KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat bergelar Datuk Seri memohon kepada Mahkamah Sesyen di sini, untuk mengetepikan empat pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM15 juta bagi mendapatkan projek milik agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), pada tahun lalu.
Menerusi notis permohonan yang difailkan menerusi Tetuan Low pada Selasa lalu, Sim Choo Thiam, 54, memohon agar mahkamah melepas tanpa dibebaskannya daripada kesemua pertuduhan berkenaan.
Beliau selaku pemohon memfailkan perkara itu dengan alasan, pasukan pendakwaan sebagai responden, telah melanggar kewajipan statutori di bawah Seksyen 153 dan 154 Kanun Tatacara Jenayah.
"Siasatan kes ini pada setiap masa material juga didapati tidak lengkap," kata Choo Thiam menerusi dokumen itu.
Ahli perniagaan itu turut memohon supaya responden menyerahkan pernyataan bertulis, dalam masa tujuh hari dari tarikh perintah mahkamah dibuat.
Beliau berkata, terdapat fakta yang memihak kepada pembelaan, iaitu pertuduhan terhadapnya dibuat pada pagi 10 Mei lalu.
Sedangkan katanya, kenyataan bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin hanya direkodkan pada sebelah petang, hari yang sama.
Selain itu, beliau berkata, kenyataan yang direkodkan oleh pihak SPRM pada 16 dan 28 Februari lalu, tidak menyokong mana-mana unsur kesalahan dalam setiap pertuduhan rasuah itu.
Pada 28 Jun lalu, Mahkamah Sesyen menetapkan perbicaraan kes pengarah itu selama 10 hari bermula 6 hingga 10 dan 13 hingga 17 Mei 2024.
Pada 10 Mei lalu, Choo Thiam, 54, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap keempat-empat tuduhan terbabit.
Bagi tuduhan pertama, beliau didakwa meminta suapan wang berjumlah RM15 juta daripada Pengarah Urusan Asia Coding Centre Sdn Bhd, Hep Kim Hong melalui Syed Abu Zafran Syed Ahmad pada Jun 2021.
Ia sebagai dorongan untuk seorang pegawai badan awam iaitu Hamzah yang juga Menteri Dalam Negeri ketika itu untuk membantu syarikat terbabit mendapatkan apa-apa projek milik agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri pada Jun 2021.
Beliau juga didakwa dengan tiga lagi tuduhan iaitu menerima bagi dirinya suatu suapan, iaitu wang tunai berjumlah RM15 juta daripada individu sama sebagai dorongan untuk Hamzah melakukan perkara serupa.
Kesemua tuduhan mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jul 06 2023
![Choo Thiam mohon lepas tanpa bebas kes rasuah RM15 juta projek milik agensi KDN Choo Thiam mohon lepas tanpa bebas kes rasuah RM15 juta projek milik agensi KDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81688629095_choothiam.jpg)
Sim Choo Thiam, 54, memohon agar mahkamah melepas tanpa dibebaskannya daripada kesemua pertuduhan berkenaan. - Gambar/ Sinar Harian
![Tuduhan rasuah: Mohd Arifin anggap perkara biasa dalam politik, akan dijawab dengan kebaikan Tuduhan rasuah: Mohd Arifin anggap perkara biasa dalam politik, akan dijawab dengan kebaikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738947677_AriffinArifADUN.jpg)
Tuduhan rasuah: Mohd Arifin anggap perkara biasa dalam politik, akan dijawab dengan kebaikan
Mohd Ariffin juga yakin kontroversi yang mengaitkannya dengan isu rasuah tidak akan 'memberi ancaman' kepada keyakinan rakyat menjelang PRN akan datang.
![Perbaiki terma perkhidmatan jururawat berbanding longgar syarat kemasukan - MMA Perbaiki terma perkhidmatan jururawat berbanding longgar syarat kemasukan - MMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738927130_Jururawat.jpg)
Perbaiki terma perkhidmatan jururawat berbanding longgar syarat kemasukan - MMA
MMA menggesa kerajaan agar memberi tumpuan kepada penambahbaikan kepada terma perkhidmatan dan imbuhan jururawat berbanding melonggarkan syarat kemasukan ke program diploma kejururawatan.
![Tindakan lebih tegas perlu untuk perangi vape, ketagihan dadah dalam kalangan pelajar - Lee Tindakan lebih tegas perlu untuk perangi vape, ketagihan dadah dalam kalangan pelajar - Lee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51738151815_Vape.jpg)
Tindakan lebih tegas perlu untuk perangi vape, ketagihan dadah dalam kalangan pelajar - Lee
Peningkatan gejala vape dan kes ketagihan dadah dalam kalangan pelajar sekolah telah menimbulkan kebimbangan yang serius, sekali gus menuntut tindakan segera bagi melindungi generasi masa depan.
![Perodua tingkat perbelanjaan modal kepada RM1.6 bilion pada 2025 Perodua tingkat perbelanjaan modal kepada RM1.6 bilion pada 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81613713139_PERODUALOGO.jpg)
Perodua tingkat perbelanjaan modal kepada RM1.6 bilion pada 2025
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) meningkatkan perbelanjaan modal (capex) kepada RM1.6 bilion tahun ini.
![Visi perpaduan Tunku Abdul Rahman kekal relevan - Aaron Visi perpaduan Tunku Abdul Rahman kekal relevan - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738940860_AaronAgo.jpg)
Visi perpaduan Tunku Abdul Rahman kekal relevan - Aaron
Visi perpaduan dalam kepelbagaian yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj masih relevan sehingga ke hari ini.
![MyGas 2025 tumpu usaha tangani cabaran pembiayaan dalam industri gas MyGas 2025 tumpu usaha tangani cabaran pembiayaan dalam industri gas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738965507_MyGAS.jpg)
MyGas 2025 tumpu usaha tangani cabaran pembiayaan dalam industri gas
MyGAS 2025 akan memberi tumpuan kepada cabaran kritikal yang dihadapi industri gas iaitu mendapatkan pembiayaan bagi projek berkaitan gas dalam landskap tenaga yang sentiasa berubah.
![Keganasan lebih buruk akan berlaku di timur Congo - Ketua Hak Asasi Manusia PBB Keganasan lebih buruk akan berlaku di timur Congo - Ketua Hak Asasi Manusia PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738939880_congo.jpg)
Keganasan lebih buruk akan berlaku di timur Congo - Ketua Hak Asasi Manusia PBB
Aktivis hak asasi manusia melaporkan penganiayaan oleh pemberontak dan tentera Rwanda.
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
![Choo Thiam mohon lepas tanpa bebas kes rasuah RM15 juta projek milik agensi KDN Choo Thiam mohon lepas tanpa bebas kes rasuah RM15 juta projek milik agensi KDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81688629095_choothiam.jpg)
Choo Thiam mohon lepas tanpa bebas kes rasuah RM15 juta projek milik agensi KDN
Sim Choo Thiam, 54, memohon agar mahkamah melepas tanpa dibebaskannya daripada kesemua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM15 juta bagi mendapatkan projek milik agensi di bawah KDN.