NEW YORK: Wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun menyeru agar multilateralisme yang jitu dipraktikkan dalam perjuangan global melawan COVID-19 dan pemulihan pasca pandemik.
Beliau berkata enam juta orang meninggal dunia akibat COVID-19, dan ia satu pengajaran yang perlu direnungkan dengan mendalam.
"Nyawa tidak ternilai dan tiada ganti. Pendekatan berpusatkan rakyat merupakan prinsip terpenting yang membimbing keputusan kita," katanya dalam mesyuarat Majlis Keselamatan PBB berhubung COVID-19 dan vaksin, di sini, pada Isnin.
Zhang berpendapat bahawa sinergi dan solidariti adalah kunci utama kejayaan dalam menewaskan pandemik, selain turut berkesan dalam menangani cabaran global lain.
"Pandemik ini menunjukkan sinar di hujung terowong, tapi belum berakhir, dan kita tak boleh leka.
"Usaha membina 'benteng imunisasi' perlu diperkasakan. Kadar vaksinasi di peringkat global jauh lebih rendah berbanding sasaran 70 peratus oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)," katanya.
Tegas Zhang, adalah penting untuk meningkatkan bantuan dan bekalan vaksin kepada negara yang memerlukan serta memastikan tiada negara yang ketinggalan.
"Kami (China) merancang membekalkan vaksin tambahan satu bilion dos kepada Afrika, 150 juta dos untuk ASEAN, manakala sumbangan 50 juta dos menyasar negara Asia Tengah," jelasnya.
Selain membantu negara dalam memperoleh vaksin, China juga merintis usaha untuk memberikan pengecualian hak harta intelek (IP) bagi produk kesihatan awam itu.
Menerusi pemindahan teknologi, China menjalin kerjasama dengan 20 buah negara, dengan kapasiti pengeluaran satu bilion dos setiap tahun.
Kini, persetempatan merupakan antara langkah penting dalam memacu peningkatan pengeluaran bekalan vaksin di negara membangun.
Syarikat pembekal vaksin China menembusi pasaran antarabangsa dengan membangunkan kilang pembuatan seperti di Indonesia dan Kemboja untuk membantu negara berkenaan meningkatkan kapasiti pengeluaran vaksin.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 12 2022

Wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun menyeru agar multilateralisme yang jitu dipraktikkan dalam perjuangan global melawan COVID-19 dan pemulihan pasca pandemik. - Gambar fail/REUTERS

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

AS rancang pengurangan 10 peratus diplomat di China - Laporan
Amerika Syarikat (AS) merancang untuk mengurangkan saiz misi diplomatiknya di China sebanyak 10 peratus.

China: Pelbagai sektor guna integrasi DeepSeek manfaatkan pemerkasaan AI
Tencent menyatakan pengguna yang dipilih untuk ujian itu boleh mengakses model DeepSeek-R1 secara percuma melalui fungsi carian Weixin AI.

ASEAN perlu melangkaui angka perdagangan dan pelaburan tradisional - PM Anwar
Beliau menegaskan ASEAN tidak harus terhad dalam reaksinya terhadap anjakan global dan sebaliknya, perlu menjadi peneraju.

Malaysia sudah sedia pimpin ASEAN dengan jelas dan yakin - PM Anwar
Anwar berkata kepimpinan bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata dan menggesa perniagaan, ahli akademik, usahawan, masyarakat sivil turut berperanan.

China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.

China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia
Pasangan Jepun Hiroki Midorikawa dan Natsu Saito menewaskan pasangan China, Gao Jiaxuan dan Wu Mengying untuk memperoleh mata pertama buat Jepun.

Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.

China gesa AS tinggalkan mentaliti jumlah sifar
He Yongqian berkata, langkah AS mencerminkan sifat unilateralisme dan perlindungan perdagangan, yang menerima bantahan jelas banyak negara.

China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN
Cadangan itu dibentangkan pada Rundingan Pegawai Kanan ASEAN-China ke-31 di Bandar Ningbo, China pada Khamis.

Amerika Syarikat mulakan usaha haramkan DeepSeek pada peranti milik kerajaan
AS akhirnya memulakan langkah untuk menggunakan rang undang-undang (RUU) mengharamkan penggunaan aplikasi DeepSeek pada peranti milik kerajaan.