KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Che’gu Bard, memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan, Putrajaya pada Khamis lalu, berhubung perintah larangan bersuara yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi di sini dan Johor Bahru.
Peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Che’gu Bard, 45, berkata, ia berhubung dua kes memfitnah dan menghasut, yang akan merosakkan nama Yang di-Pertuan Agong, (di Kuala Lumpur) serta satu kes menghasut berkaitan projek kasino di Forest City (Johor Bahru).
Bagaimanapun, beliau berkata, Mahkamah Rayuan belum menetapkan tarikh pendengarannya bagi permohonan tersebut.
“Walaupun kebebasan bersuara adalah tidak mutlak, tapi pada kami, seseorang tertuduh mesti diberi cukup ruang (untuk membuat kenyataan).
“Kita minta arahan daripada Mahkamah Rayuan, sama ada keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru dan Kuala Lumpur betul atau sebaliknya, dari segi undang-undang.
Muhammad Rafique berkata demikian ketika sidang akhbar di Kompleks Mahkamah di sini pada Isnin, selepas sebutan semula kes memfitnah dan menghasut, di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Datin Kalmizah Salleh berkata, sebahagian besar dokumen berkaitan kes telah diserahkan kepada pihak pembelaan.
Menurutnya, terdapat beberapa dokumen sahaja belum disampaikan kepada tertuduh maka beliau memohon mahkamah menetapkan tarikh lain untuk sebutan kes seterusnya.
Susulan itu, mahkamah kemudiannya menetapkan 11 Julai depan bagi tujuan tersebut.
Pada 14 Mei lalu, Mahkamah Tinggi di sini mengeluarkan perintah larangan bersuara terhadap Che'gu Bard daripada mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen berkaitan kes fitnah jenayah yang dihadapinya.
Mahkamah Tinggi Johor Bahru mengeluarkan perintah sama pada Isnin minggu lalu, berhubung kes kasino di Forest City, Iskandar Puteri.
Dia didakwa membuat penerbitan menghasut di Facebook, atas nama 'Chegubard', di Taman Bukit Cheras, pada jam 12.15 tengah hari, 6 April lalu, mengikut Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bagi kes kedua, Pengarah Operasi Jabatan Pilihanraya Bersatu Johor itu dituduh mengeluarkan kenyataan fitnah, yang mana dia mempunyai sebab mempercayai bahawa kenyataan itu akan merosakkan nama baik Agong, di Pejabat Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Jalan Sultan Abdul Halim, di sini, pada jam 6 petang, 22 Januari lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.
Sementara di Johor, dia didakwa membuat penerbitan menghasut akaun Facebook di Mutiara Villa, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada jam 6.30 petang 26 April lalu.
Pendakwaan mengikut Perenggan 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) yang boleh dihukum bawah Subseksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon May 27 2024

Che'gu Bard (kanan) hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini. Foto/ Bernama

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.

Timbalan Ketua AMK Cabang Kota Bharu desak PKR ambil tindakan terhadap Azmin
PKR juga didesak mengambil tindakan terhadap tiga Adun PKR yang menanda tangani akuan bersumpah menyokong Mohamed Azmin.

Pemilihan PKR: Che Gu Bard nasihatkan Eekmal dapatkan maklumat lengkap
Che Gu Bard memaklumkan Saifuddin telah menghantar surat memaklumkan beliau bercuti dari menjalankan tugas sebagai setiausaha agung.

Pemilihan PKR: JPP siasat dakwaan kumpulan Azmin menipu
Datuk Johari Abdul menjelaskan terdapat banyak aduan diterima melibatkan dakwaan penipuan yang dilakukan ketika pemilihan pimpinan.

Pemilihan PKR: Che Gu Bard desak penyertaan Azmin dibatalkan
Che Gu Bard mendesak Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) membatalkan pencalonan Azmin Ali berikutan bukti penipuan yang didedahkan.