PUTRAJAYA: China bersedia berusaha bersama dengan Malaysia untuk menyuntik "konotasi" dan momentum baharu ke dalam perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara, kata Naib Presiden China Han Zheng di sini pada Khamis.
"Tahun ini menandakan ulang tahun ke-10 Perkongsian Strategik Komprehensif China-Malaysia. Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mencapai kata sepakat penting untuk bersama-sama membina komuniti berkongsi nasib China-Malaysia. Ini telah menggariskan rangka tindakan untuk perkembangan hubungan dua hala pada era baharu.
"China menyifatkan Malaysia sebagai sahabat dan rakan strategik yang penting dan sentiasa menyokong Malaysia dalam memilih laluan pembangunan yang sesuai dengan keadaan negaranya sendiri, serta bersedia bersama Malaysia dan saling menyokong dalam menangani isu-isu berkaitan dengan kepentingan teras bersama.
"China juga bersedia bersama dengan Malaysia untuk merancakkan pembinaan bersama yang berkualiti tinggi dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), menggalakkan pertukaran yang lebih erat pada semua peringkat antara kedua-dua negara dan memperluas kerjasama dalam bidang ekonomi dan perdagangan, kebudayaan, pelancongan, pendidikan, sains dan teknologi untuk merapatkan hubungan silaturahim dalam kalangan rakyat," kata Han.
Han tiba di Malaysia pada Rabu untuk lawatan rasmi empat hari.
Beliau turut menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan mengadakan kunjungan hormat ke atas Anwar.
Sementara itu, dalam pertemuan dengan Han, Anwar berkata hubungan Malaysia-China bersifat istimewa dan strategik.
"Malaysia menyokong konsep dan inisiatif anjuran China seperti pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan dan BRI.
"Malaysia juga bersedia memperkasa kerjasama dengan China dalam pelbagai bidang dan mengalu-alukan perusahaan China untuk melabur dan menjalankan perniagaan di Malaysia demi kemakmuran dan pembangunan bersama," kata Anwar.
Han berkata tahun depan merupakan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China-Malaysia.
"China bersedia berusaha sama dengan Malaysia untuk mengeratkan hubungan dua hala.
"Dengan berpandukan pembinaan bersama komuniti berkongsi nasib, China bersedia bekerjasama dengan Malaysia bagi memacu pembinaan bersama yang berkualiti tinggi di bawah BRI, saling menyediakan bantuan dalam mendorong pelaksanaan rancangan pembangunan negara masing-masing dan menambah konotasi baharu ke perkongsian strategik komprehensif antara kedua-dua negara.
"China sentiasa menjunjung konsep berunding bersama, membangun bersama dan berkongsi bagi memperincikan kerjasama dengan negara jiran dan bersedia memperkasa kerjasama praktikal dalam pelbagai bidang dengan negara anggota ASEAN, termasuk Malaysia untuk menggalakkan kemakmuran dan pembangunan yang stabil dan mampan di rantau ini," kata Han.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 10 2023
Han yang tiba di Malaysia pada Rabu untuk lawatan rasmi empat hari turut bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Gambar fail
Polis siasat pelampung gelongsor timpa pengunjung di Taman Tema I-City
Permainan gelongsor air kaca di i-City yang tular apabila pelampung tiba-tiba terjatuh dan menimpa pengunjung belum mendapat kelulusan MBSA untuk beroperasi.
WEF2025: Decoding World Economic Forum 2025
A wrap-up to the key discussions and outcomes of the World Economic Forum 2025, highlighting some of the world's professionals, industry leaders, and experts. The forum explored the theme "Collaboration for the Intelligent Age," showcasing how global leaders are addressing pressing issues such as geo-economic uncertainty, climate change, and technological innovation. #WEF2025
Kotak hitam masih belum ditemukan, penyiasat masih meneliti perlanggaran udara di AS
Homendy berkata agensinya akan beri ruang kepada pasukan penyelamat untuk menjalankan misi pemulihan sebelum memulakan penyiasatan.
Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 5.31 mata kepada 1,547.38 berbanding paras penutup Selasa pada 1,552.69.
AWANI Ringkas: Tegakkan undang-undang antarabangsa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar 8.30 pagi.
AWANI Pagi: seruan inovasi untuk revolusi industri getah
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin membincangkan mengenai revolusi dalam industri getah melalui inovasi dan teknologi terkini bertujuan menarik minat golongan muda sebagaimana saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Prestasi Pasaran Saham: Faktor penurunan dan pemacu utama
Bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof untuk membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelembapan pasaran saham baru-baru ini dan implikasinya terhadap pelabur.
Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 5.31 mata kepada 1,547.38 berbanding paras penutup Selasa pada 1,552.69.
ASEAN bawa naratif sendiri, tidak boleh terjebak dalam persaingan AS-China – Penganalisis
ASEAN tidak boleh terjebak dalam persaingan Amerika Syarikat (AS) dan China yang bukan lagi bersifat pertembungan dagang.
Trump kata aplikasi AI China DeepSeek harus jadi "amaran" bagi syarikat teknologi AS
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata pada Isnin bahawa peningkatan mendadak aplikasi kecerdasan buatan (AI) DeepSeek dari China seharusnya menjadi "amaran" bagi syarikat teknologi AS.
India dan China bersetuju mulakan semula penerbangan terus
Kedua-dua negara memutuskan "untuk mengambil beberapa langkah berfokuskan rakyat bagi menstabilkan dan membina semula hubungan."
Aplikasi pemula AI China DeepSeek atasi ChatGPT di stor aplikasi di beberapa negara
AI China kini merupakan aplikasi teratas di Amerika Syarikat, United Kingdom, Emiriah Arab Bersatu, Korea Selatan dan China.
Trump anggap tarif sebagai "kuasa besar ke atas China"
Trump mengancam China dengan tarif tinggi sejurus selepas memenangi pilihan raya.
Pengawal Pantai China pantau aktiviti penghantaran bekalan semula Filipina di Ren'ai Jiao
Jurucakap CCG Liu Dejun berkata misi penghantaran bekalan semula tersebut dijalankan selepas mendapat kelulusan daripada pihak China.
China lancar garis panduan pertama untuk insurans kenderaan tenaga baharu
Pemilik NEV telah lama bergelut dengan premium insurans yang tinggi dan risiko dinafikan perlindungan.
BAMTC 2025: Gabungan pemain berpengalaman-bakat muda taruhan BAM
Barisan skuad yang akan membawa cabaran negara menggabungkan pemain berpengalaman dan bakat muda sebagai resepi utama pada kejohanan itu.
China sedia kolaborasi dengan Malaysia promosi kerjasama Asia Timur dan integrasi ekonomi serantau
China juga sedia bekerjasama dengan Malaysia bagi mengekalkan trend pembangunan kerjasama serantau.