KUALA LUMPUR: China komited untuk memperkukuhkan lagi kerjasama dengan Malaysia dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, pertukaran budaya, pelancongan, pendidikan, serta sains dan teknologi, kata Duta China ke Malaysia, Ouyang Yujing.
Beliau berkata, kerjasama ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan antara kedua-dua negara, secara berterusan meningkatkan sentimen persahabatan antara rakyat, serta menyuntik kandungan dan dorongan baharu ke dalam hubungan dua hala.
"Melangkah ke hadapan, kita harus terus mengukuhkan persahabatan yang telah lama terjalin, menyokong kepentingan teras masing-masing, menangani kebimbangan utama masing-masing, dan mempromosikan perkembangan jangka panjang dan stabil dalam hubungan China-Malaysia.
"Kita mesti memperkukuh penjajaran strategi pembangunan kita, mempereratkan kerjasama berkualiti tinggi, mengintegrasikan pemodenan China dengan visi 'Malaysia MADANI', dan membawa lebih banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.
"China akan terus melangkah maju dalam perjalanan baharu membina sebuah negara sosialis moden dalam semua aspek manakala Malaysia akan mencapai pembangunan baharu di bawah kepimpinan Kerajaan Perpaduan," kata beliau dalam ucapannya pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Kesembilan Persatuan Usahawan China di Malaysia (PUCM) dan Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Hubungan Diplomatik Malaysia-China, di sini, malam tadi.
Ouyang juga memuji PUCM atas sumbangan besar dalam memupuk hubungan China-Malaysia selama sembilan tahun yang lepas, dalam mempromosikan kerjasama perniagaan dan pertukaran budaya serta memuji peranan unik media trilingual "Malaysia-China Insight" dalam meningkatkan persefahaman bersama.
Malaysia secara rasmi menjalin hubungan diplomatik dengan China pada 31 Mei 1974, menjadikannya negara anggota ASEAN pertama yang menghulurkan tangan persahabatan kepada Beijing.
China kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia selama 15 tahun yang lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 20 2024
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching (kanan) dan Ouyang (dua, kanan) melawat Pameran Perdagangan dan Budaya Industri Pintar China 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, 20 Mei 2024. --fotoBERNAMA
Lebuhraya WISE berpotensi jana ekonomi, kurangkan kesesakan di Terowong Menora
Jajaran WISE akan menjadi laluan alternatif yang lebih selesa bagi pengguna jalan raya dari utara yang ingin bercuti di Perak.
Bantuan banjir perlu menerusi jawatankuasa pengurusan bencana
Menurut menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat datuk seri nancy shukri perkara itu penting untuk memastikan kelancaran agensi pengurusan bencana dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan, lebih-lebih lagi kawasan yang terputus hubungan.
Hamas sahkan ketua tenteranya, Mohammed Deif maut dibunuh Israel
Tentera Israel sebelum ini mengakui, mereka telah membunuh Deif dalam serangan udara pada Julai lalu, namun, Hamas hanya mengesahkan kematiannya semalam.
Maahad tahfiz dinasihatkan daftar, elak keciciran agihan bantuan
Maahad tahfiz dinasihatkan berdaftar dengan kerajaan negeri supaya tidak tercicir dari segi bantuan termasuk naik taraf kemudahan.
9 negara, termasuk Malaysia, akan berhimpun di The Hague
Sembilan negara, termasuk Malaysia, akan bersidang di The Hague bagi membincangkan komitmen bersama dalam menegakkan undang-undang antarabangsa, menangani ancaman terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan mempertahankan hak rakyat Palestin.
Teknologi: Itali sekat aplikasi AI China Deepseek
Pihak berkuasa perlindungan data Itali, Garante, menyekat akses kepada model kecerdasan buatan (AI) dari China, DeepSeek, kerana kekurangan maklumat mengenai penggunaan data peribadi pengguna.
Pasca perang Syria: Emir Qatar ketua negara pertama lawat Syria
Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, melakukan lawatan bersejarah ke Damsyik pada Khamis dan bertemu dengan Presiden Peralihan Syria, Ahmed al-Sharaa.
Kekejaman zionis: Gaza musnah, pemulihan makan 10-15 tahun - wakil A.S
Gaza kini dalam keadaan hampir musnah sepenuhnya dan proses pembinaan semula wilayah yang dilanda peperangan itu mungkin mengambil masa antara 10 hingga 15 tahun.
Pasca perang Syria: Presiden baharu umum kerajaan peralihan inklusif
Presiden baharu Syria, Ahmed al-Sharaa, mengumumkan beliau akan membentuk sebuah kerajaan peralihan inklusif yang mewakili pelbagai komuniti untuk membina institusi dan mentadbir negara sehingga pilihan raya bebas dan adil dapat diadakan.
Penunggang motosikal maut bertembung kereta di Kuala Krai
Sebuah kereta yang dalam perjalanan dari Machang menghala Kuala Krai bertembung dengan motosikal dipandu mangsa dari arah Kuala Krai ke Machang.
Penerbangan terus Xi'an-Penang mulai 30 Dis, perkukuh hubungan pelancongan Malaysia-China
Syarikat penerbangan China Loong Air, akan melancarkan penerbangan terus baharu dari Xi'an ke Pulau Pinang bermula 30 Dis ini.
Xi Jinping kenang 50 tahun hubungan China-Malaysia, seru kerjasama lebih erat
Mengimbas kembali kemajuan diplomatik baru-baru ini, Xi menekankan kepentingan 50 tahun hubungan diplomatik China-Malaysia.
Malaysia mahu tingkat perdagangan produk halal, pertanian komoditi dengan China - PM Anwar
Perkara itu disampaikan Perdana Menteri ketika mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari China, Premier Li Qiang.
Pelajar jadi titian eratkan persahabatan Malaysia-China
Pelajar Malaysia yang belajar di luar negara, khususnya China memainkan peranan penting dalam memperkukuh hubungan dua hala kedua-dua negara.
Kerjasama strategik Malaysia-China perkukuh ekonomi negara
China merupakan rakan dagangan terbesar Malaysia selama 15 tahun berturut-turut, dengan jumlah dagangan hampir AS$100 bilion.
China akan bekerjasama dengan Malaysia tingkatkan sinergi dalam strategi pembangunan - Li
China juga mempertingkatkan kerjasama dengan Malaysia dalam pembasmian kemiskinan, untuk mencapai manfaat bersama yang lebih baik.
Malaysia-China meterai perjanjian pencalonan bersama tarian singa dalam UNESCO ICH
MOTAC berkata pemeteraian MoU itu akan mengukuhkan kerjasama antara Malaysia dan China dalam penggalakan dan pemasaran pelancongan.
Sambutan 50 Tahun Malaysia-China, saat penting untuk diraikan - Fahmi
Sambutan bermakna itu adalah jalinan hubungan yang dimulakan oleh Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein.
PM Anwar, Li Qiang bertukar-tukar buku mewah bagi memperingati hubungan Malaysia-China
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri China Li Qiang bertukar-tukar buku mewah bagi memperingati ulang tahun hubungan diplomatik ke-50 antara Malaysia dan China.
Program ekonomi lima tahun Malaysia-China dimeterai semasa lawatan Li Qiang - Tengku Zafrul
Program Lima Tahun untuk Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan antara China dan Malaysia dijangka ditandatangani tidak lama lagi semasa lawatan sulung Perdana Menteri China Li Qiang ke Malaysia.