KUALA LUMPUR:Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengarahkan 15 tapak pembinaan di seluruh negara ditutup selepas didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Kanan (Kluster Infrastruktur) Datuk Seri Fadillah Yusof dalam kenyataan hari ini memaklumkan sejak PKP dilaksanakan pada 13 Jan lepas, CIDB telah menjalankan pemeriksaan ke atas 1,022 tapak pembinaan dan 1,007 didapati mematuhi SOP yang ditetapkan.
Katanya, setakat semalam, 15 tapak pembinaan diberikan notis kerana kegagalan pematuhan dari aspek penempatan pekerja, tiada penjarakan fizikal dan pekerja tidak memakai pelitup muka.
"Kebanyakan kes positif COVID-19 di tapak pembinaan adalah berpunca daripada kegagalan mematuhi SOP dan garis panduan yang ditetapkan.
"Antara punca yang dikenal pasti adalah penempatan pekerja yang sesak, kotor dan tidak mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) serta pekerja berpindah dari satu tapak projek ke tapak projek yang lain yang berkemungkinan membentuk kluster pembinaan," katanya.
Justeru, beliau menggesa kontraktor yang mendapat kebenaran beroperasi ketika PKP agar mematuhi SOP di tapak pembinaan dan penempatan pekerja bagi mengelak berlaku jangkitan serta pandemik COVID-19.
"Tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana kontraktor yang gagal mematuhi arahan ditetapkan selain tindakan tatatertib yang boleh mengakibatkan pendaftaran mereka dibatal atau digantung," katanya.
Menurut beliau, SOP terkini boleh dirujuk di laman sesawang CIDB www.cidb.gov.my/ms/pkpkebenaran-beroperasi manakala Garis Panduan Industri Pembinaan boleh didapati di Telegram rasmi CIDB https://t.me/cidbmy atau hubungi Hotline CIDB 03-5567 3300 yang beroperasi Isnin hingga Jumaat bermula 8.00 pagi hingga 5.30 petang.
Untuk rekod, sejak 20 Sept 2020 hingga 12 Feb lepas, 527 kluster dikenal pasti melibatkan tempat kerja daripada keseluruhan 852 kluster dilaporkan dalam gelombang ketiga pandemik COVID-19 di seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 15 2021

Kebanyakan kes positif COVID-19 di tapak pembinaan adalah berpunca daripada kegagalan mematuhi SOP dan garis panduan yang ditetapkan. - Gambar hiasan
Subsidi RON95 bersasar dijangka dilaksana pertengahan 2025
Kerajaan dijangka melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun ini.
Defisit percaya pemimpin Islam hakis nilai kemanusiaan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa kurang kepercayaan terhadap pemimpin Islam sebagai punca kepada terhakisnya nilai kemanusian dalam dunia Islam.
[TERKINI] SPRM reman 5 penjawat awam berkaitan kilang e-waste
SPRM menahan lima penjawat awam susulan penangkapan 18 warga tempatan pada Selasa lalu, kerana disyaki meminta dan menerima rasuah sebagai balasan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap kilang e-waste.

13,095 pendatang tanpa izin ditahan di Johor tahun lepas - Imigresen
Sebanyak 13,095 pendatang tanpa izin ditahan dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan di seluruh negeri ini bagi tempoh 1 Jan hingga 31 Dis tahun lepas.

Ramadan: Selangor pertimbang benar penjawat awam wanita pulang awal - Amirudin
Kerajaan Selangor sedia mempertimbangkan cadangan membenarkan penjawat awam wanita di bawah pentadbiran kerajaan negeri pulang awal pada Ramadan ini.
Lapan individu dipanggil siasatan bekas pegawai Ismail Sabri
SPRM akan mengambil keterangan lapan individu berhubung siasatan terhadap empat bekas pegawai kanan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang disyaki terlibat rasuah.

Kadar zakat fitrah Negeri Sembilan RM7.50, RM12 dan RM22
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menetapkan tiga kadar zakat fitrah iaitu RM7.50, RM12 dan RM22 tahun ini.
AWANI Borneo [27/2/2025] – Cabaran geografi dan arus deras|Syukur SMJ|Wajib ada sijil halal
AWANI Borneo bersama Nickyson Nyambar
1. Usaha bantu mangsa banjir di Telupid dan Paitan berdepan cabaran
2. Kerajaan mulakan program outreach bantu penerima SYUKUR yang belum ada akaun bank
3. Hanya premis ada sijil halal JAKIM dibenar adakan bufet Ramadan di Sarawak
1. Usaha bantu mangsa banjir di Telupid dan Paitan berdepan cabaran
2. Kerajaan mulakan program outreach bantu penerima SYUKUR yang belum ada akaun bank
3. Hanya premis ada sijil halal JAKIM dibenar adakan bufet Ramadan di Sarawak

Pulau Pinang lulus jajaran baharu NCPR libat kos RM2.43 bilion - Chow
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan jajaran baharu Laluan Berkembar Pesisir Pantai Utara (NCPR) dari Tanjung Bungah ke Teluk Bahang dengan kos pelaksanaan dianggar berjumlah RM2.43 bilion bagi mengurangk

Tarik lesen, senarai hitam peniaga 'Ali Baba' tapak bazar Ramadan - Amirudin
Selangor akan bertindak tegas dengan menarik balik lesen serta menyenarai hitam peniaga bazar Ramadan yang didapati menjual permit atau tapak perniagaan kepada pihak ketiga.

Fahami perjanjian pengubahsuaian rumah bagi elak jadi mangsa penipuan - CIDB
Ketua Eksekutif CIDB, Datuk Mohd zaid Zakaria berkata sampel perjanjian pembinaan boleh dimuat turun daripada laman web CIDB.

Belanjawan 2024 buka peluang kontraktor kecil - CIDB
Peruntukan sebanyak RM72.7 bilion dalam Belanjawan 2024 untuk pelaksaan kerja-kerja pembinaan akan membuka peluang kerja kontraktor-kontraktor kecil dan sederhana (G1 hingga G4).

Projek Solar: CIDB saman Jepak Holdings, tuntut bayar levi RM1.65 juta
Projek solar hibrid itu dikaitkan dengan kes rasuah membabitkan isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang sedang dibicarakan.

Konkrit hempap kereta: CIDB siasat tiga aspek utama
Tiga aspek itu melibatkan kaedah pembinaan, kualiti bahan binaan dan kemahiran serta akreditasi pekerja mahir terlibat.

CIDB keluar 3,093 notis kepada kontraktor sejak Januari
Notis terbanyak dikeluarkan di Sarawak iaitu 540 notis diikuti Johor (325), Selangor (296), Terengganu (281), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (242) dan Sabah (236) manakala selebihnya di negeri lain.

Penularan kepialu terkawal, vaksin mencukupi - Subramaniam
Penularan kes ini terkawal dan dipantau rapat pihak kementerian dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

Guna bahan lestari untuk rumah mangsa banjir - Fadillah
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof menyarankan penggunaan panel komposit poliuretana yang ringan untuk membina rumah baharu mangsa banjir.

Lesen kontraktor masjid runtuh bakal digantung--CIDB
Pengarah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia Terenganu, Ahmad Farrin Mokhtar berkata Jabatan Kerja Raya akan menjalankan siasatan penuh mengenai kejadian itu.