Selepas gagal dihubungi untuk hadir ke mahkamah semalam, aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin akhirnya didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Seksyen Shah Alam, hari ini.
Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard berada dalam tahanan polis selepas ditahan malam tadi.
Chegu Bard, 39, mengaku tidak bersalah menerbitkan penerbitan yang menghasut berkaitan dengan Istana Selangor melalui laman Facebooknya.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis Jalan Kuarza Seksyen 7, Shah Alam, jam 5 petang pada 11 Januari lalu.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.
Jika sabit kesalahan, dia boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Pengarah Pendakwaan Negeri, Muhamad Iskandar Ahmad yang bertindak sebagai Timbalan Pendakwa Raya mencadangkan jaminan RM10,000 atas alasan Chegu Bard sengaja mengelak daripada hadir ke mahkamah, semalam.
“Tertuduh sepatutnya hadir untuk dituduh semalam, tetapi dia tidak dapat dihubungi sehinggalah pihak kami berjaya menjejaknya malam tadi,” katanya.
Menurutnya, lokasi penahanan Chegu Bard yang jauh dari kediamannya menunjukkan dia cuba mengelak untuk didakwa.
Justeru katanya, cadangan RM10,000 sebagai wang jaminan adalah munasabah.
Sementara itu, Amar Izzat yang bertindak sebagai peguam bela Chegu Bard mengakui anak guamnya tidak bersedia untuk dituduh semalam.
“Sebelum itu, beberapa pengaturan telah dibuat untuk mendapatkan tarikh sesuai supaya tertuduh boleh hadir bersama peguamnya,” katanya.
Menurutnya, anak guamnya telah dituduh dengan empat tuduhan di bawah Akta Polis dan Akta Perhimpunan Aman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, namun tidak pernah gagal setiap kali kes ditetapkan.
“Oleh yang demikian, tertuduh bukanlah berisiko tinggi untuk melarikan diri,” katanya.
Hakim Rihaida Rafie membenarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin dan memerintah pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Mahkamah menetapkan 16 Mei depan untuk sebutan semula kes.
Terdahulu pada prosiding itu, Datuk Salehuddin Saidin hadir sebagai peguam pemerhati untuk Istana Selangor.
Sinar Harian
Fri Apr 13 2018
![Chegubard didakwa terbitkan artikel menghasut Chegubard didakwa terbitkan artikel menghasut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/61523600019_CheguBard.jpg)
Chegu Bard didakwa di mahkamah, hari ini. - Foto Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
Tumpuan Ahad – 16 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![Muhyiddin mahu cabar Akta Hasutan di Mahkamah Persekutuan Muhyiddin mahu cabar Akta Hasutan di Mahkamah Persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738646745_TBMuhyiddin.jpg)
Muhyiddin mahu cabar Akta Hasutan di Mahkamah Persekutuan
Muhyiddin yang berdepan satu kes hasutan ketika kempen PRK DUN Nenggiri akan merujuk persoalan undang-undang berhubung Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan.
![Bicara kes Muhyiddin dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Bicara kes Muhyiddin dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61727939317_MuhyiddinYassin.jpg)
Bicara kes Muhyiddin dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
Ia berkaitan tuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri Ogos lepas.
![Polis siasat video turunkan Jalur Gemilang diganti dengan bendera Sabah, Sarawak Polis siasat video turunkan Jalur Gemilang diganti dengan bendera Sabah, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81726299166_tbRazarudinHusain.jpg)
Polis siasat video turunkan Jalur Gemilang diganti dengan bendera Sabah, Sarawak
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata siasatan awal mendapati insiden itu berlaku di Melbourne, Australia pada 16 Sept lepas.
!['Semoga saya mendapat keadilan di mahkamah...' - Muhyiddin 'Semoga saya mendapat keadilan di mahkamah...' - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71724750873_MuhyiddinYassin.jpg)
'Semoga saya mendapat keadilan di mahkamah...' - Muhyiddin
Muhyiddin mengeaskan beliau tidak bersalah dan meminta dibicarakan atas dakwaan yang dikeluarkan Mahkamah Sesyen Gua Musang.
![Papagomo kemuka representasi gugur tuduhan kes hasutan kaitkan kerajaan pro-Israel, Barat Papagomo kemuka representasi gugur tuduhan kes hasutan kaitkan kerajaan pro-Israel, Barat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713427345_TBpapagomojpg.jpg)
Papagomo kemuka representasi gugur tuduhan kes hasutan kaitkan kerajaan pro-Israel, Barat
Papagomo mengemukakan representasi bagi menggugurkan pertuduhan menyebut kata-kata menghasut yang mengaitkan kerajaan pro kepada Israel dan Barat.
![Jemaah Menteri setuju secara prinsip semak Akta Hasutan 1948 - Azalina Jemaah Menteri setuju secara prinsip semak Akta Hasutan 1948 - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81689060306_AzalinaOthman.jpg)
Jemaah Menteri setuju secara prinsip semak Akta Hasutan 1948 - Azalina
Ia bagi memastikan perundangan itu digunakan hanya untuk melindungi Institusi Raja-Raja daripada sebarang provokasi
![Sewaktu jadi pembangkang dulu kata Akta Hasutan ini zalim... - Shahril Sewaktu jadi pembangkang dulu kata Akta Hasutan ini zalim... - Shahril](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51688770724_KJShahril.jpg)
"Sewaktu jadi pembangkang dulu kata Akta Hasutan ini zalim..." - Shahril
Sebelum ini Akta Hasutan itu mahu digantikan dengan akta lain dalam kanun keseksaan tetapi ia seolah-olah hilang dari perundangan negara.
![Akta Hasutan akan dimansuhkan - Vui Keong Akta Hasutan akan dimansuhkan - Vui Keong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/51557459454_LIEWVUIKEONG.jpg)
Akta Hasutan akan dimansuhkan - Vui Keong
Akta Hasutan 1948 dijangka dimansuhkan tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong.
![Keputusan mansuh atau pinda Akta Hasutan dalam masa terdekat - Vui Keong Keputusan mansuh atau pinda Akta Hasutan dalam masa terdekat - Vui Keong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/61552989470_DATUKLIEWVUIKEONG.jpg)
Keputusan mansuh atau pinda Akta Hasutan dalam masa terdekat - Vui Keong
Liew Vui Keong berkata, pada dasarnya kerajaan dalam proses mempertimbangkan Akta Hasutan dengan tujuan untuk memansuhkan.
![MB Perak setuju undang-undang kekang hina Institusi Diraja MB Perak setuju undang-undang kekang hina Institusi Diraja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/61534999627_faizalazumu.jpg)
MB Perak setuju undang-undang kekang hina Institusi Diraja
Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyokong cadangan untuk menggubal undang-undang khas bagi mengekang perbuatan menghina Institusi Diraja.