SHAH ALAM: Tiga pengamal media tempatan direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berikutan insiden menceroboh masuk ke dalam kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, semalam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda sehingga RM1,000 atau dengan kedua-duanya sekali.
"Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut (berhubung kejadian itu boleh) menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Mira Noraien Norashid di talian 011-11430765," katanya dalam kenyataan.
Mohd Iqbal menasihatkan orang ramai untuk sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan, bagi mengelakkan kejadian seperti tersebut berlaku.
Beliau berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu pada 6.10 petang semalam, yang dibuat oleh seorang lelaki yang bertugas sebagai pembantu operasi di kediaman berkenaan.
"Siasatan mendapati kesemua suspek menggunakan sebuah kenderaan jenis Proton Waja untuk memasuki Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, melalui pondok pos pengawal utama tanpa mengemukakan sebarang jemputan secara rasmi daripada pihak kerajaaan negeri.
"Bertindak atas maklumat, pada 7.30 petang tangkapan ke atas kesemua suspek telah dibuat bersama rampasan sebuah kenderaan jenis Proton Waja, yang digunakan oleh mereka," katanya.
Mohd Iqbal berkata suspek kes berkenaan merupakan tiga lelaki tempatan berumur lingkungan 31 tahun hingga 35 tahun dan bekerja sebagai pengamal media di sebuah media tempatan, serta tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.
"Kesemua suspek memberi alasan untuk menghadiri satu mesyuarat yang diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, tetapi tidak mempunyai jemputan secara rasmi daripada pihak Menteri Besar Selangor," katanya.
Terdahulu, semalam tular di media sosial video berdurasi 29 saat, memaparkan tiga individu yang dipercayai menceroboh kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Seksyen 7 di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 06 2024

Mohd Iqbal berkata ketiga-tiga lelaki itu, ditahan semalam. - Foto PDRM
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Ceroboh kediaman rasmi MB Selangor, polis sahkan tiga ditahan
Polis mengesahkan tiga lelaki yang menceroboh kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, telah ditahan dan kini dalam proses reman.