KUALA LUMPUR: China bersedia bekerjasama dengan Malaysia, menjadikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik sebagai titik permulaan baharu, untuk menyelaraskan strategi pembangunan, mempereratkan kerjasama yang saling mendatangkan manfaat dan meningkatkan pertukaran serta pembelajaran bersama antara tamadun, kata Perdana Menteri China Li Qiang.
Li, yang sedang dalam lawatan rasmi selama tiga hari ke Malaysia, berkata China juga bersedia mempromosikan pembinaan komuniti China-Malaysia yang berkongsi masa depan dan memberikan sumbangan lebih besar kepada keamanan, kestabilan, pembangunan, dan kemakmuran rantau ini serta dunia secara keseluruhan.
"Pada masa ini, China sedang memajukan pemodenan warga China secara menyeluruh melalui pembangunan berkualiti tinggi. Malaysia, di pihaknya, mempromosikan pembangunan negara di bawah visi Malaysia MADANI. China bersedia bekerjasama dengan Malaysia...," katanya dalam kenyataan ketibaan yang disediakan kepada Bernama selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Selasa.
Ini merupakan lawatan pertama Li ke negara ini sejak memegang jawatan itu pada Mac tahun lepas.
Lawatannya berbetulan dengan ulang tahun ke-50 penubuhan hubungan diplomatik antara Malaysia dan China, selepas penandatanganan Kenyataan Bersama antara Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dan Perdana Menteri China ketika itu Chou En Lai pada 31 Mei 1974.
Menurut Li, sepanjang 50 tahun sejak penubuhan hubungan diplomatik, hubungan China-Malaysia telah mengekalkan momentum pertumbuhan yang baik.
"Kami telah mengukuhkan kepercayaan strategik bersama, memperhebatkan pertukaran antara rakyat, dan mencapai hasil yang memberangsangkan dalam kerjasama Jalur dan Laluan yang berkualiti tinggi.
"Malaysia adalah ekonomi memuncul yang utama di Asia, ahli utama ASEAN, dan mempunyai peranan penting untuk kemakmuran serta kestabilan serantau," kata Li.
Perdana Menteri itu berkata pertumbuhan hubungan China-Malaysia telah membawa manfaat nyata kepada rakyat kedua-dua negara, dan memberikan sumbangan positif kepada keamanan dan pembangunan di rantau ini.
Li berkata beliau berbesar hati untuk melakukan lawatan rasmi ke Malaysia atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China-Malaysia.
"Bagi pihak kerajaan dan rakyat China, saya ingin menyampaikan salam mesra dan ucap selamat kepada kerajaan dan rakyat Malaysia," katanya.
Beliau berkata pada tahun lepas, Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri Anwar mencapai persefahaman penting mengenai pembinaan komuniti China-Malaysia yang berkongsi masa depan, membuka lembaran baharu dalam hubungan dua hala.
Dalam lawatan rasminya kali ini, beliau "menantikan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan bertemu Perdana Menteri Anwar untuk perbincangan mendalam mengenai pembinaan komuniti berkongsi masa depan China-Malaysia dan mempereratkan kerjasama strategik menyeluruh kami."
"Saya juga akan menghadiri sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China-Malaysia dan Tahun Persahabatan China-Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 18 2024

Li Qiang (kiri) beramah mesra bersama Anthony Loke selaku Menteri Pengiring sejurus tiba di Kompleks Bunga Raya KLIA. - Foto BERNAMA

Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.

Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup
Remaja lelaki berusia 14 tahun bertindak kejam membakar bapa kandungnya selepas dimarahi kerana disyaki mencuri wang di rumah sewa mereka di Ajay Nagar Part 2, Faridabad, India awal pagi Selasa.

Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.
Trump kenakan tarif 25% ke atas kenderaan dan cip
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyatakan hasrat untuk mengenakan tarif 25% ke atas import kenderaan serta kadar serupa terhadap cip semikonduktor dan produk farmaseutikal.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
3,316 graduan dilantik pegawai perubatan siswazah
Semua 3,316 graduan perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tahun lalu, dilantik sebagai pegawai perubatan siswazah (PPS) di Hospital Latihan Siswazah (HLS) di seluruh negara.
KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sedang mempertimbang penggunaan kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) dalam pembinaan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).
Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Menurutnya Malaysia telah diletakkan di bawah kategori Tahap 2 menerusi sekatan baharu itu selain Singapura, Indonesia dan Vietnam, dengan negara-negara berkenaan diberikan akses yang terhad dan terkawal bagi eksport teknologi AI termaju.

Pemandu selamat palang pembahagi jalan tembus kereta
Seorang lelaki berdepan detik cemas setelah kereta jenis Mercedes dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan di Bukit Puchong di sini pada Selasa.
PGA gagalkan cubaan seludup hampir 88,000 kelapa di Tumpat
Pasukan Gerakan Am (PGA) briged tenggara berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar hampir 88,000 biji kelapa selepas menahan dua treler di Stor Che Soh, Kampung Pulau Ular, Tumpat, Isnin lalu.

PM Anwar terima gelaran profesor kehormat daripada Universiti Tsinghua
Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima gelaran profesor kehormat daripada Universiti Tsinghua pada 5 November lalu sempena lawatan kerja beliau ke China.

Anwar berhadapan jadual padat pada hari kedua lawatan kerja ke Shanghai
Hari ini Anwar akan memulakan harinya dengan berucap pada majlis perasmian Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7.

PM Anwar lakukan lawatan kerja empat hari ke China mulai 4 Nov
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan kerja ke China dari 4 hingga 7 Nov 2024, atas jemputan daripada rakan sejawatnya Li Qiang untuk menghadiri Ekspo Import Antarabangsa Chi

ASEAN, China setuju selesaikan konflik Laut China Selatan melalui jalur diplomatik - PM Anwar
Perkara itu dicapai dalam Sidang Kemuncak ASEAN-China, yang menyaksikan kedua-dua pihak sepakat untuk mengelakkan sebarang tindakan keganasan

Yang di-Pertuan Agong terima menghadap Perdana Menteri China di Beijing
Pada pertemuan itu, Seri Paduka Baginda menzahirkan sukacita berada di Beijing untuk lawatan negara dan berbesar hati dengan sambutan mesra, layanan dan aturan lawatan yang disediakan.

Kenyataan bersama: Malaysia-China setuju selesai isu Laut China Selatan secara aman
Kedua-dua negara menegaskan rundingan perlu dilakukan mengikut prinsip undang-undang antarabangsa yang diiktiraf secara umum.

Kenyataan bersama: Malaysia-China mahu rakyat Gaza dilindungi di bawah undang-undang antarabangsa
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya, Li Qiang menyeru bantuan kemanusiaan tanpa halangan dan perlindungan bantuan kemanusiaan termasuk kepada kakitangan perubatan.

Kenyataan bersama: Malaysia-China setuju lanjut pengecualian visa
China bersetuju melanjutkan kemudahan itu sehingga akhir 2025 sementara Malaysia akan melanjutkan pengecualian visa sehingga penghujung 2026.

Kenyataan bersama: Malaysia iktiraf Taiwan tidak boleh dipisah dengan China
Malaysia mengiktiraf bahawa Taiwan adalah sebahagian daripada negara China yang tidak boleh dipisahkan bagi republik itu mencapai penyatuan semula negara itu.

Perdana Menteri China berlepas pulang selepas lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia
Perdana Menteri China Li Qiang berlepas pulang selepas menamatkan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia hari ini.