Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas tanpa membebaskan bekas Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Rembau Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai 'Chegubard' daripada tuduhan menganjurkan perhimpunan program penghargaan kepada pengundi negeri Selangor, tahun lepas.
Hakim Yasmin Abdul Razak membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan Timbalan Pendakwa Raya Tan Gin Han dan peguam Michelle Yesudas yang mewakili tertuduh.
Terdahulu, dalam prosiding hari ini yang ditetapkan untuk sebutan kes itu, Tan memohon mahkamah menetapkan tarikh baharu sementara menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Persekutuan berhubung rayuan keputusan Mahkamah Rayuan, yang menggugurkan pertuduhan ke atas Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad kerana menganjurkan perhimpunan Blackout 505 di Stadium Kelana Jaya pada 8 Mei tahun lepas.
Bagaimanapun Michelle yang mewakili Badrul Hisham membantah permohonan pendakwaan dan berhujah bahawa keputusan rayuan kes Nik Nazmi di Mahkamah Persekutuan masih belum mempunyai tarikh dan pertuduhan terhadap anak guamnya akan berlanjutan sehingga kes Nik Nazmi selesai.
Badrul Hisham, 35, yang juga Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, sebagai penganjur perhimpunan program itu didakwa gagal memberitahu Ketua Polis Daerah Petaling Jaya mengenai program berkenaan dalam tempoh masa ditetapkan iaitu 10 hari sebelum tarikh program diadakan.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Dataran Petaling Jaya, Padang Timur, Jalan Timur, di sini pada 5 petang, 25 Mei tahun lepas.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 9(5) akta sama, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000 jika sabit kesalahan.
Bernama
Mon Aug 04 2014

Mahkamah Sesyen telah melepas tanpa membebaskan bekas Ketua PKR, Chegubard daripada tuduhan menganjurkan perhimpunan program penghargaaan kepada pengundi negeri Selangor, tahun lepas. - File Photo

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Perhimpunan 'Blackout 505': Rafizi dan tiga lain didenda RM1,950
Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli dan tiga yang lain masing-masing didenda RM1,950 oleh Mahkamah Sesyen bagi kesalahan menganjurkan perhimpunan 'Blackout 505'.

Nik Nazmi didakwa anjur Perhimpunan Blackout 505
Pertuduhan yang dikemukakan terhadap Nik Nazmi, 33, hari ini merupakan kali ketiga dia didakwa terhadap pertuduhan sama.

Chegubard dilepas tanpa membebaskan daripada tuduhan anjur perhimpunan
Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas tanpa membebaskan bekas Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Rembau Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai 'Chegubard' daripada tuduhan

Blackout 505: Dua anggota parlimen pohon dilepas tanpa dibebaskan
Hakim bagaimanapun menangguhkan keputusannya selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya untuk menangguhkan perbicaraan kes itu.

Ahli Parlimen Bukit Katil didakwa berhubung Blackout 505
Dia didakwa menyertai perhimpunan yang diadakan di tempat larangan iaitu dalam perkarangan Masjid Ar-Rahman Universiti Malaya pada 22 Jun.

Blackout 505 belum berakhir - Anwar
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melaporkan bahawa himpunan Blackout 505 masih belum berakhir.