JOHOR BAHRU: Seorang wanita bersyukur kerana dia dan lima anaknya yang sebelum ini positif COVID-19 kembali sihat walaupun kehilangan suaminya akibat jangkitan itu pada Ogos lalu.
Nor Fairus Johar, 41, berkata, dia kehilangan suami, Selamat Omar, selepas disahkan positif pada 3 Ogos lalu dan dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada 7 Ogos.
Bagaimanapun, menurut wanita itu, suaminya meninggal dunia lima hari kemudian.
"Selepas arwah suami dimasukkan ke hospital, saya dan lima anak berusia tiga hingga 16 tahun melakukan ujian calitan dan disahkan positif COVID-19.
"Anak-anak saya positif COVID-19 tetapi pada tahap rendah manakala saya pula berada di tahap empat dan dirawat selama 20 hari di HSA di sini.
"Doktor memberitahu, 20 peratus paru-paru sudah rosak dan keadaan saya sudah tidak sama seperti dulu.
"Saya sukar berjalan dan cepat mengah jika banyak bercakap selain sesak nafas jika batuk," katanya ketika ditemui di Flat Serantau Baru di sini.
Dia sebelum itu menerima bayaran Skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di bawah Skim Keilatan di bawah Faedah Penakat yang disampaikan Exco Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan dan Sumber Manusia Negeri Johor, Datuk Mohd Izhar Ahmad.
Nor Fairus juga memberitahu, dia tidak mampu meneruskan pekerjaan yang diusahakan suami iaitu sebagai pengusaha van sekolah.
Wanita itu juga sebelum ini tidak tahu dia layak menerima bantuan serta faedah Perkeso itu kerana suaminya tidak lagi membayar caruman selepas memandu van sekolah.
Jelasnya, kali terakhir suaminya membuat mencarum Perkeso pada 2015 ketika masih bekerja sebagai juruteknik di sebuah kilang di daerah ini.
"Ketika pandemik COVID-19 melanda, pendapatan kami terjejas dan arwah suami mencari alternatif lain bagi menambah pendapatan seperti kerja membuat rumah, mengecat dan pelbagai kerja yang boleh menampung kehidupan mereka sekeluarga.
"Alhamdulillah, saya sangat bersyukur menerima pencen Penakat ini.
"Saya sendiri tidak tahu layak menerima bantuan yang amat membantu kami sekeluarga," katanya.
Sementara itu, Pengarah Perkeso Johor, Tong Sing Chuang berkata, selain menerima Faedah Pengurusan Mayat (FPM) berjumlah RM2,000, ibu tunggal itu juga sudah mula menerima Faedah Pencen Penakat bagi arwah dengan kadar pencen bulanan RM1,635.48.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Oct 06 2021

Mohd Izhar (dua dari kiri) menyampaikan bantuan Perkeso kepada Nor Fairus yang kematian suaminya akibat COVID-19 sambil diperhatikan Tong Sing Chuang (kanan) di Flat Serantau, Larkin, Johor Bahru. -Foto Sinar Harian

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

'Cepat mengah, 20 peratus paru-paru rosak akibat COVID-19'
Doktor memberitahu 20 peratus paru-paru sudah rosak dan keadaannya sudah tidak sama seperti dahulu.

Berita palsu penemuan bangkai pesawat MH370 singgung perasaan waris
"Jangan sebar berita palsu tentang penemuan bangkai pesawat MH370 kalau tidak sahih kerana ia hanya menyinggung perasaan waris." - Selamat Omar

Waris mangsa penerbangan MH370 terkejut dengar pengumuman PM
Selamat Omar terkejut kerana kedudukan flaperon itu dari lokasi sebenar pesawat itu disahkan terhempas tahun lepas adalah terlalu jauh.

Rumah bapa penumpang MH370 dipecah masuk
Selamat Omar alami kerugian wang tunai RM3,000, barang kemas bernilai RM5,000 dan dua buah telefon bimbit.