakan Pindaan Akta Audit 1957 bagi menghalang penglibatan Ketua Audit Negara dalam aktiviti atau jawatankuasa perkhidmatan Persekutuan atau perkhidmatan Negeri, namun dibenarkan terlibat dalam jawatankuasa di peringkat dasar.
Ismail Sabri berkata pindaan oleh Jabatan Audit Negara itu bertujuan memperkasa profesionalisme dan menjamin kebebasan peranan Ketua Audit Negara, selain membolehkannya mengaudit badan lain termasuk syarikat yang mempunyai kepentingan kerajaan, tertakluk kepada budi bicaranya.
Perdana Menteri berkata JKKMAR juga bersetuju melaksana penilaian semula hala tuju Institut Integriti Malaysia (IIM), dengan peruntukan geran tahunan tetap melalui Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) untuk tempoh tiga tahun bermula 2023, bagi melaksanakan program pemantapan serta pengukuhan integriti.
"Peranan IIM akan diperkukuhkan berdasarkan tiga fungsi teras utama merangkumi aspek pendidikan; advokasi dan latihan; penyelidikan dan penerbitan serta kerjasama strategik, selain akan diberi peranan melaksanakan model perniagaan secara hibrid untuk mengukuhkan integriti sektor awam dan swasta," katanya.
Selain itu, Ismail Sabri berkata Rang Undang-Undang Sumbangan Politik akan dikawal selia oleh sebuah entiti bebas dikenali sebagai Pengawal Selia Sumbangan Politik pada peringkat Persekutuan dan Negeri.
Beliau berkata pandangan daripada pihak berkepentingan termasuk parti-parti politik turut diambil kira sebelum Rang Undang-undang itu dibentang untuk bacaan kali pertama pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.
"Kerajaan sentiasa komited memantapkan nilai integriti dan memastikan ketelusan tadbir urus negara dipertingkatkan dari semasa ke semasa dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang bebas rasuah," kata Perdana Menteri.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 19 2022

Ismail Sabri berkata ketetapan itu diputuskan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR), yang turut memaklumkan perincian kod etika baharu berkenaan, akan dibentangkan semula oleh SPRM dalam mesyuarat akan datang.- BERNAMA

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Duterte mungkin hadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup - Malacanang
Sabitan boleh dirayu, dan mahkamah juga boleh mengarahkan pampasan untuk mangsa.
Indonesia benar pegawai sandang jawatan agensi negeri
15 agensi negeri di Indonesia dikenal pasti untuk anggota tentera menyandang peranan kepimpinan.

GT Jepun akhirnya kembali ke bumi Malaysia selepas 12 tahun
Selepas 12 tahun, Siri perlumbaan Super GT akhirnya akan bakal kembali menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang, Jun ini.
Indonesia gesa bonus pemandu e-hailing dan kurier
Kerajaan Indonesia menggesa syarikat pengangkutan dan perkhidmatan penghantaran memberikan bonus Aidilfitri.
Malaysia perkukuh rantaian bekalan dengan negara ASEAN
Malaysia berusaha mengukuhkan rantaian bekalan sektor semikonduktor dengan negara anggota ASEAN.
Pantau Agenda Reformasi: TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri
Bersama Prof Madya Dr Nor Lisa Sulaiman, Ketua Pusat Advance Centre for Technical and Vocational Education (ACTiVE), Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia membincangkan tentang TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri.
Indonesia lancar program sekolah rakyat bantu murid miskin
Program sekolah rakyat bakal menyediakan pendidikan percuma kepada murid daripada keluarga miskin.
Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor
Vietnam mencatatkan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 7.2 peratus dalam indeks pengeluaran perindustrian atau IIP untuk dua bulan pertama 2025.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia perkukuh hubungan perdagangan
Bagi perniagaan Jerman yang ingin menembusi pasaran Asia Tenggara, Malaysia menyediakan pintu masuk utama untuk berinteraksi dengan pasaran ASEAN.

Sistem e-SelfAudit atasi kegagalan CEO syarikat milik kerajaan urus operasi - PM Anwar
Pengauditan terhadap hampir 2,000 syarikat milik kerajaan menggunakan sistem e-SelfAudit berasaskan kecerdasan buatan (AI) bertujuan menangani beberapa kelemahan.

Dua termasuk CEO GLC didakwa subahat, terima rasuah RM350,000
Pertuduhan ke atas CEO iaitu Mohd Zamry Sulaiman, 52, dan Anuar Md Isa, 54, yang bekerja sendiri dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

CEO GLC, GLIC perlu isytihar harta kepada SPRM - PM
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) termasuk ahli Badan Kehakiman, perlu mengisytiharkan harta kepada SPRM.

CEO dan pegawai kanan GLC direman bantu siasatan seleweng dana RM2.2 juta
Kesemua suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana disyaki terbabit salah guna kuasa dan kedudukan bagi menyeleweng dana milik syarikat.