Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) tidak lagi dikira berdasarkan pencapaian akademik semata-mata di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia-Pendidikan Tinggi 2015-2025 (PPPM-PT).
Sebaliknya, kaedah pentaksiran berintegrasi CGPA dalam PPPM-PT akan mengambil kira penglibatan pelajar dalam kokurikulum, aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelawan, kemahiran dan kepimpinan.
Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata kaedah pentaksiran berintegrasi CGPA itu akan dilaksanakan di bawah lonjakan pertama PPPM-PT bagi melahirkan graduan keusahawanan, holistik dan seimbang.
"Sekarang pelajar cemerlang dalam akademik yang memperoleh semua A akan mendapat CPGA 4.0 tetapi melalui kaedah baharu ini, pelajar perlu cemerlang secara keseluruhan sebelum mendapat CGPA 4.0," katanya.
Idris berkata demikian kepada pemberita selepas sesi taklimat PPPM-PT bersama pengarang kanan media cetak dan elektronik, baru-baru ini.
Sesi taklimat tersebut pada Khamis lepas itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sesi itu diadakan menjelang pelancaran pelan tersebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada 7 April ini.
Idris menjelaskan pelaksanaan kaedah pentaksiran berintegrasi CGPA itu mungkin mengambil masa yang lama kerana perbincangan mengenai perkara itu sedang dijalankan di peringkat universiti awam.
Di bawah PPPM-PT, Program Pendidikan, Latihan Teknik dan Vokasional (TVET) akan diperkasakan dengan menjadikan bidang tersebut dipacu pihak industri serta menjadi pilihan 'premier' untuk pelajar.
Beliau berkata inisiatif Program TVET dapat memberikan kepelbagaian dalam akses pendidikan yang dilaksanakan melalui kolej vokasional, politeknik dan kolej komuniti serta empat universiti teknikal.
"Hasrat jadikan TVET sebagai pilihan telah bermula sejak pelancaran transformasi pendidikan vokasional pada 2012 dan akan terus diperkasakan apatah lagi bila masyarakat sudah mula menerima TVET.
"TVET dilihat dapat menghasilkan graduan baik dengan hanya kelulusan sijil dan diploma mereka boleh mendapat gaji yang tinggi," katanya.
PPPM-PT merupakan kesinambungan daripada PPPM-Sektor Sekolah dan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN).
Pelan baharu itu merangkumi 10 lonjakan iaitu graduan keusahawanan, holistik dan seimbang; kecemerlangan bakat pendidikan tinggi; masyarakat yang belajar sepanjang hayat; dan kualiti graduan TVET.
Enam lonjakan lain ialah kelestarian kewangan; pemerkasaan tadbir urus; pemerkasaan ekosistem inovasi; sistem tersohor peringkat global; pembelajaran dalam talian secara global; dan penyampaian pendidikan tinggi yang ditransformasikan.
PPPM-PT ini dibentuk untuk dijajarkan dengan Program Transformasi Kerajaan, Pelan Transformasi Ekonomi, PPPM (Prasekolah hingga Pendidikan Lepas Menengah) 2013–2025 dan Rancangan Malaysia ke-11 (2016-2020).
PPPM-PT akan diterjemahkan dalam bentuk 100 inisiatif menerusi tiga gelombang iaitu gelombang pertama untuk tempoh 2013-2015, kedua 2016-2020 dan gelombang ketiga 2021-2025.
Bernama
Sun Mar 15 2015
IDRIS: Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) tidak lagi dikira berdasarkan pencapaian akademik semata-mata di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia-Pendidikan Tinggi 2015-2025 (PPPM-PT).
Digital nomad: New Zealand longgarkan peraturan visa pelawat
New Zealand juga menyasarkan pelancong yang mahukan peluang untuk bekerja sambil mengembara di negara itu.
Menara loceng bangunan abad ke-19 di Paris musnah
Kebakaran di bangunan pentadbiran daerah ke-12 Paris memusnahkan menara loceng dalam kejadian awal pagi Isnin.
Menurut Pegawai Polis Paris, Laurent Nunez, tiada mangsa korban susulan kebakaran yang dikesan bermula di bahagian bumbung bangunan abad ke-19 itu.
Menurut Pegawai Polis Paris, Laurent Nunez, tiada mangsa korban susulan kebakaran yang dikesan bermula di bahagian bumbung bangunan abad ke-19 itu.
Eksekutif letak jawatan akibat dakwaan salah laku seksual
Dua eksekutif syarikat Fuji Media Jepun umum letak jawatan selepas mengakui gagal menangani isu dakwaan salah laku seksual melibatkan pengacara terkenal, Masahiro Nakai.
Pengerusinya, Shuji Kanoh dan Ketua Unit Televisyen, Koichi Minato mengumumkan perletakan jawatan tersebut menerusi satu sidang media pada Isnin.
Pengerusinya, Shuji Kanoh dan Ketua Unit Televisyen, Koichi Minato mengumumkan perletakan jawatan tersebut menerusi satu sidang media pada Isnin.
Tumpuan Selasa – 29 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (27 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN: JPJ tingkat pengawasan di KLIA bendung 'ulat teksi'
JPJ Selangor akan melakukan pengawasan lebih intensif bagi membendung kegiatan 'ulat teksi' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ribuan banduan di Congo loloskan diri dari penjara
Difahamkan, perkara ini tercetus apabila sekumpulan pemberontak yang disokong Rwanda berjaya memasuki ke bandar Goma di timur Congo.
Harapan untuk pulang musnah, Israel dan Hamas tuduh langgar perjanjian
Rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal seperti Omar Halawa menunggu selama berjam-jam di penghadang tentera Israel di Wadi Gaza, berusaha untuk menyeberangi jalan pesisir.
Usaha Lestari Niaga perkasa peniaga kecil serta tarik pelancong
Dr Zaliha menambah, langkah ini bertujuan mempermudah urusan mendapatkan lesen perniagaan sekali gus memberi peluang pendapatan tambahan kepada pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Prabowo junjung kasih kepada Sultan Ibrahim
Presiden Indonesia Prabowo Subianto menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas kurniaan Darjah Kerabat Johor kepadanya hari ini.
Graduan pilih kerja antara punca 600,000 peluang pekerjaan tidak diisi
Ia turut disumbang oleh kurangnya sambutan terutama dalam kalangan golongan muda, terhadap lambakan peluang pekerjaaan yang ditawarkan.
Kisah anak penebar roti canai raih Anugerah Pelajaran Diraja
Siti Madihah turut menerima anugerah terbaik alumni dan fakulti apabila mencapai CGPA 3.8 dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pentadbiran Perniagaan (Perbankan dan Kewangan Islam).
UiTM rombak iCGPA supaya lebih 'mesra pensyarah'
Program iCGPA perlu diteliti semula berikutan terdapat komponen di dalamnya yang boleh memberi penerangan kepada pihak majikan mengenai kemampuan pelajar daripada segi 'soft skill'.
CGPA pelajar bukan lagi berdasarkan pencapaian akademik - Idris
Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) tidak lagi dikira berdasarkan pencapaian akademik semata-mata di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia-Pendidikan Tinggi 2015-2025 (PPPM-PT).