Goh dan Ng juga adalah Pengarah Eksekutif syarikat tersebut.
Able Global dalam kenyataan hari ini berkata Goh ditahan reman oleh SPRM baru-baru ini bagi membantu siasatan suruhanjaya itu berkaitan hal ehwal syarikat persendirian milik Ng.
"Syarikat ingin mengulangi kenyataan bahawa CEO syarikat direman bagi membantu siasatan dan tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai siasatan yang sedang dijalankan.
"Beliau sudah menyambung semula tugasnya dan operasi perniagaan syarikat sudah diteruskan seperti biasa," kata pengilang produk tenusu dan pembuat tin tersebut.
Able Global berkata syarikat itu kekal komited bagi memastikan ketelusan dan piawaian tadbir urus korporat yang terbaik.
Kaunter ditutup tidak berubah pada RM1.51 pada Isnin di Bursa Malaysia dengan 1.28 juta saham diniagakan.
-- BERNAMA
