JIUQUAN: China menyasarkan untuk menyempurnakan misi pendaratan manusia di Bulan menjelang 2030, menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA).
Naib Pengarah CMSA, Lin Xiqiang, berkata projek penerokaan Bulan yang dikendalikan China kini menyaksikan bermulanya fasa pendaratan membabitkan angkasawan.
"Penyelidikan saintifik dan eksperimen teknologi yang berkaitan akan dilakukan di Bulan.
"Antara objektif lain termasuk menguasai teknologi utama seperti perjalanan ulang-alik di antara Bumi dan Bulan, singgah di permukaan Bulan dan penerokaan bersama manusia-robot," kata beliau semasa sidang media di sini, pada pagi Isnin.
Lin turut mengumumkan kapal angkasa Shenzhou-16 akan dilancarkan tepat pada pukul 9.31 pagi Selasa, dengan membawa tiga orang angkasawan iaitu Jing Haipeng, Zhu Yangzhu dan Gui Haichao.
Selaku komander misi Shenzhou-16, Jing akan menjadi angkasawan pertama China yang menjalankan misi penerbangan sebanyak empat kali.
Misi itu juga menampilkan dua muka baharu iaitu Zhu yang bertugas sebagai jurutera penerbangan dan Gui, seorang profesor Universiti Beihang yang merupakan pakar muatan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 29 2023
Lin Xiqiang, berkata projek penerokaan Bulan yang dikendalikan China kini menyaksikan bermulanya fasa pendaratan membabitkan angkasawan. - Foto BERNAMA
JBPM dijangka terima tiga helikopter baharu tahun depan
JBPM dijangka menerima tiga helikopter baharu AgustaWestland AW139 pada tahun depan, dalam usaha meningkatkan keupayaan penyelamatan terutama di kawasan pedalaman.
NRES siasat dakwaan tanah pusaka dijual pihak tidak dikenali - Nik Nazmi
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam akan siasat dakwaan sebuah keluarga kerugian RM500,000 apabila tanah pusaka diwarisi mereka dijual pihak tidak dikenali.
MPOC unjur penurunan bermusim eksport minyak sawit pada Januari, Februari 2025
Hala tuju harga minyak sawit pada 2025 akan banyak bergantung kepada dinamik bekalan eksport dari Malaysia dan Indonesia, bersama-sama dengan peralihan dasar di Amerika Syarikat dan Indonesia.
MITI sambut baik penyambungan semula MEUFTA
MITI berkata, ia merupakan detik penting dalam peningkatan hubungan perdagangan dan integrasi ekonomi kedua-dua pihak.
[TERKINI] Donald Trump angkat sumpah Presiden Amerika Syarikat
Langsung Majlis Angkat Sumpah Jawatan Presiden Amerika Syarikat ke 47 Donald Trump di Capitol Rotunda, Washington.
Buletin AWANI Khas: Donald Trump angkat sumpah Presiden AS
Ikuti secara langsung Buletin AWANI Khas sempena Majlis Angkat Sumpah Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baharu.
#AWANInews
#AWANInews
Peserta pelbagai negara sertai pertandingan robotik China
Pertandingan akhir robotik antarabangsa yang dianjurkan di Zhengzhou, China menarik kehadiran peserta yang datangnya dari pelbagai pelusuk dunia. Peserta berbakat yang menyertai saingan hebat reka cipta robot itu ada yang datang dari Amerika Syarikat, Pakistan serta Jerman.
Thailand tingkat langkah keselamatan sempadan & migrasi
Thailand komited mempercepatkan pelaksanaan langkah komprehensif bagi menangani isu migrasi rentas sempadan dan membanteras aktiviti haram di sepanjang sempadannya, khususnya di sempadan Thailand-Myanmar.
Kilang BYD $1 bilion di Indonesia selesai akhir 2025
Pembangunan kilang syarikat pembuatan automotif Build Your Dream (BYD) di Indonesia dijangka siap sepenuhnya hujung tahun 2025 ini. Kilang pembuatan kenderaan elektrik dari China itu menelan belanja $1 bilion dolar Amerika. Kilang itu terletak dua jam dari bandaraya Jakarta.
Upacara pengebumian dua hakim Mahkamah Agung di Tehran
Para penduduk di sekitar Tehran, Iran memberi penghormatan terakhir dalam satu majlis pengebumian dua hakim Mahkamah Agung yang dibunuh lelaki bersenjata baru-baru ini.
China sasar jayakan misi manusia mendarat di bulan menjelang 2030
China menyasarkan untuk menyempurnakan misi pendaratan manusia di Bulan menjelang 2030, menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA).