Pemilihan Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menjadi kayu ukur kepada penerimaan rakyat terhadap kepimpinan baharu parti itu.
Berikutan itu, Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peluang bertanding itu tidak harus dipersia-siakan meskipun ada pihak mencadangkan BN supaya tidak bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang, 23 Mac ini.
Menurutnya, Chew merupakan calon yang berkelayakan biarpun dianggap sebagai calon 'underdog' untuk berdepan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di kawasan parlimen Pagoh, hari ini.
Katanya, perbalahan diantara pakatan pembangkang yang boleh dikatakan serius sebenarnya memberi peluang buat BN untuk menang pada PRK berkenaan.
Keadaan itu memberi kelebihan buat BN terutama isu yang membabitkan Anwar Ibrahim dengan menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Keputusan meletakkan calon BN di DUN itu bagaimanapun ialah keputusan terbaik bagi membolehkan BN menerangkan maklumat benar untuk membolehkan rakyat mengetahui keadaan sebenar berkaitan kemelut politik dalaman pakatan pembangkang.
Astro Awani
Sun Feb 23 2014


Penghantaran pulang warga Palestin masih dalam perbincangan dengan Mesir - Adly
Setakat ini belum ada kata putus mengenai penghantaran pulang 127 rakyat Palestin termasuk 41 individu cedera yang sebelum ini dibawa ke Malaysia untuk rawatan.

MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedia bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menangani isu ketagihan media sosial yang luar biasa.

Bekalan kelapa, santan di Johor kembali stabil - Exco
Bekalan kelapa dan santan di Johor kembali stabil selepas mengalami kekurangan pada awal tahun ini, kata Lee Ting Han.

Astro lancar Max di Ultra dan Ulti Box, bawakan lebih piilihan hiburan premium untuk kediaman di Malaysia
Astro, selaku peneraju kandungan dan hiburan hari ini mengumumkan pelancaran aplikasi penstriman Max, servis platform penstriman oleh Warner Bros. Discovery.

Insiden bunyi dentuman di Stesen Abdullah Hukum, Rapid Rail perjelas punca
Insiden bunyi dentuman kuat di Stesen Abdullah Hukum pada pukul 10.43 malam Rabu disahkan berpunca daripada kerosakan komponen pemasangan pengumpul kuasa pada tren.
AWANI Ringkas: Ismail Sabri beri keterangan lebih lima jam di SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengantunan: Kim Soo Hyun keluar kenyataan minggu depan
Soo Hyun akan menjelaskan dan menjawab khabar angin yang dilemparkan dengan mengemukakan bukti yang jelas dan kukuh.

Jawatankuasa Fatwa MKI putuskan Ahli Sunah Waljamaah mazhab rasmi negara
Jawatankuasa Fatwa MKI telah memutuskan Ahli Sunah Waljamaah adalah mazhab rasmi negara ini dari segi perundangan.
Generasi Sandwich: Bebanan bertambah, sokongan institusi diperlukan
Generasi Sandwich yang merujuk kepada kumpulan yang terhimpit antara tanggungjawab dan terkesan dengan bebanan tugasan menyaksikan peningkat jumlah wanita yang tergolong dalam kelompok itu.

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

'Tsunami Cina' masih wujud di Kajang, kata penganalisis politik
Lapan bulan selepas PRU-13, sokongan masyarakat Cina semasa PRK ini boleh dinilai terutamanya jika MCA mempunyai satu strategi baru.

PRK Kajang bukan tiket Anwar jadi PM
Sebaliknya ia merupakan penipuan pembangkang yang jelak membuktikan satu cara mereka membazirkan duit rakyat.

Chew Mei Fun pengukur penerimaan rakyat terhadap MCA
Peluang bertanding itu tidak harus dipersia-siakan meskipun ada pihak mencadangkan BN supaya tidak bertanding di DUN Kajang.

BN boleh menang kerusi DUN Kajang - Pak Lah
BN boleh memenanginya jika berjaya menjelaskan isu-isu semasa yang dibangkitkan terutama daripada pembangkang.