Pemantauan yang berterusan terhadap virus Chikungunya sedang giat dijalankan di Perlis bagi mengelak penyakit itu masuk ke negara ini.
Tumpuan diberikan di tiga pintu masuk sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar, Wang Kelian dan Kuala Perlis yang menjadi pilihan pengunjung dari Satun, Thailand.
Exco Kesihatan Negeri, Teh Chai Ann berkata, anggota pasukan keselamatan yang turut meliputi Jabatan Kesihatan, telah diarah untuk mengawal pintu masuk dan memeriksa mana-mana individu yang dikenal pasti berisiko membawa virus itu bagi menyekat penularannya ke negara ini.
"Langkah-langkah yang kita kena ambil selanjutnya ialah untuk buat pemeriksaan. Kita pun risau juga kalau di sempadan, kadang-kadang dia (virus) boleh merebak ke negeri Perlis.
"Jadi saya sudah urus dengan Jabatan Kesihatan untuk ambil tindakan selanjutnya untuk mencegah virus Chikungunya masuk ke Perlis," katanya hari ini.
Tambahnya, pihaknya bekerja rapat dengan pasukan keselamatan dalam memastikan langkah kawalan dan keselamatan bergerak seiring.
Ini kerana, pintu masuk di Padang Besar menjadi pilihan pelancong dari Hat Yai kerana jaraknya yang lebih dekat berbanding di Bukit Kayu Hitam, Kedah.
Pada Ahad, media tempatan Thailand, Bangkok Post melaporkan virus Chikungunya iaitu jangkitan yang biasanya berlaku di Afrika telah dikesan di Hat Yai.
Laporan media itu turut menyebut, berpuluh-puluh pesakit telah mendapatkan rawatan di sebuah klinik di bandar berkenaan.
Chikungunya merebak melalui nyamuk Aedes yang juga menyebabkan demam denggi.
Pesakit Chikungunya dan denggi kedua-duanya mengalami demam panas, namun mereka yang dijangkiti Chikungunya turut mengalami kesakitan di pergelangan kaki, tangan dan juga jari.
Salim Aziz
Mon Jan 14 2019
![Chikungunya di Hat Yai: Perlis kawal pintu sempadan Chikungunya di Hat Yai: Perlis kawal pintu sempadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/71517215629_MosquitoAEDES.jpg)
Chikungunya merebak melalui nyamuk Aedes yang juga menyebabkan demam denggi.
![Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616938635_Narathiwat.jpg)
Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah
Polis Thailand kenal pasti beberapa perkampungan nelayan di Narathiwat yang lazimnya digunakan oleh pengedar dadah sebagai pangkalan operasi.
![Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739461869_RRamanan.jpg)
Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India
Ramanan berkata pemberian bantuan itu adalah bukti komitmen kementeriannya dalam membantu membangunkan ekonomi komuniti India.
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
![Kes demam denggi berkurangan pada ME28, tiada kematian dilaporkan Kes demam denggi berkurangan pada ME28, tiada kematian dilaporkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719401136_MosquitoAEDES.jpg)
Kes demam denggi berkurangan pada ME28, tiada kematian dilaporkan
Terdapat 65 kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan berbanding 45 kematian bagi tempoh sama pada 2023.
![Demam denggi: Tiga kematian direkodkan pada ME-13 Demam denggi: Tiga kematian direkodkan pada ME-13](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Demam denggi: Tiga kematian direkodkan pada ME-13
Jumlah kes demam denggi yang dilaporkan adalah sebanyak 2,579 berbanding 3,041 kes pada minggu sebelumnya.
![Kes demam denggi meningkat pada ME12, empat kematian dilaporkan Kes demam denggi meningkat pada ME12, empat kematian dilaporkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Kes demam denggi meningkat pada ME12, empat kematian dilaporkan
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan menerusi kenyataan berkata empat kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada ME12.
![Kes denggi menurun pada ME06, satu kematian dilaporkan Kes denggi menurun pada ME06, satu kematian dilaporkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707650689_TBSEMBURDENGGI.jpg)
Kes denggi menurun pada ME06, satu kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 3,631 pada Minggu Epidemiologi ke-06 (ME06) 2024 dengan satu kematian dilaporkan.
![Kes denggi meningkat 5.8 peratus, tiga kematian dilaporkan Kes denggi meningkat 5.8 peratus, tiga kematian dilaporkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71681298026_MosquitoAEDES.jpg)
Kes denggi meningkat 5.8 peratus, tiga kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi meningkat 5.8 peratus kepada 2,608 kes pada Minggu Epidemiologi ke-23 (ME23) iaitu bagi tempoh 4 hingga 10 Jun berbanding 2,466 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya.
![Kes denggi catat penurunan minggu lepas Kes denggi catat penurunan minggu lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41673081974_AEDES.jpg)
Kes denggi catat penurunan minggu lepas
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 8,968, berbanding 2,948 kes bagi tempoh sama tahun 2022.
![Kes demam denggi meningkat ke 2,520 kes Kes demam denggi meningkat ke 2,520 kes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/61594553029_denggi.jpg)
Kes demam denggi meningkat ke 2,520 kes
Ia menyaksikan peningkatan sebanyak 13.6 peratus dengan satu kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan
![Denggi: Kes di Ipoh meningkat 214.6 peratus, dengan 1 kematian Denggi: Kes di Ipoh meningkat 214.6 peratus, dengan 1 kematian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/51593767953_AEDES.jpg)
Denggi: Kes di Ipoh meningkat 214.6 peratus, dengan 1 kematian
Peningkatan itu adalah sebanyak 367 kes (214.6 peratus) berbanding 171 kes dengan satu kematian pada tempoh sama tahun lalu.
![Selangor catat kes denggi tertinggi pada minggu epidemiologi ke-39 Selangor catat kes denggi tertinggi pada minggu epidemiologi ke-39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/41591612307_NYAMUK.jpg)
Selangor catat kes denggi tertinggi pada minggu epidemiologi ke-39
Ia diikuti Sabah dengan 173 kes, Kuala Lumpur dan Putrajaya (163), Johor (131), Negeri Sembilan (46), Pulau Pinang (42) dan Kedah (40).
![Kes chikungunya meningkat di Pulau Pinang Kes chikungunya meningkat di Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/81592396736_chikungunya.jpg)
Kes chikungunya meningkat di Pulau Pinang
Kes chikungunya di Pulau Pinang merekodkan peningkatan mendadak dalam tempoh seminggu dengan 55 kes dicatatkan bagi tempoh 7 hingga 13 Jun lepas, berbanding 157 kes bagi tempoh Januari hingga 6 Jun.