CEF selebriti terkenal Malaysia, Chef Wan membuat permohonan maaf susulan komen beliau terhadap gaun yang dikenakan bintang tersohor, Aishwarya Rai pada Festival Filem Cannes yang disangka berbaur perkauman sehingga disiasat pihak polis.
Menerusi satu hantaran di laman sosial Instagram, Chef Wan berkata, beliau sama sekali tidak berniat mahu membuat komen berbaur perkauman atau menghina agama sebaliknya ia merupakan tanggapan pertama yang terlintas apabila melihat busana berkenaan.
“Itu bukan niat sebenar saya untuk bersikap perkauman atau burukkan agama Hindu. Sebagai seorang cef televisyen, saya sentiasa menghormati semua budaya dan agama di seluruh dunia.
“Saya mengambil kesempatan ini untuk membuat permohonan maaf kepada semua penganut agama Hindu kerana telah membuat kenyataan sedemikian. Saya minta maaf,” katanya pada Selasa.
Sebelum ini media melaporkan, polis mengesahkan Chef Wan disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman berhubung satu hantaran di media sosial yang bersifat perkauman membabitkan Aishwarya Rai.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, pihaknya menerima satu laporan berhubung kes itu pada 24 Mei lalu.
Komen Chef Wan itu mencetuskan kecaman daripada netizen yang menyifatkan kenyataan berkenaan bersikap perkauman.
Mengulas lanjut, Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail berkata, beliau hanya berseloroh dan berkongsi pandangan sebagai pengguna media sosial terhadap gaun yang digayakan pelakon tersebut.
“Saya selalu fikir bulu merak itu cantik. Memandangkan kapsyen bertanyakan pemikiran pertama saya melihat pakaian itu, serta-merta saya menaip dan berkata dia membawa kavadi menuju ke upacara Thaipusam di Batu Caves.
“Ini kerana ramai pengikut saya turut meninggalkan komen di situ bahawa ia (busana) itu seolah-olah bulu burung merak,” ujarnya.
Dalam pada itu, Chef Wan turut menzahirkan bahawa beliau terkejut dengan reaksi yang diberikan pengguna media sosial dan menyifatkan mereka kini terlalu sensitif.
Ekoran komen berkenaan, beliau juga menerima pelbagai impak dan bersedia memohon maaf jika tindakan meninggalkan kata-kata itu merupakan satu kesalahan.
“Saya tidak tahu sama ada nak ketawa atau menangis. Jujur saya rasa rakyat Malaysia sekarang begitu sensitif dalam banyak perkara.
“Saya percaya kebenaran dan niat berkata benar, ALLAH mengetahuinya dengan baik. Tak perlu takut jika kita tidak buat kesalahan,” katanya.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue May 28 2024

Menurut Chef Wan, sebagai seorang cef televisyen, dia sentiasa menghormati semua budaya dan agama di seluruh dunia. - Sinar Harian

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Skil dibandingkan, Chef Wan tak dengki dengan pencapaian Khairul Aming
Chef Wan menzahirkan rasa kurang senang apabila ada segelintir pihak yang membandingkan dirinya dengan pempengaruh terkenal Khairul Aming.

Chef Wan reda kalah saman fitnah, bayar RM150,000 kepada bekas menantu
Chef Wan berkata, dia menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan bersedia untuk meneruskan kehidupannya.

Chef Wan diarah bayar RM150,000 kerana fitnah bekas menantu
Hakim juga memberikan injunksi berkekalan yang melarang Chef Wan daripada menerbitkan kenyataan fitnah bekas menantunya.

Chef Wan mohon maaf, komen gaun Aishwarya Rai hanya gurau
Chef Wan membuat permohonan maaf susulan komen beliau terhadap gaun yang dikenakan bintang tersohor, Aishwarya Rai pada Festival Filem Cannes.

'Ibarat kaca jatuh berkecai' - Serina menangis dapat tahu Chef Wan hidap kanser
Serina bangga melihat bapanya kerana mempunyai semangat yang kuat apabila reda atas ujian penyakit yang diterima.

'Saya disahkan hidap kanser limfoma' - Chef Wan
Chef Wan memaklumkan dirinya kini dalam keadaan stabil dan doktor memberitahu kanser dihidapinya masih di peringkat awal berdasarkan saiznya.

Ibu Chef Wan meninggal dunia
Berita duka itu dimaklumkan sendiri oleh Chef Wan di akaun media sosialnya pada Khamis.

Chef Wan disaman bekas menantu
Chef Wan mendedahkan saman yang dikeluarkan itu adalah berkaitan isu tegurannya terhadap Shikin dan anaknya, Nadzri atau Chef Riz.

'Saya tak bernikah di Siam'- Serina
Menerusi Instagramnya, Serina berkata, dia bernikah dalam negara namun tidak menyebut secara spesifik lokasinya.

Anak Chef Wan, Serina kembali bergelar isteri
Serina memaklumkan majlis pernikahan dengan jejaka yang dikenali dengan nama Aidid, berlangsung secara tertutup.