SHAH ALAM: Bintang muda Indonesia Alwi Farhan Alhasny menjadikan legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei sebagai idola kerana kagum dengan permainan pantas dan agresif pemenang pingat perak Olimpik tiga kali itu.
Juara dunia remaja 2023 itu berkata Chong Wei juga menjadi sumber inspirasinya dalam sukan badminton kerana mempunyai persamaan dalam gaya permainan yang dipamerkan ketika menentang lawan.
"Idola luar negara? Chong Wei. Saya rasa boleh (beraksi) seperti Chong Wei kerana suka bermain corak permainan menyerang. Kalau di Indonesia, sama seperti Anthony Sinisuka Ginting," katanya kepada pemberita pada hari pertama Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam di sini pada Selasa.
Pemain perseorangan lelaki berusia 18 tahun itu menyumbang mata buat Indonesia ketika menewaskan Arab Saudi 5-0 dalam saingan Kumpulan D, selepas menewaskan Muath Alghamdi 21-2, 21-10.
Indonesia akan berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) hari ini dan melengkapkan perlawanan peringkat kumpulan menentang Korea Selatan pada Khamis (15 Feb).
Alwi Farhan turut berterima kasih atas kepercayaan diberikan oleh Persatuan Badminton Indonesia yang memilihnya beraksi pada kejohanan dwitahunan yang menawarkan slot ke Piala Thomas pada Mei nanti dengan empat pasukan terbaik layak automatik ke kejohanan berprestij itu.
Beliau yang baharu sahaja melalui transisi dari skuad remaja ke senior tahun ini, mengakui tidak mudah buatnya menandingi kehebatan pemain di peringkat senior.
"Sebenarnya tahun lepas ada dalam senarai Sukan SEA namun tidak sempat diturunkan kerana pasukan sudah menang. Pastinya bersyukur (hari ini) kerana saya semangat untuk (terus) beri mata buat Indonesia.
"Namun lawan di peringkat senior ini tidak mudah apabila memerlukan kekuatan fizikal dan mental," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 13 2024

Alwi yang baharu sahaja melalui transisi dari skuad remaja ke senior tahun ini, mengakui tidak mudah buatnya menandingi kehebatan pemain di peringkat senior. - Foto X/@avocadomatch4

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Chong Wei sumber inspirasi Alwi Farhan
Bintang muda Indonesia Alwi Farhan Alhasny menjadikan legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei sebagai idola.