Walaupun sudah berpuluh kali kes tangkapan membabitkan nelayan Vietnam di negara ini dikesan dan dilaporkan, mereka masih tidak takut dan kini menjadikan perairan Sandakan sebagai sasaran.
Terbaru, dalam kejadian kira-kira jam 7.20 petang pada Sabtu, sekumpulan enam lelaki Vietnam dicekup ketika mengaut gamat di perairan Sungai Asam.
Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali, berkata, suspek berumur 50 hingga 59 tahun itu beralamat di Cau Mau, Vietnam, dan semuanya tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.
"Ketika ditahan, sebanyak 400 kilogram gamat ditemui dalam kapal berkenaan dipercayai dikaut dari perairan negara kita.
"Semua suspek ditangkap lalu dibawa ke Markas PPM Sandakan untuk tindakan lanjut.
"Kapal, gamat dan semua peralatan mereka dianggarkan bernilai RM0.61 juta turut dirampas," katanya dalam satu kenyataan media, pada Ahad.
Menurutnya, kes disiasat dibawah Akta Perikanan 1985.
Radhi Muslim
Sun Nov 03 2019

Semua suspek ditangkap lalu dibawa ke Markas PPM Sandakan untuk tindakan lanjut.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Berbahasa Melayu buat video masak bantu Salee Style popular di Malaysia
Salee turut berkongsi video menu seperti Tom Yam, Tom Sep dan Salad Miang Kam dan Miang Pla.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 22 Februari 2025
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Jemaah Menteri perlu terbuka
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AS jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Presiden Donald Trump menyatakan bahawa Kyiv tidak mempunyai kelebihan dalam rundingan.
AWANI Pagi: Meniti populariti di negara ASEAN kerana masakan Melayu
Bersama dua pempengaruh masakan di Selatan Thailand, Salee Style dan Chef Farn berkongsi bagaimana jambatan budaya menerusi bahasa Melayu dan masakan tradisi Melayu menjadikan kedua-duanya popular di platform media sosial di negara ASEAN sehingga meraih jutaan pengikut. Ikuti perkongsiannya, 7:30 pagi Sabtu.
AWANI Pagi: Sukan ekstrem | Pelancongan bagi mereka yang gemar aktiviti mendebarkan
Pelancongan sukan lasak menawarkan pengalaman mendebarkan meneroka pelbagai jenis laluan mencabar yang bersesuaian untuk penggemar adrenalin yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi sambil menguji ketangkasan dan keberanian mereka. Saksikan AWANI Pagi meneroka sektor pelancongan ini.

FAM perkenal bekas pemain kebangsaan Australia selaku penolong jurulatih Harimau Malaya
Tugas utama Miligan sudah pastinya membantu Cklamovski mempersiapkan pasukan menjelang aksi pertama pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027.

Sri Lanka akan dakwa 10 nelayan India atas kematian kelasi tentera laut
Tentera Laut Sri Lanka merampas sebuah bot pukat tunda di luar Kankasanthurai di Wilayah Jaffna di utara negara itu pada 25 Jun lalu.

86 kes tangkapan bot nelayan asing cuba ceroboh perairan negara tahun lepas - Shamsul Anuar
Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata bagaimanapun isu pencerobohan bot nelayan asing yang cuba mencuri hasil laut negara masih terkawal.

APMM Selangor tahan 44 PATI warga Indonesia
Menyedari kehadiran bot penguat kuasa, bot suspek bertindak cuba untuk lolos bagi mengelakkan daripada ditahan dan diperiksa.

APMM Pahang tahan dua bot nelayan tempatan, 15 kru Vietnam
Bot-bot tersebut dikendalikan tekong bersama awak-awak warganegara Vietnam kesemuanya seramai 15 orang, berumur antara 24 hingga 58 tahun.

15 nelayan Vietnam ditahan ceroboh perairan negara
Kedua-dua bot ditahan secara berasingan menerusi rondaan Op Naga Barat dan Op Kuda Laut di perairan Kelantan sekitar 5.40 petang.

Dua bot nelayan Vietnam ditahan, rampasan hampir RM3 juta - Maritim Kelantan
Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua bot terbabit tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985.

Nelayan Vietnam salur maklumat bantu penceroboh - Maritim Terengganu
Kegiatan itu dikesan APMM Terengganu selepas memintas alat perhubungan radio bot terbabit.

21 kru warga Indonesia ceroboh perairan Malaysia ditahan - Maritim Malaysia
Maritim Malaysia menahan sebuah bot tradisional bersama-sama 21 kru warga Indonesia yang dipercayai menceroboh perairan Malaysia berhampiran Kepulauan Sembilan pada Sabtu.

APMM Pulau Pinang tahan lima nelayan Indonesia ceroboh perairan
Kesemua mereka ditahan pada kedudukan 32.3 batu nautika barat Pulau Kendi sekitar jam 5 petang Isnin.

Ceroboh perairan Sandakan, enam nelayan Vietnam ditahan
Dalam kejadian kira-kira jam 7.20 petang pada Sabtu, sekumpulan enam lelaki Vietnam dicekup ketika mengaut gamat di perairan Sungai Asam.