KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata kos cetakan senaskhah al-Quran bagi operasi mencetak sejuta al-Quran, cuma RM38 dan bukannya RM500 seperti didakwa Ahli Parlimen Bagan Serai Datuk Idris Ahmad.
Beliau berkata RM38 itu merangkumi kos mencetak, penghantaran serta pengagihan, manakala peruntukan RM10 juta akan digunakan untuk mencetak 265,000 naskhah al-Quran.
"Jadi dengan RM38 pengiraan saya dalam RM10 juta itu, ada 265,000 insya-Allah pada tahun 2024," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Pelepasan Konvoi Kembara Zakat 2023, hari ini.
Mohd Na'im berkata demikian ketika diminta menjelaskan dakwaan Idris Ahmad di Parlimen, bahawa percetakan senaskhah al-Quran berharga RM500.
Sementara itu Mohd Na'im berkata, sehingga kini sebanyak 96,000 naskhah al-Quran sudah diagihkan dalam empat bahasa iaitu bahasa Inggeris, Mandarin, Khmer dan Sweden.
"Sekarang ini kita sudah agihkan 70,000 cetakan dalam bahasa Inggeris, 20,000 Mandarin, 5,000 Khmer dan 1,000 Sweden," katanya.
Beliau turut menyeru masyarakat supaya bersama-sama menyahut seruan kerajaan untuk melaksanakan operasi mewakafkan satu juta naskhah al-Quran.
"Kita harapkan dengan berwakaf al-Quran ini, dapat menarik minat orang yang bukan beragama Islam untuk mendalami agama Islam," katanya.
Mengenai Majlis Pelancaran Pelepasan Konvoi Kembara Zakat 2023, di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu Mohd Na'im berkata program anjuran Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) itu telah bermula sejak 2012, dengan kerjasama Majlis Agama Islam negeri.
Konvoi tiga hari di Baling dan Sik, Kedah bermula hari ini sehingga 9 Nov itu, bagi membolehkan agensi zakat itu memberi pencerahan dan menggalakkan umat Islam mengeluarkan zakat.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 pada 13 Okt, mengumumkan peruntukan RM10 juta untuk disalurkan kepada Yayasan Restu, bagi operasi mencetak terjemahan al-Quran dalam bahasa asing utama dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 07 2023

Jumlah RM38 itu merangkumi kos mencetak, penghantaran serta pengagihan. - Gambar hiasan

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Cetakan senaskhah al-Quran bukan RM500 - Menteri
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata kos cetakan senaskhah al-Quran bagi operasi mencetak sejuta al-Quran, cuma RM38 dan bukannya RM500.